Wednesday, December 30, 2009

12 Wanita Tauladan Dunia & Akhirat

Assalam wbt.

Antara 12 wanita terbaik yang disyorkan untuk dijadikan ikutan oleh para wanita kita samada anak-anak, isteri, ibu dan juga saudara-saudara perempuan kita menurut para ulama' adalah :

1. Sayyidah Siti Khadijah Ummul Mu'minin ra
2. Aisyah Ummul Mu'minin ra
3. Sayyidah Fatimah Az-Zahra ra
4. Hafshah Ummul Mu'minin
5. Ummu Aiman ra
6. Ummu Salamah Ummul Mu'minin ra
7. Maimunah binti Al-Harits
8. Ummu Habibah, Ummul Mu'minin ( binti Abu Sufyan )
9. Asma binti Abu Bakar ra
10. Fatimah binti Al-Khathtab ra
11. Nusaibah binti Ka'ab ra
12. Atiqah binti Zaid ra

Semoga sedikit maklumat ini menimbulkan daya usaha untuk mengetahui dan mencari kisah-kisah mereka dengan lebih lanjut. Moga dapat memberi sedikit sinar harapan kepada kehidupan kita. Insya allah.

Saturday, December 5, 2009

Kemuliaan Hari Jumaat

Assalam wbt.

Hari Jumaat adalah antara hari-hari kemuliaan dan terpenting bagi umat Islam setaraf dengan Hari Raya Puasa dan Hari Raya Haji malahan keberkatannya melebihi kedua-dua hari perayaan ini. Namun begitu, ramai manakah umat Islam yang menghormati hari ini? Ramai manakah yang dapat mengambil keberkatan dan kemuliaannya? Ramai manakah umat Islam yang menantikan kedatangannya dengan penuh ketakwaan dan kesyukuran kepada Allah? Hari Jumaat ini pasti akan datang pada setiap minggu sehinggalah hari kiamat kelak. Begitulah Allah SWT tunjukkan sifat dan ciri pemurah dan penyayang-Nya kepada hamba-hamba-Nya, setiap minggu hamba-hamba-Nya akan diberikan satu hari untuk direbut berkat dan kelebihannya. Tetapi adakah hamba-hamba-Nya sedar?

Dalam sebuah hadis Riwayat Ibnu Majjah & Al-Baihaqi ada menyatakan bahawa pada hari itu ada 5 perkara berlaku iaitu :
1. Penciptaan Nabi Adam AS
2. Keluarnya beliau dari syurga
3. Wafatnya beliau
4. Terdapat satu masa pada hari ini yang doanya akan terus dimakbulkan oleh Allah SWT kecuali untuk benda-benda haram.
5. Terjadinya kiamat.

Dalam pada itu dalam mengambil dan menghayati kemuliaan dan keberkatan hari Jumaat ini para ulama' telah menggariskan beberapa perkara yang disunatkan ( berpandu dari sunnah Nabi SAWi ) antaranya :
1. Perbanyakkan doa, zikir dan selawat.
2. Banyak Membaca Al-Quran.
- Malam Jumaat : Surah Yasin & Al-Kahfi
- Subuh : Surah Sajdah & Insan.
- Selepas solat Jumaat : Surah Ihklas, Falaq & Nas.
3. Bangun pagi berniat mandi sunat Jumaat, membersih diri/badan dan berwangi-wangian.
4. Berpakaian serba putih.
5. Segera ke masjid.
6. Iktikaf di masjid & mendengan khutbah.
7. Solat sunat sebelum dan selepas Jumaat.
8. Banyakkan sedekah.

Semoga sedikit maklumat ini dapat dikongsikan bersama demi kebaikan bersama. Insya Allah.

Wassalam.

Tuesday, October 27, 2009

Menggembirakan Saudara Seagama

Assalam wbt.

Masyarakat zaman ini dilihat sedang mengalami permasalahan dan penyakit dalam hidup bersosial. Di era di mana keduniaan dan kemewahan menjadi rebutan dan sanjungan, manusia pula dilihat semakin lupa akan sekitarnya. Manusia dilihat hanya mementingkan diri sendiri. Apa yang berlaku disekitarnya bukan masalahnya atau tanggungjawabnya. Begitulah telah hilangnya salah satu daripada ajaran dan tuntutan agama Islam malahan ianya juga tidak lari dari fitrah manusia itu sendiri - hidup bersosial.

Justeru itu, untuk sama-sama dijadikan peringatan dan amalan di sini dikemukan beberapa saranan seorang ulama' iaitu Majdi Fathi al-Sayyid dalam bukunya ' Persaudaraan Islam - Bagaimana Kita Menggembirakan Saudara Seagama' hasil terjemahan Abu Ahmad Idris bin Abdullah al-Marbi pada tahun 1993. Antaranya :

1. Menggembirakan hati umat Islam lain.
2. Menunaikan hajat
3. Mementingkan orang lain
4. Mengucapkan tahniah pada setiap nikmat
5. Berdoa untuk saudara
6. Ziarah
7. Bersua dengan muka yang senyum
8. Memberi nasihat
9. Menjawab salam
10. Membayar hutang
11. Melawat orang sakit
12. Menerima jemputan

Semoga dengan sedikit nukilan ini boleh memberi sedikit sinar harapan kepada terbentuknya satu jama'ah Islam berlandaskan persaudaraan Islam.

Wassalam.

Sunday, October 11, 2009

Hati Cerminan Diri

Assalam wbt.
Sabda Nabi saw yang maksudnya :
" Hati itu ada empat ( 4 ) jenis, hati yang bersih, padanya ada pelita yang bersinar gemilang. Maka itulah hati orang mukmin. Hati hitam terbalik, maka itulah hati orang kafir. Hati yang terbungkus, yang terikat oleh bungkusannya, itulah hati orang munafik. Dan hati yang melintang, padanya keimanan dan kemunafikan." ( HR Ahmad dan Ath-Thabrani )
Semoga hadith ini sedikit sebanyak dapat memberi tunjuk-ajar dan pedoman untuk kita.
Wassalam.

Saturday, September 5, 2009

Usaha Dakwah, sejauh mana peranan kita?

Assalam wbt.

Istilah dakwah semestinya difahami dan diketahui ertinya oleh bukan sahaja umat Islam malahan golongan bukan Islam di Malaysia ini. Malahan kadang-kadang golongan bukan Islam ini lebih menghayatinya daripada sesetengah umat Islam. Dakwah dalam peristilahan bahasa adalah meminta tolong, memandu, menjemput, mengajak, memanggil, menyeru dan melaung. Manakala dari segi tafsiran ahli-ahli dakwah adalah usaha yang dilakukan oleh seseorang atau kumpulan dengan pendekatan tertentu untuk membawa manusia mendekati Tuhan, di sisi Islam dan dakwah islamiah adalah Allah swt.

Kita harus ingat bahawa usaha dakwah ini bukan sahaja dilakukan oleh umat Islam tetapi juga oleh golongan kafir walaupun tiada arahan kewajipan dakwah ini kepada mereka oleh ajaran mereka seperti yang dituntut dan diwajipkan oleh agama Islam. Walaupun usaha dakwah ini satu kewajipan kepada kita tetapi mengapa pula masih ramai antara kita yang memandang remeh dan merendah-rendahkan usaha dakwah ini sedangkan golongan kafir bersungguh-sungguh dalam mengerjakan usaha dakwah mereka dalam menyesatkan manusia dengan menjauhi Islam dan ajarannya.

Mengapa majoriti masyarakat masih meletakkan usaha dakwah ini kepada ustaz-ustaz, pertubuhan-pertubuhan dakwah atau imam-imam sedangkan tuntutan dakwah ini adalah kewajipan yang difardhukan samada fardhu ain ataupun fardhu kifayah. Jelas masyarakat kini masih tersalah faham akan tuntutan dakwah yang dianjurkan dan disarankan oleh Islam ini. Islam dengan jelas dan terang memperkatakan tentang amalan 'amar makruf dan nahi munkar' yang definasinya boleh diterangkan oleh kanak-kanak sekolah rendah tetapi mengapa masyarakat sekarang masih teragak-agak menjadikannya sebagai satu pegangan hidup? Masyarakat sekarang juga mungkin disalah-fahamkan dan ditakut-takutkan dengan istilah dakwah ini oleh musuh-musuh Islam ataupun oleh golongan pendakwah sendiri yang terlalu ekstrem dan keterlaluan dalam dakwah mereka sehingga menjadikan masyarakat 'fobia' apabila mendengar perkataan-perkataan dakwah dan yang berkaitan dengannya.

Masyarakat harus diterapkan bahawa dakwah islamiah itu amat mudah, tuntutan dakwah ini diwajipkan bertunjangkan atas keupayaan seseorang. Islam tidak meletakkan bebanan terhadap usaha-usaha dakwah ini, Islam mahukan usaha dakwah ini dijalankan dalam suasana mudah, tenang, tidak membebankan tetapi tidaklah pula bererti tidak tegas dan main-main. Dalam pada itu Islam menuntut agar usaha dakwah ini dilakukan terhadap diri sendiri terlebih dahulu, kemudian ahli keluarga terdekat seperi ibubapa, isteri dan anak-anak, ahli keluarga lain,rakan-rakan serta jiran-jiran terdekat, rakan-rakan dan jiran-jiran yang agak jauh, masyarakat setempat dan akhirnya ke peringkat nasional dan global jika mampu. Inilah peringkat dan kaedah asas dakwah islamiah. Tidak guna jika diri sendiripun tidak terurus dengan baik, kita mahu mendakwahkan kepada seseorang kerana salah satu sifat terpenting pendakwah dan uslub dakwah utama adalah melalui keteladanan. Peribadi, akhlak serta penampilan yang baik dan mulia mencerminkan kesucian dan kemantapan akidah, inilah pendekatan dakwah yang terbaik yang menjadi aset terpenting buat seseorang dai. Walaubagaimanapun, ini lebih baik daripada tidak melakukan dakwah langsung cuma dibimbangi langkahnya ini akan membawa fitnah dan buruk sangka masyarakat kepada Islam.

Sempena bulan Ramadhan ini yang hanya tinggal lebih kurang 2 minggu lagi, inilah kesempatan terbaik untuk kita 'mendakwahkan' diri kita sendiri dengan berbagai-bagai amalan yang telah dianjurkan oleh Rasulullah saw, para sahabat dan ulama'-ulama'. Semoga Ramadhan tahun ini tidak meninggalkan kita dengan sia-sia dan kita pula tidak akan menangis menyesali pemergiannya kerana kelalaian, kealpaan dan kedegilan kita untuk memenuhinya dengan nilai-nilai Islam.

Marilah kita memohon semoga Allah swt memberi taufik, kekuatan dan kesabaran untuk kita menunaikan tanggungjawab kita sebagai khalifah-Nya ini dan dijauhkan kita daripada tipu-daya iblis, syaitan dan dajjal serta hawa nafsu kita sepanjang baki Ramadhan ini dan seterusnya pada hari, bulan dan tahun-tahun selanjutnya sehinggalah saat kita bertemu dengan-Nya yang mana pada saat dan ketika itu dipohonkan agar kita diakhirkan dalam 'husnul khatimah' dan ditakdirkan bersama para nabi-nabi, para sahabat, para syuhada', solihin, mukminin yang telah dijanjikan tempat mereka di syurga-Nya kelak.

Semoga secebis coretan ini membawa sinar harapan buat jiwa dan diri kita yang masih jauh dari-Nya dan mengharapkan taufik, kasih dan belas dari-Nya.

Wallahu'alam.

Saturday, August 29, 2009

Adab-Adab Berpuasa

Assalam wbt.

Kita sudah satu ( 1 ) minggu mengharungi bulan Ramadhan al-mubarak ini....berbagai suasana, tragedi dan situasi telah melanda kita. Baik yang secara langsung ataupun yang tidak secara langsung menguji dan memberi kesan kepada kita. Apa reaksi kita terhadap semua ujian dan cabaran yang Allah swt turunkan itu?

Di dalam mengharungi baki tiga ( 3 ) minggu ini, adalah tidak terlewat untuk kita berkongsi bersama adab-adab berpuasa ini semoga ia sedikit sebanyak dapat memberi manfaat kepada kita. Antara adab-adabnya ialah :
1. Menjauhkan daripada sifat-sifat mazmumah seperti mengumpat, mencela, mencaci, maki
hamun dan lain-lain perbuatan kotor dan keji.
2. Menjauhkan diri dari segala perkara yang membatalkan puasa.
3. Mengurangkan makan dan minum ketika berbuka dan bersahur.
4. Mengurangkan tidur terutamanya pada siang hari.
5. Menahan hati daripada memikirkan keinginan-keinginan yang hina dan kotor.
6. Hendaklah selalu mengingatkan bencana pada hari akhirat.
7. Menanamkan rasa penuh harapan terhadap segala amal ibadat kita semoga dibalasi Allah swt
dengan balasan yang setimpal.

* Rujukan : Ustaz Sulaiman Endut, Asas-asas Fardhu Ain, Pustaka Hj. Abdul Majid(1999), 175

Insya Allah.....semoga Ramadhan tahun ini menjadi Ramadhan yang terbaik untuk kita.

Wassalam.

Wednesday, August 19, 2009

UFO - Makhluk asing atau makhluk bumi?

Assalam wbt.

Artikel ini adalah sambungan daripada artikel terdahulu yang membicarakan tentang fenomena UFO ini. Saintis Barat telah cuba mendefinasikan dan mendedahkan apa sebenarnya UFO ini, mereka gagal memuaskan masyarakat dunia tentang fenomena ini. Jadi untuk memudahkan penjelasannya maka mereka gunakan istilah UFO ini.......ia sama sekali tidak menyokong ataupun membantah samada ianya makhluk dari planet lain ataupun makhluk bumi ini juga. Ianya diistilahkan sebagai 'satu objek yang tidak diketahui', begitu mudahnya mereka membuat kesimpulan sedangkan bukti-bukti kukuh samada kesan-kesannya, saksi-saksinya samada melihat sendiri, terserempak, diserang hinggakan diculik semuanya telah tampilkan diri manakala ujian-ujian pembohongan terhadap mereka ternyata negatif.......tetapi barat masih mahu menutup dan mengunci terus rahsia serta kebenaran UFO ini. Persoalannya pula, siapa yang mengarahkan mereka mengunci mulut mereka ini?

Bagaimana pandangan Islam pula tentang kewujudan makhluk-makhluk lain di planet-planet lain? Islam tidak menolak kewujudan ini kerana makhluk ciptaan Allah swt bukanlah kita dan makhluk-makhluk lain di bumi ini sahaja, penciptaan-Nya maha luas dan tidak terjangka oleh pandangan serta akal kita. Persoalannya sekarang, adakah makhluk yang terlihat bersama piring-piring terbang UFO itu berasal dari planet lain? Islam bersikap terbuka dalam isu ini kerana ilmu ciptaan Allah swt tidak ada siapa yang mampu membatasinya tetapi majoriti saksi-saksi menyatakan bahawa makhluk asing yang mereka lihat atau berkomunikasi itu adalah menghampiri kejadian manusia seperti kita cuma mereka dilengkapi dengan pakaian dan teknologi yang lebih canggih daripada manusia.

Secara logiknya pula, jika makhluk ini berasal daripada planet lain yang ternyata begitu canggih dan maju maka bodohlah mereka itu kerana sanggup datang begitu jauh ke bumi ini semata-mata untuk menculik seekor ayam! , seorang manusia biasa di Amerika Latin! serta melarikan diri pula apabila muncul saksi-saksi yang mendekati mereka! Dan jika teknologi mereka terlalu hebat mengapa perlu datang sendiri ke bumi....mengapa tidak menggunakan teknologi pengintipan canggih ataupun sistem komunikasi canggih untuk menyiasat dan memerhatikan bumi ini......dan jika mereka betullah makhluk asing yang terlalu maju mengapa mereka datang sebegitu jauh dan secara takut-takut pula hanya untuk menjejaki bumi ini dalam masa yang agak singkat dan kemudian tergesa-gesa meninggalkannya.....mereka tidak tahukan kekuatan apa yang masyarakat dunia ada? Dan nampak bodoh sangatlah mereka ini, dengan teknologi dan kemajuan yang canggih itu mereka tidak bercita-cita menakluki bumi ini.......mana-mana manusia waras akan berpendapat betapa mudahnya jika mereka mahu menakluki dan memerintah bumi ini.....tetapi mereka tidak berbuat demikian walaupun propaganda barat banyak menyogokkan pemikiran dan idea tersebut melalui filem-filem dan dokumentasi mereka. Jadi siapa sebenarnya makhluk UFO ini?

Sebenarnya pemikir-pemikir Islam dan pemikir-pemikir barat yang dirahsiakan kajian dan pendedahan mereka kepada umum berpendapat dengan penuh yakin bahawa makhluk UFO ini sebenarnya adalah berasal dari bumi ini juga, cuma pengkalan serta ibukota mereka yang gagal dibuktikan secara sah, ilmiah serta bukti fizikal. Walaupun rata-ratanya berkeyakinan bahawa salah satu pengkalan terbesar mereka berada di segitiga 'maut' bermuda serta mereka di awasi dan dikepalai oleh si dajjal laknatullah iaitu sang pembela dan pemimpin puak yahudi akhir zaman yang telah dimenterai perjanjian sehidup semati dengan iblis laknatulllah juga untuk menghancurkan hidup anak-anak Adam as ini terutamanya umat Nabi Muhammad saw.

Rentetan dari hal-hal ini, maka banyak lagi isu-isu penting buat kita umat Islam fikirkan, renungkan serta bentengkan diri serta keluarga kita ini terutamanya daripada fitnah dajjal. Terlalu banyak dan amat terlalu banyak......kerana dajjal telah berjanji pada akhir zaman nanti beliau akan mengunjungi setiap pintu rumah manusia di bumi ini tanpa mengira siapa mereka dan di mana mereka berada lalu akan membuat fitnah-fitnah yang akan melalaikan serta menjauhkan umat manusia terutama umat Islam daripada mendekati Allah swt.

Insya allah ......akan dibicarakan di artikel lain.

Wallahua'lam.

Thursday, August 6, 2009

Demontrasi Mansuh ISA - Satu Lagi Kejayaan Demokrasi Acuan-Kafir

Assalam wbt.

Hari sabtu yang lalu dua puak rakyat Malaysia, satu yang menyokong memansuhkan ISA ( barisan Pakatan Rakyat ) manakala satu lagi menyokong pelaksanaan ISA ( Barisan Nasional & agensi-agensinya ) bertembung sesama sendiri dalam menegakkan pendirian dan perjuangan masing-masing di kota raya metropolitan, Kuala Lumpur. Seperti yang dijangkakan, banyak kerosakan harta benda awam, kecederaan tubuh badan, penangkapan serta kerugian premis-premis perniagaan berlaku.

Inilah dia perjuangan demokrasi sebenar......demokrasi yang kita rakyat Malaysia agung-agungkan....demokrasi yang sengaja diciptakan untuk menjahanamkan umat manusia oleh puak-puak kafir......demokrasi yang sentiasa dimomokkan akan segala kebaikan dan keadilannya oleh barat, sedangkan mereka sendiri gagal menpraktiskannya di negara masing-masing......demokrasi yang sentiasa mahukan manusia sering bercakaran, bertelagah, berhasad dan dendam serta bermusuhan...... demokrasi yang diwar-warkan setanding amalan syura dalam Islam padahal ia yang membunuh amalan syura..... dan akhirnya demokrasi yang diiktiraf oleh pemimpin-pemimpin Islam sendiri serta menolak konsep syura itu secara sedar ataupun tidak........semuanya demi demokrasi.....demi hak asasi manusia.....demi keadilan semua......dan demi kebebasan bersuara.

Sedarkah kita demokrasi yang dipraktikkan di dunia ini sekarang adalah satu cara hidup yang amat keji.......ia dikatakan keji kerana perbuatan keji ini atau keburukannya tidak dipaparkan secara terbuka, jelas dan secara mata kasar tetapi ianya secara sulit, licik, halus dan berhati-hati sedikit demi sedikit merosakkan fitrah dan keimanan manusia. Manusia dibiarkan bercakaran sesama sendiri dalam mencari kebenaran dan kebaikan hakiki.....manusia dibiarkan bermusuhan atas dasar yang remeh-temeh serta tidak jelas hanya kerana masing-masing mempertahankan hak dan kebebasan konsep kebenaran dan keadilan tersendiri......manusia dibiarkan fitnah memfitnah malahan sampai bunuh membunuh hanya kerana taksub kepada prinsip dan konsep perjuangan masing-masing yang entah betul ataupun tidak.......dan manusia dibiarkan bertindak membabi buta hanya kerana adanya konsep dan erti keadilan masing-masing.........Di kala manusia terus hanyut dengan segala musibah,kehancuran, keruntuhan dan ketidak-pastian ini, apa yang demokrasi ini boleh lakukan......ia tidak mampu melakukan apa-apa malahan ianya pula sering dan akan dimanipulasikan oleh manusia demi kepentingan prinsip, konsep dan perjuangan masing-masing.

Inilah demokrasi ciptaan makhluk, lebih-lebih lagi ciptaan dari fikiran manusia kafir dan jahil. Mana mampu ia ( demokrasi ) melawan syura ( satu konsep yang dianjurkan oleh Maha Agung kepada manusia untuk diamanahkan di dunia ini ) dalam menyelesaikan segala permasalahan hidup manusia......manusia terutamanya umat Islam tahu akan hal ini, tetapi mengapa kita seolah-olah membutakan mata dan menulikan telinga. Kita tahu dan teramat-amat tahu bahawa hal ehwal manusia ini akan gagal diuruskan dan tak mungkin diselesaikan jika aturan ciptaan manusia kafir ini yang kita guna-pakaikan.........

Adakah demokrasi kufur ini akan membiarkan golongan yang memperjuangkan keaslian dan kesyumulan Islam berkuasa dan berjaya?......jika berjayapun ........berapa lama akan bertahan....ada sahaja putar-belit, lakonan dan sandiwara mereka ( puak kafir ) ini dalam menafikannya...... Selagi kita (umat Islam) berada di landasan mereka selagi itulah kita akan gagal......masa telah tiba untuk kita keluar dari landasan dan trek ini, jalan Islam sudah lama tersedia dan menanti kita.....tetapi sebelum itu kita ( umat Islam ) kenalah bersatu - aqidah dan ukhuwah - sebelum sama-sama terjun dan mengharungi jalan yang lurus ini.....

Wallahu'alam.

Thursday, July 30, 2009

Al-Fatihah - Pendinding Semasa Tidur


Assalam wbt.

Di sini dititipkan satu hikmat Al-Fatihah dari buku nukilan Ali Zulfikar untuk perkongsian bersama.

Menurutnya, untuk memelihara dan terselamat dari segala kejahatan dan mudharat, serta pendinding syaitan dan segala makhluk yang akan merasuk atau mengganggu masa tidur maka kita hendaklah sebelum meletakkan kepalanya :

1. Membaca 1x Al-Fatihah
2. Membaca 3x Qul-hu-wallah-u-ahad
3. Membaca 1x Qul-a'u-zu-bi-rab-bil-falaq
4. Membaca 1x Qul-a'-u-zu-bi-rab-bin-nas

Sebenarnya terdapat banyak lagi pendinding semasa tidur antaranya membaca ayat kursi, akhirkan kegiatan dengan kebaikan dan satu doa yang diriwayatkan dari Thalaq bin Habib. Begitulah Maha Penyayang dan Pengasihnya Allah swt ini, terserahlah kepada hamba-hamba-Nya samada hendak memohon dan bergantung kepada-Nya atau sebaliknya.

Wallahu'alam.


Saturday, July 18, 2009

Hari Ini Dalam Sejarah : Malaysia 2 Manchester United 3

Assalam wbt.

Petang tadi satu sejarah dalam kancah bolasepak kita telah termaktub. Malaysia berjaya mengekang gergasi bolasepak dunia iaitu juara kelab dunia, juara liga perdana Inggeris dan bekas juara eropah; Manchester United daripada bermaharaja-lela merobek pintu gol negara sebaliknya anak-anak Malaysia pula mampu membolosi pintu gol MU itu. Jika dahulu, keputusan 4-0 semestinya berpihak kepada pasukan lawan ( Arsenal, Chelsea, Brazil dan MU sendiri ), tadi pasukan negara berjaya memperbaiki keputusan tersebut dengan kekalahan tipis 2-3.

Walaubagaimanapun, kejayaan ini ( kalah 2-3 ) bukanlah bererti pasukan Malaysia ini sudah berjaya menandingi corak permainan pasukan MU..........Dunia melihat sendiri bagaimana bersungguh-sungguhnya pemain-pemain Malaysia berkejar-kejaran di atas padang sedangkan pemain-pemain MU bermain seolah-olah untuk sessi latihan mereka sahaja. Mereka tidak langsung melakukan trick-trick bolasepak, serangan-serangan pantas dan corak MU yang digeruni selama ini tidak dipamerkan langsung........malahan mereka bermain seolah-olah mengikut rentak permainan pasukan kita yang agak membosankan.

Namun, walaupun kita tahu di mana bolasepak kita jika dibandingkan dengan MU, keputusan hari ini pastinya menjadi sejarah hidup terpenting setiap pemain pasukan negara terutamanya 'hero' kita pada petang tadi, Amri Yah Yah.

Buat coach Rajagopal dan pemain-pemain, tahniah diucapkan........kekalkan rentak ini ( bersungguh-sungguh dalam permainan ) dan diharap mampu mencari barisan simpanan yang kurang lebih dengan keupayaan skuad utama.........inilah kelemahan kita.....apa boleh buat jika inilah sahaja himpunan terbaik di Malaysia.

Peminat sebenarnya masih bersama skuad negara, tetapi permainan itu biarlah setaraf dengan status dan ganjaran yang anda semua perolehi samada untuk negara atau negeri. Jika kalahpun biarlah bermaruah......

Semoga bolasepak kita ada sinar harapannya.....................

Wassalam.

Wednesday, July 15, 2009

Malapetaka Yang Menimpa Umat Islam Di Akhir Zaman Ini

Assalam wbt.

Penulisan ini saya perolehi di sebuah masjid di Kuala Lumpur iaitu Masjid Ar-Rahman ( terletak bersebelahan dengan Universiti Malaya ). Antara perkara-perkara yang menimpa umat Islam akhir zaman ini adalah :

1. Ramai umat Islam yang jahil tentang ajaran Islam tetapi tidak mengambil berat untuk
mempelajarinya.
2. Ramai umat Islam hanya tinggal pada namanya sahaja, cara hidup dan tingkah lakunya tidak
seperti seorang Islam.
3. Banyak masjid-masjid yang didirikan dengan harga yang mahal-mahal, besar dan cantik
tetapi di dalamnya kosong dari majlis-majlis atau sekadar menarik perhatian kepada para
pengunjungnya sahaja.
4. Al-Quran dan hadis Nabi SAW tidak menjadi panduan dan rujukan dalam kehidupan
seharian, bahkan di pandang ketinggalan zaman jika diamalkan.
5. Banyak munculnya ulama'-ulama' yang jahat, yang menyesatkan umat Islam dari ajaran yang
sebenar semata-mata untuk kepentingan diri mereka.

Semua tanda-tanda di atas sudah muncul dan semakin menunjukkan diri.......apa yang harus kita lakukan? Tepuk dada tanya iman........

Wassalam.

Manik Urai - PAS terbu'rai' atau UMNO di'rai'

Assalam wbt.

Keputusan muktamad pilihanraya kecil Manik Urai berpihak kepada parti PAS dengan majoriti sebanyak 65 undi. Walaupun kemenangan ini sudah dijangkakan tetapi tentangan sengit yang diberikan oleh UMNO dengan hanya membenarkan majoriti yang amat sedikit ini berbanding semasa pilihanraya umum ke-12 lalu iaitu melebihi 1,000 undi membayangkan apa-apapun boleh berlaku di negara kita ini. Kubu kuat PAS ini seolah-olah gagal membendung serangan-serangan pihak UMNO.....hanya berbekalkan 'keizinan Allah SWT' sahaja nampaknya membenarkan Tok Guru Nik Abdul Aziz dapat mengurut dadanya dan bertenang semula.......menjadikan rakan-rakannya di dalam Pakatan Rakyat yang sudah merah padam mukanya dan pucat lesi, kembali berdarah dan mampu tersenyum.......dan menjadikan pihak UMNO dan BN yang dalaman mereka berkocak kegembiraan kembali sugul dan sayu.....dan juga menjadikan para wartawan yang sudah bersiap sedia dengan berita paling menghangatkan ini kembali tenang dan reda.........dan penduduk-penduduk Manik Urai yang dilihat seolah-olah mahu memecahkan monopoli PAS dan membu'rai'kannya kembali seperti sedia-kala dan hampa kerana mereka gagal me'rai'kannya bersama-sama Dato' Najib, Muhyidin Yasin dan Tok Pa.

Kini, sudah diketahui siapa YB MU ini. Maka tunaikan tanggungjawab anda sebaik mungkin....bukan kerana parti, bukan kerana pemimpin anda tetapi kerana anda adalah seorang YB, anda diberi mandat untuk berbakti kepada agama, bangsa dan negara anda tanpa mengira siapa pengundi anda.

Wallhu'alam.

Monday, July 13, 2009

Siapa Penghuni Bumi Sebelum Manusia

Assalam wbt.

Tajuk dan persoalan ini diambil dari buku tulisan Muhammad Isa Dawud, buku yang saya beli pada tahun pertama saya bekerja ( sekitar 1997 ) tetapi tak sempat lagi dibaca. Sabtu lepas, hasil dari membersih stor rumah maka terjumpalah buku ini......Alhamdulillah dapat juga difahami apa disebalik pemikiran dan hujah saudara Muhammad Isa Dawud ini.

Menurut beliau, usia bumi ini, menurut kebanyakan pendapat berusia lebih dari seribu juta tahun tetapi ini bukanlah bermakna kehidupan manusia bermula pada masa itu juga. Ia hanyalah berupa 'bahagian' terbesar dari rangkaian kehidupan masa lalu, yang hidup dan menguasai bumi. Kehidupan ini ( kita ) muncul setelah kebinasaan makhluk yang mendahului kita. Makhluk itu berupa makhluk-makhluk asing yang tidak kita ketahui samada serupa dengan kita ataupun tidak. Menurut pakar-pakar, makhluk ini telah dibinasakan oleh pancaran atom yang berlaku serentak. Beliau mengukuhkan pendapatnya dengan memaparkan pendapat ilmiah dan penemuan-penemuan artifak, kubur dll penemuan yang menjuruskan bahawa kehidupan masa lalu telah memenuhi bumi ini sebagai suatu komuniti ( masyarakat ). Selain itu juga beliau menggunakan hujah-hujah dari kitab Al-Quran sebagai rujukan.

Dengan meninggalkan para pembaca menghayati hujah-hujahnya, beliau terus menekankan persoalan apakah ada manusia yang mendahului kita? Dan apakah mereka ini jika ada, mempunyai tingkat ilmu yang sebanding atau melebihi tingkat ilmu kita saat ini? Dan beliau membiarkan para pembaca memikirkannya.......

Maka sayapun memikirkannya......Betul atau tidak itu persoalan lain tetapi segala-galanya mungkin kerana Allah SWT itu Maha Berkuasa atas sesuatu.

Wallahu'alam.

Friday, July 10, 2009

Pemansuhan PPSMI - Siapa Rugi? BN atau rakyat?

Assalam wbt.

Isu PPSMI akhirnya bolehlah dikatakan menuju ke penghujungnya, dengan pihak kerajaan BN akhirnya akur dengan tuntutan pelbagai pihak agar matapelajaran sains dan matematik itu kemabali diajar menggunakan bahasa Malaysia/Melayu. Ramai pihak telah memberikan komen serta pandangan berhubung isu ini sejak ia mula diperkenalkan dahulu hinggalah kepada hari ini ( walaupun ia sudah digezetkan akan dimansuhkan ). Masyarakat dari ahli akademik, sasterawan, ahli politik serta juga 'forum-forum rakyat' di kedai-kedai kopi, pasar-pasar serta di laman-laman blog, semuanya memberikan hujah-hujah pro dan kontra masing-masing.

Sebenarnya, apa masalahnya PPSMI itu? Mengapa ia gagal dilaksanakan dengan berkesan? Mengapa ia gagal mencapai matlamatnya? Pertama sekali yang perlu diketahui adalah apakah matlamat asal mewujudkan PPSMI ini. Adakah ia beragendakan untuk memajukan anak bangsa ataupun ia adalah untuk mengembungkan poket-poket golongan tertentu? Persoalan ini terlebih dahulu perlu dijawab......kemudian barulah hal-hal lain akan dapat diselesaikan dengan sendirinya. PPSMI samada ia ikhlas atau tidak untuk kerajaan laksanakan dilihat ramai pihak seperti hanya melepaskan batuk di tangga sahaja.....masakan tidak! Dengan modulnya yang tidak diketahui keberkesanannya, dengan tenaga pengajarnya yang tidak pasti keupayaannya untuk dikerahkan ke peringkat yang lebih optimum, dengan pemantauan kementerian sendiri yang seolah-olah dilihat 'syok sendiri' dan lepas tangan, dengan pihak sekolah sendiri masih was-was dan bertelagah dalam melaksanakan arahan ini, dengan para ibu-bapa yang masih samar-samar akan pelaksanaan ini lantas membuat jalan mudah membangkangnya tetapi dalam masa yang sama rela menghantar anak-anak mereka ke tuition bahasa Inggeris di luar dan akhirnya dengan para pelajar sendiri yang tertekan samada tekanan dalaman ataupun luaran......semuanya antara punca-punca PPSMI digagalkan.

Pembelajaran dan penguasaan bahasa asing sememangnya amat dituntut, malahan Rasulullah SAW sendiri semasa memasuki kota Madinah telah mengarahkan sahabat-sahabatnya belajar dan menguasai bahasa kaum Yahudi ini ( bahasa Ibrani ) yang pada ketika itu menguasai ekonomi Madinah. Ini penting agar umat Islam dapat berkomunikasi secara baik dan aman dengan mereka serta dapat mengelak tipu-daya dan muslihat kaum Yahudi ini. Sahabat-sahabat seperti Zaid bin Tsabit RA dan Abdullah bin Salam RA telah dianggap Nabi SAW sebagai pakar rujuknya apabila berurusan dengan kaum Yahudi ini. Begitulah pentingnya mempelajari bahasa asing sehinggakan Islam secara terang-terangan menuntut agar umatnya tidak berlengah-lengah dan malas daripada menguasainya.

Berbalik kepada PPSMI iaitu penekanan bahasa Inggeris dalam pembelajaran kedua-dua matapelajaran ini, walaupun nawaitunya untuk membolehkan para pelajar menguasai bahasa Inggeris secara tidak langsung tetapi ini bukanlah satu-satunya kaedah untuk menjadikan para pelajar kita fasih menguasai bahasa Inggeris samada dalam pembacaan dan penulisan. Tidak cukup sempurnakah subjek bahasa Inggeris di sekolah-sekolah? - dengan modul yang banyak diceduk dari 'oversea', dengan tenaga pengajar yang ditambah elaun mereka, menghadiri seminar dan kursus luar dan dalam negara serta dapat menyambung sarjana dan Phd di luar negara.........banyak yang sudah kerajaan belanjakan untuk pemantapan bahasa Inggeris ini, maka sekarang kerajaan juga seharusnya memantau dan mengawasi pelaksanaannya di sekolah-sekolah samada 'pemegang-pemegang amanah' itu menunaikan tanggungjawab dan amanah masing-masing secara ikhlas, bersungguh-sungguh dan berkesan. Kita tidak mahu ada yang 'syok sendiri'.........Kita mahu bahasa Inggeris diajar secara tiada tekanan kepada para pelajar dan juga mahukan para pelajar ini ingin mempelajarinya secara rela dan atas kesedaran sendiri........ Nampaknya pakar kaunseling dan motivasi turut diperlukan juga.

Sebenarnya pemansuhan PPSMI ini meletakkan kedua-dua pihak samada kerajaan ( secara politiknya BN ) dan rakyat ( pegawai kementerian,guru-guru,ahli akademik,pihak swasta,ahli-ahli politik,ibu-bapa dan para pelajar) seharusnya lebih bekerja-keras dan bekerjasama dalam pemantapan diri ( dalam kontek ini adalah penguasaan bahasa Inggeris ) semoga generasi masa depan kita tidak ketinggalan dalam mengejar belbagai ilmu yang bermanfaat demi menguasai dan menangkis serangan-serangan globalisasi. Maka dengan itu dilihat pemansuhan PPSMI ini bukan sahaja telah merugikan kedua-dua pihak tetapi ia juga akan menguntungkan kedua-dua pihak.

Semoga pemansuhan ini akan memberi 'sinar harapan' baru kepada negara tercinta.
Wallahu'alam.

Wednesday, July 8, 2009

Doa tak makbul.....Apa sebabnya?

Assalam wbt.

Tadi semasa menunggu masuk waktu asar di sebuah masjid di Kuala Lumpur tiba-tiba saya didatangi oleh seorang lelaki yang pada pandangan saya seorang 'ahli tabligh', dalam lingkungan umurnya lewat 40-an. Kami duduk berborak-borak daripada hal-hal ringan hinggalah menjadi agak berat....beliau bertanyakan, tahukah saya mengapa doa umat Islam kini dilihat seolah2 tak dilayan dan dimakbulkan oleh Allah SWT yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang itu. Saya kata ilmu saya tak banyak sangat, sikit2 aje....dan saya menyuruhnya berkongsi ilmunya dengan saya. Tidak disangka, insan yang agak 'selebeh' dan tak terurus ini rupa-rupanya mempunyai tahap ilmu agama yang agak tinggi .....bukan calang-calang untuk menyampaikan hujah-hujah dan pengisian agama secara agak sistematik dan lancar sebegitu ( seolah-olah beliau dah menghafalnya). Tanpa segan-silu pula, saya mengeluarkan buku catatan kecil dari poket dan terus menulis setiap 'point' yang diutarakannya. Menurutnya, ini semua adalah daripada sunnah-sunnah Nabi SAW, dan bukannya hasil rekaan atau buah fikirannya.

Secara ringkas, penghalang mustajabnya doa-doa kita adalah kerana :
1. Makan, minum dan pakaian daripada sumber yang haram.
2. Gopoh/tergesa-gesa ( minta dimustajabkan doa ) seterusnya meninggalkan berdoa.
3. Isi kandungan doa mengandungi permohonan dosa dan memutuskan siratulrahim.
4. Meninggalkan amar makruf dan nahi munkar.
5. Berdoa kepada Allah hanya ketika susah sahaja dan melupai-Nya ketika senang.
6. Suami yang mempunyai isteri yang buruk akhlak tetapi tidak diceraikannya.
7. Tidak mengadakan saksi ketika memberi hutang.
8. Memberi/menyerahkan harta kepada orang yang belum sempurna akalnya.
9. Berdoa dalam keadaan hati yang lalai lagi lupa kepada Allah SWT.

Selain daripada itu, menurut beliau lagi, umat Islam kini sudah lalai dan tidak menghormati adab-adab berdoa lalu menjuruskan juga kepada terhalangnya doa-doa kita. Beliau menyuruh saya mencari sendiri apa itu adab-adab berdoa......saya kata insya allah. Semoga dengan sedikit coretan ini memberi 'sinar harapan' buat kita yang doa dan impian kita masih belum dimakbulkan oleh Allah SWT. Wallahu'alam.

Rumah Kita...... Selamatkah buat anak2 kita?

Assalam wbt.

Ramai berpendapat bahawa rumah samada disewa atau dibeli, samada flat, condo, teres setingkat, dua tingkat atau bungalow merupakan tempat paling selamat buat keluarga terutama anak-anak. Memang agama kita sendiri ada menuntut agar kita menyediakan kediaman yang sempurna dan selamat buat keluarga kita. Ramai berpendapat bahawa keselamatan dan keselesaan yang dituntut hanyalah dalam mengelak panas dan hujan semata-mata, berlindung daripada binatang buas dan memberi ruang untuk istirehat dan tidur sahaja. Tetapi kita terlupa bahawa dalam keghairahan kita menyediakan segala kelengkapan itu ( yang kononnya untuk keselesaan dan kemudahan kita,rupa-rupanya kita sedang mengundang mala-petaka dan bencana kepada keluarga kita terutama terhadap anak-anak.

Kajian daripada WHO menunjukkan bahawa kejadian kemalangan kanak-kanak di rumah adalah sebanyak 80% berbanding di kawasan-kawasan lain. Ini sememangnya kerana anak-anak kita majoriti waktunya dihabiskan di rumah dan apabila di rumah pula, tahap berjaga-jaga mereka dan juga kita ( ibu-bapa serta pembantu rumah ) boleh dikatakan 'zero' malahan ada kajian yang menunjukkan bahawa tahap pengetahuan tentang keselamatan peralatan rumah juga menghampiri nilai sifat bagi kebanyakan ibu-bapa dan pembantu rumah. Bagaimana dengan sikap kita para ibu-bapa di Malaysia ?

Baru-baru ini, seorang anak sahabat saya telah ditimpa musibah, gara-gara kelalaian ibu-bapa sendiri. Disebabkan sikap degil sahabat saya ini memasang pintu pagar dapur, maka anak lelakinya yang baru berusia 3 tahun ini telah melecur tangan kiri dan sebahagian mukanya kerana terkena minyak panas gara-gara ingin mencapai kuali di atas dapur. Kealpaan isterinya serta pembantu rumah yang asyik berborak di dapur itu juga menjadi punca kejadian. Selepas kejadian itu, mereka suami-isteri itu sudah mulai rasa cukup bersalah dan insaf, serta mulai mencari tips-tips tentang keselamatan anak-anak di rumah. Mereka juga tidak lokek untuk berkongsinya dengan rakan-rakan serta jiran-jiran, malahan beliau memberi keizinan untuk saya berkongsi pengalaman ini bersama di laman blog ini. Harapan dan doanya agar kejadian yang menimpa anaknya itu dapat dielak daripada terjadi kepada anak-anak orang lain.

Disertakan juga antara web-web tentang keselamatan kanak-kanak di rumah untuk rujukan kita semua. Antaranya : http://childproofing Your Home - 12 Safety Devices To Protect Your Children.htm & http:// room-by-room safety tips safety at home.htm

Sinar Harapan sentiasa bersama kita. Insya allah.
Sekian wasalam

Tuesday, July 7, 2009

Manohara Yang Huru-Hara

Assalam wbt.
Isu pergolakan rumahtangga Tengku Temenggung Kelantan bukan lagi menjadi isu setempat malahan krisisnya sudah merebak di seluruh Asia Tenggara malahan mungkin sedunia gara-gara terbukanya medan komunikasi sekarang. Isu ini sepatutnya menjadi pengajaran kepada kita semua di dalam melakukan apa2 tindakan terutama dalam hal-hal yang bersangkutan dengan masa depan serta hal-hal yang seharusnya dirujuk dan diambil-kira pandangan-pandangan agama. Walaupun Islam amat menggalakkan umatnya agar mendirikan rumahtangga ttp Islam juga tidak melepaskan umatnya itu mewenang2nya melakukan apa yang mereka sukakan......semuanya sudah Islam atur dan sediakan......mengapa masih ramai yang tidak mahu menurutinya? Mengapa masih mahu dan rela berperah otak dan fikiran dalam melawan peraturan2-Nya?

Perkahwinan Tengku Temenggung Kelantan iaitu Teuku Muhammad Fakhry dengan Manohara Obelia Pinot ( kacukan Bugis-Perancis ) pada 28 Ogos 2008 pada mulanya dilihat sebagai satu perkahwinan bersejarah 2 negara berjiran ini. Namun sedikit demi sedikit keharmoniannya tercalar sehinggalah pada April 2009 secara terbuka Manohara dan ibunya membuat kenyataan bahawa Manohara telah didera fizikal dan psikologinya oleh kerabat Kelantan ini. Bermulalah perang mulut, media dan psikologi kedua2 pihak dalam menutup hal ini ( kerabat Kelantan ) dan dalam membenarkan hal ini ( pihak Manohara ) sehinggalah pada May 2009, Manohara dikatakan berjaya melarikan dirinya pulang ke Indonesia ( walaupun pihak istana Kelantan mengatakan sebenarnya beliau diizinkan pulang secara bebas oleh suaminya ). Berlakulah lagi perang dingin kedua2 pihak sehingga ada ugutan saman-menyaman. Sehinggalah pada 5 Jun lalu, pihak Kelantan terlebih dahulu telah memulakan langkah perundangan. Sekarang kita tunggu pula tindak-balas pihak Manohara yang bukan calang-calang juga. Beginilah halnya jika kita berpaksikan sesuatu yang dilarang dan ditegah oleh Allah SWT sebagai panduan dan rujukan kita dalam menjalani kehidupan harian kita. Walaupun Kelantan Negeri Serambi Mekah dan ditadbirkan pula oleh golongan ulama' ttp jika Allah SWT izinkan sesuatu musibah berlaku maka ianya akan tetap berlaku...........masing-masing patut memikirkan, bermuhasabah dan menginsafi diri, samada Teuku M. Fakhry, kerabat2 Kelantan dan termasuk juga pemerintah Kelantan.

Islam sudah menggariskan ciri2 calon isteri yang diredhoi Allah SWT dan insya allah rumahtangga akan berbahagia dunia dan akhirat.

Diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA : Rasulullah SAW ada bersabda ' Wanita dinikahi kerana 4 perkara-kerana hartanya, kerana kedudukannya/keturunannya , kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Maka pilihlah yang baik agamanya , nescaya engkau beruntung.'

Semoga dengan sedikit coretan ini tiada lagi Manohara lain yang akan menghuru-harakan kita semua...........Sinar Harapan masih ada.

Insya Allah dan Wassalam.

Sunday, July 5, 2009

Apabila Golongan Beragama Mula Bergaya.

Assalam wbt.

Selepas kuliah subuh tadi, saya sempat bersarapan bersama rakan2 sejemaah di sebuah restoran. Sambil menikmati sarapan yg ala kadar itu, seorang sahabat telah mencetuskan bicara yang dilihat agak keterlaluan dan memeranjatkan ( pada mulanya ) ttp beliau mempunyai 'point' dalam mencetuskan isu ini untuk dibicara dan difikirkan di pagi minggu ini.



Menurut beliau, berlakunya kepincangan masyarakat kini adalah disebabkan oleh golongan beragama samada ustaz, ulama' atau pegawai2 agama sudah mula hidup bergaya, bermewah dan bermegah2 dgn kehidupan dunia. Masalah kepincangan masyarakat menurutnya bermula dari bangku sekolah lagi, ramai murid2 terutamanya yang berbangsa melayu dan beragama Islam ini terlibat di dalam berbagai permasalahan hidup dan kemaksiatan. Anak2 dari sekolah rendah lagi sudah mula terjebak dalam gejala2 sosial samada di sekolah mahupun di luar. Menurutnya lagi dimanakah guru2 agama yg sepatutnya berperanan sebagai penunjuk jalan yg benar, pendorong membuat hasanah dan pendinding daripada melakukan kemaksiatan samada di dalam atau luar bilik darjah.........menurutnya lagi ramai daripada golongan ini yg semacam tidak ikhlas dalam mendidik murid2 di sekolah....yang penting habiskan silibus semata2....dan ramai pula yg terlibat dalam kerja2 luar / part-time yg menjanjikan pulangan lumayan. Tidakkah ini petanda mengejar dunia........



Menurut beliau lagi, sifat dan sikap begini turut menular di pusat2 pengajian tinggi kita. Kita mempunyai ramai pakar2 agama samada bergelar profesor madya dan profesor ttp mengapa masih ramai mahasiswa & mahasiswi kita tidak malu2 dan segan2 melakukan maksiat dan kedurjanaan.........dengan gaji mencecah RM6k - RM10K seorang, adakah golongan cendiakawan Islam kita ini hanya pandai dan mampu berkuliah, berseminar, berwawancara serta berceloteh semata2 untuk mengisi jadual2 perkuliahan dan memenuhi jemputan2 semata2? Adakah dengan kemewahan yg disajikan menjadikan mereka tertutup mata dan hati dalam mengutamakan yang patut diutamakan dan melepas-pandang perkara2 pokok.



Selain itu, ditambah oleh seorang rakan lain bahawa tokoh2 agama yang menjawat jawatan di dalam pentadbiran kerajaan juga dilihat tidak terlepas daripada hasutan dan tipu daya ini. Menurutnya, apabila penasihat2 ini terutama yg berpendidikan dan berpengetahuan agama tidak menyedarkan dan menasihati pemerintah atau gagal dalam menjalankan tanggungjawabnya malahan beliau turut sama2 terjerumus di dalam mengejar kemewahan dan kekayaan dunia maka Allah SWT akan tidak teragak2 menghukum kaum2 ini......sejarah kejatuhan empayar2 Islam samada Bani Abbasiah, Bani Ummaiyah serta kerajaan Othmaniah sepatutnya menjadi pengikhtibaran dan pengajaran penting buat kita. Di ketika itu, umat Islam berada di ambang kecemerlangan dan kemewahan. Pemerintah dan rakyat termasuklah pembesar2 agama telah terlalai dgn kekayaan harta benda....maka Allah SWT memberi hukuman yg sewajarnya kepada mereka dan menjadikan ia pedoman buat umat2 masa hadapan iaitu kita.



Adakah salah untuk golongan beragama ini bermewah dan bergaya jika rezeki datang melimpah-ruah? Bukankah Islam mengajar umatnya agar beribadat seumpama kita akan mati esoknya dan bekerjalah seolah2 kita akan hidup selama2nya. Akhirnya kami semua bersependapat bahawa hujah rakan kami ini ada juga kebenarannya......walaupun Allah SWT menuntut agar umatnya bekerja-keras dan menguasai ekonomi ( kaya dan mewah ) ttp Islam juga ada menekankan mengenai cara kehidupan yg dituntut dan diredhoi-Nya iaitu bersederhana dan jika mampu hidup secara 'zuhud'. Zuhud? Apa dan bagaimana cara hidup 'zuhud' ini? Tajuk ini akan kami ajukan untuk dibicarakan pada kuliah subuh minggu hadapan. Insya-Allah. Wallahu'alam.

Friday, May 29, 2009

Gejala Ragut - Salah siapa!

Assalam wbt.



Semalam kejadian ragut sekali lagi berlaku di Kuala Terengganu. Kejadian ini nyaris2 membawa maut kepada mangsanya iaitu Puan Mazlina, 45 tahun yang kini terlantar parah di hospital. Kejadian ragut bermotosikal ini adalah yg kedua terjadi di Terengganu tahun ini ( adakah ini jenayah dan gara2 mat rempit jugak! ), pertama pada 30 Mac lalu, ia mengakibatkan kematian mangsanya iaitu Nurul Fatimah Ali,19 tahun yg maut dilanggar kereta ketika mengejar peragut2 bermotosikal ini.



Dalam bulan Mei ini sahaja sebanyak 3 kematian disebabkan kejadian ragut berlaku. Bermula pada 5 Mei apabila musibah ini telah menimpa Puan Jamilah Selamat,31 tahun ( hamil anak ke-3 ) di Ayer Hitam,Johor yang meninggal setelah 2 hari koma gara2 ragut bermotosikal. Dan pada 5 Mei juga di Tasek Gelugor, Pulau Pinang seorang ibu, Puan Tom Salleh, 86 tahun maut dalam cubaan menyelamatkan anaknya yg menjadi mangsa ragut dan terakhir pada 6 Mei, kejadian yg berlaku di Kota Bharu, Kelantan melibatkan seorang ibu yg mengandung 3 bulan maut dilanggar kenderaan gara2 kejadian ragut.



Semua kejadian ini melibatkan peragut2 bermotosikal, majoriti berbangsa Melayu ( ttp belum disahkan lagi ) dan melibatkan mangsa2 yg juga berbangsa Melayu. Ada yg mengatakan peragut2 ini bertindak sedemikian kerana tekanan hidup atau tekanan ekonomi gara2 diberhentikan kerja dan sebagainya, ada pendapat pula terutama pakar2 psikologi menganggap ini adalah sikap peragut itu sendiri dimana mereka melakukannya atas dasar hobi atau tabiat yang pada asalnya hanya suka2 ttp telah menjadi ketagihan akhirnya. Ada pula menganggap ini adalah cara kumpulan2 gengster dalam mencari sumber kewangan untuk digunakan dalam aktiviti2 mereka - lumba haram, parti2 tari menari dan lain2 acara yg pada adat dan agama amat ditegah dan juga sebagai satu kaedah pengambilan ahli baru dalam kumpulan mereka. Selain daripada itu ada juga pihak yg menyalahkan kerajaan secara tidak langsung - tiada aktiviti2 menarik buat remaja2 ini di kawasan mereka, tiada pendekatan atau hubungan langsung dalam mendekati golongan2 ini dan pengawalan longgar pihak berkuasa samada polis, Rela ataupun AJK2 kampung atau kawasan itu. Akhirnya, orang ramai juga turut dipersalahkan kerana kurang peka dan sensitif dalam memelihara ketenteraman dan keamanan kawasan gara2 sibuk dgn tugasan harian masing2 manakala mangsa juga turut anggap oleh sesetengah pihak sebagai pendorong kepada jenayah ini kerana dilihat tidak menjaga penampilan diri (keselamatan) semasa berada di luar.



Apapun alasan orang ramai, penyebab utama jenayah ini tidak dapat lari dari penjenayah itu sendiri. Dan sekali lagi pegangan agama Islam yg kuat dilihat sebagai 'penawar' kepada permasalahan ini. Tanpa didikan, ajaran,pegangan dan amalan agama Islam yg kukuh dan konsisten setiap manusia sudah pasti akan terjerumus ke lembah kehinaan, bukan sahaja dalam kes ragut ini malahan bermacam2 lagi kemaksiatan dan dosa2 lain.



Wassalam.

Wednesday, May 27, 2009

Masalah Sosial Remaja - Peranan Ibu-bapa

Assalam wbt.

Pada malam Ahad lalu saya sempat menghadiri kuliah maghrib di sebuah masjid di Shah Alam. Tajuk yg dibawa oleh ustaz itu adalah mengenai permasalahan remaja kita - melayu islam dan bersempena juga dgn hari ibu beliau turut mengaitkan peranan ibubapa dalam konflik ini.

Menurut beliau, dalam banyak2 sebab-musabab mengapa remaja kita menjadi ketidak-haruan, bermasalah dan sukar dibendung adalah berpunca dari sikap dan sifat ibu-bapa mereka sendiri. Dalam hal ini, menurutnya, ibu gagal memainkan peranannya sebagai isteri yg solehah manakala bapa gagal berperanan sebagai suami yg soleh. Di sini ingin saya kongsi bersama intipati daripada kuliah tersebut yg antara lain membincangkan tentang peranan & kewajiban suami dan isteri yg soleh.

1. Peranan & kewajiban suami terhadap isteri
1. Pergaulilah & layanilah isteri2 dengan baik - soal pakaian, makanan, kesihatan zahir & batin.
2. Sudi memaaf jika isteri tidak melayannya dgn sempurna ttp tegas & keras jika isterinya
tidak solat atau berpuasa.
3. Bersikap lembut @ berhemah dalam memberi teguran kpd isteri, menafkahinya sekadar
kemampuan dan berlaku tabah ( jika disakiti isteri) serta bersikap halus kepadanya dan
mengarahkan ke jalan baik dan mengajarkan hukum2 agama.
4. Mereka( isteri) adalah amanah drp Allah - perintahlah solat & ajarkanlah agama kpd
mereka. Dalam kata-lain si suami wajib memantau solat dan ibadat2 lain isterinya agar
sentiasa terpelihara.
5. Menunjukkan budi pekerti yg baik dan bagus kpd isteri. Sebagai ketua keluarga, suami
wajib menunjukkan peribadi yg baik dan mejadi idola kepada isteri dan anak2.

1. Peranan & kewajiban isteri terhadap suami
1. Taat kpd Allah SWT dan memelihara diri di balik pembelakangan suami.
2. Memelihara penghormatannya dan taat kepada suami.
3. Bersikap kikirlah dalam memelihara harta suami, bersikap keraslah dalam menjaga maruah
diri dan suami dan bersikap penakut dalam menjauhi tempat2 mencurigakan dan maksiat
serta kerana takutkan suaminya.
4. Menganggap dirinya umpama budak perempuan pemilikan suami atau tawanan yg lemah.
Maka mereka tidak boleh menjalankan sedikitpun dari harta suami malahan ada ulama
berpendapat mereka juga tidak boleh menjalankan harta mereka kecuali diizinkan suami
kerana diumpamankan sebagai orang yang terikat.
5. Sentiasa malu terhadap suami, menutup penglihatannya dihadapan suami, diam ketika
suami berbicara, berdiri ketika suaminya datang dan keluar.
6. Menyodorkan dirinya kpd suami ( ketika hendak tidur ), memakai wangi2an, sentiasa
berhias dan ceria dihadapan suami dan tidak berhias ketika suami tiada.
7. Tidak berkhianat kpd suami ketika tidak ada di tempat tidur dan di dalam hartanya,
menghormati keluarga suami dan kerabatnya, merasa puas jika diberi sedikit oleh
suaminya.
8. Tidak menolak jika diajak bersama pada bila2 masa dan keadaan.
9. Tidak boleh puasa sunat tanpa kebenaran suami dan tidak boleh keluar rumah tanpa
keizinan suami.
10. Haram meminta cerai tanpa keadaan yg benar2 terdesak dan diperlukan.

Menurut ustaz tersebut, ini adalah antara tanggungjawab2 dan peranan2 suami dan isteri yang mana kini sifat2 ini sudah kabur dan kurang dititik-beratkan. Disebabkan ibu-bapa menjadi idola dan acuan anak2 maka segala tindaktanduk dan perwatakan mereka ini akan memberi banyak pengaruh dan peranan kepada anak2.

Jika dulu saya termenung memikirkan masa depan anak2, kini saya termenung pula memikirkan adakah saya suami terbaik buat isteri saya dan bapa terbaik buat anak2 saya. Ya Allah .....bantulah dan tunjukkanlah hidayahmu kepada hambamu ini dan hamba2mu yg lain yg sedang mencari keredhoanmu serta peliharalah keluarga kami dari tipu-daya dunia dan azab akhirat. Amin.

Wallahu'alam.

Tuesday, May 26, 2009

Al-kisah Iblis Menghadap Rasulullah SAW - Siri ke-3

Assalam wbt.

Soalan ke-16 Nabi SAW : Siapakah terlebih kesukaan iblis.
Jawap Iblis : Golongan yg tidak mencukur @ mencabut serta menggunting bulu ari2 ( dlm masa 40 hari ) , iblis akan bersarang di kawasan itu. Demikian juga dgn perihal bulu ketiak.

Soalan ke-17 Nabi SAW : Siapa pula saudara engkau!
Jawap iblis : Golongan yg melengah2kan solat subuh w.pun sedar maka iblis akan melengah2kan lagi sehingga terbit matahari dan demikian juga pada waktu solat2 lain zohor,asar dan maghrib dimana manusia akan dimalas2kan. Dan apabila mahu tidur bacalah al-fatihah 21x untuk membentengkan diri dari iblis.

Soalan ke-18 Nabi SAW : Apa jalan dapat menbinasakan si iblis.
Jawap iblis : Dengan banyak menyebut nama Allah, byk bersedekah tanpa pengetahuan manusia lain, byk bertaubat, byk tadarus al-quran dan solat malam.

Soalan ke-19 Nabi SAW : Apa hal yg akan memecahkan mata iblis.
Jawab iblis : Golongan yg duduk di masjid kerana Allah serta beriktikaf di dalamnya.

Soalan ke-20 Nabi SAW : Apa lagi yg memecahkan matamu.
Jawap iblis : Manusia yg taat kpd ibubapanya, mendengar kata2 mereka dan membantu makan-pakai mereka. Kerana " Bermula syurga itu adalah di bawah tapak kaki ibu"

Soalan ke-21 Nabi SAW : Apa yg merantai akan iblis.
Jawap iblis : Apabila urus-niaga dilakukan dgn betul timbangannya, sukatannya,ukurannya dan tukarannya.

Soalan ke-22 Nabi SAW : Apabila umat islam memberi salam satu sama lain, betapa hal si iblis.
Jawap iblis : Pecahlah dada iblis, merataplah si iblis kerana kedua2 manusia itu mendapat keampunan dari Allah ( apabila selesai berpisah )

Soalan ke-23 Nabi SAW : Siapa pula sahabat yg hampir dgn engkau.
Jawap iblis : Manusia yg minum arak, hisap candu@ ganja kerana boleh mengakibatkan pecah-belah, perkelahian dan perceraian.

Soalan ke-24 Nabi SAW : Siapa pula bersekutu dan bersekedudukan dgn iblis .
Jawap iblis : Jika bertemu lelaki & wanita maka iblis akan duduk ditengah2, akan dihasut agar adanya keinginan syahwat kerana golongan yg tiada memelihara hatinya nescaya tiada juga memelihara kemaluannya hingga akan membawa kpd tidak memelihara imannya.

Soalan ke-25 Nabi SAW : Di mana kediaman mu.
Jawab iblis : Di rumah2 berhala dan pada batu,kayu,tembaga dll. Jika manusia menyembahnya maka akan ditambah keyakinan kpd mereka akan kesyirikan itu.

Soalan ke-26 Nabi SAW : Dimana tempat perhimpunan engkau.
Jawab iblis : Tiap2 rumah wayang & tempat hiburan(joget) iaitu tempat percampuran pemuda dan pemudi.

Soalan ke-27 Nabi SAW : Apahal yg engkau intai2kan di dalam masjid.
Jawap iblis : Iblis hendak mengacau dan merosakkan orang yg bersolat di situ ttp yg paling ditakuti adalah orang yg sedang tidur di situ kerana takut2 yg tidur itu ( alim ) akan bangun menegur kesalahan orang yg bersolat itu ( bodoh jahil + hasil hasutan iblis ) lalu orang yg solat itu akan memperbetulkan solatnya.

Soalan ke-28 Nabi SAW : Apakah puji2an engkau.
Jawap iblis : Segala bentuk nyanyian2 dan pantun-seloka serta suara2 sebagai bunyian kecuali dalam memuji2 Allah, berselawat dan nasyid.

Soalan ke-29 Nabi SAW : Siapa yg sekaum dgnmu.
Jawap iblis : Golongan yg menipu harta orang lain dan memakan harta anak yatim dan memakan riba.

Soalan ke-30 Nabi SAW : Bagaimana engkau gelapkan hati2 manusia.
Jawap iblis : Makan dan minum dari sumber2 haram , meninggalkan solat subuh dan dgn memenuhkan perut2 sekenyang2nya.

Soalan ke-31 Nabi SAW : Siapa golongan yg menyukakan hati kamu.
Jawap iblis : Org kaya yg bakhil & golongan yg tidak mengeluarkan zakat kpd golongan yg daif.

Soalan ke-32 Nabi SAW : Siapa yg menyuburkan badan engkau.
Jawap iblis : Orang yg berhasad dengki, orang yg tidak belajar hukum2 islam, perempuan2 jahat serta setiap perempuan yg mencabulkan dirinya dan menjual maruahnya.

Soalan ke-33 Nabi SAW : Jika mati seorang ulama, bagaimana penerimaanmu.
Jawab iblis : Telah subur & bertunaslah hasutan iblis dan berjayalah pekerjaannya. Kerana jika umat itu berdukacita dgn kematian ulama maka Allah akan menuliskan baginya pahala seribu alim dan seribu syahid ttp jika golongan yg bencikan ulama maka akan datang 3 bala kepada mereka iaitu 1). Diangkat berkat dari pencariannya 2). Didatangkan ketua yg zalim 3). Dikeluarkan dari dunia dalam keadaan tidak beriman.

Soalan ke-34 Nabi SAW : Jika umatku bersolat jemaah , bagaimana penerimaanmu.
Jawap iblis : Telah terurailah mereka itu akan simpulan tipu-daya iblis.
Lalu Nabi SAW bersabda : Hai sahabatku sekalian! Barangsiapa sebahyang 5 waktu maka ia akan perolehi 5 perkara iaitu 1) Tiada menimpa akan dia fakir di dunia 2) Diangkat siksa kubur darinya 3)Dikurniakan kitab tulisan dari sebelah kanan ( selamat ) 4) Melalui titian sepantas kilat 5) Dimasukkan ke dalam syurga tanpa dihisab dan siksaan.
Solat lelaki berjemaah itu lebih baik daripada solat 40 tahun di rumahnya seorang diri, solat berjemaah akan mendapat 27 darjat manakala sesiapa yg bersolat berjemaah bersama anak-isteri maka akan diperoleh pahala umpama pahala haji dan umrah.

Soalan ke-35 Nabi SAW : Jika umat islam berselawat, bagaimana keadaan iblis.
jawab iblis : Akan terbelah muka iblis disebabkan kecintaan mereka kepada Nabi SAW.
Sabda Nabi SAW lagi, barangsiapa membaca selawat keatasku, maka telah diminta ampun baginya oleh malaikat dan adalah ia daripada isi syurga.

Wallahu'alam.

Monday, May 25, 2009

Al-Kisah Iblis Mengadap Rasulullah SAW - Siri 2

Assalam wbt.

Kisah ini diteruskan dgn soalan2 seterusnya drp baginda SAW.

Soalan ke-6 Nabi SAW : Apa tindakbalas Iblis jika seseorang itu membaca al-Quran kerana Allah SWT semata2.
Jawapan Iblis : Akan terbakarlah rasa tubuhnya serta putus2 segala urat2nya dan bertempiaran lari daripadanya.

Soalan ke-7 Nabi SAW : Apa tindakbalas Iblis jika seseorang itu mengerjakan haji kerana Allah SWT semata2.
Jawapan Iblis : Binasalah dirinya serta gugurlah segala daging tulangnya kerana umat itu telah mencukupi rukunnya.

Soalan ke-8 Nabi SAW : Apa tindakbalas Iblis jika seseorang itu berpuasa semata2 kerana Allah SWT.
Jawapan Iblis : Ianya suatu bencana yg amat bahaya. Pada hari pertama puasa, iblis serta sekutu2nya akan ditangkap , dipasung kaki dan tangan serta disiksa sehingga selesai bulan Ramadhan agar tidak mengganggu umat Islam yg berpuasa. Dalam bulan ini jugalah berbagai rahmat dan pengampunan Allah akan diturunkan kepada umatnya.

Soalan ke-9 Nabi SAW : Bagaimana pandangan iblis terhadap sahabat baginda.
Jawapan Iblis : Mereka adalah seteru utama iblis kerana bukan setakat tidak mampu memujuk rayu serta menyesatkan mereka malahan untuk mendekati merekapun amat sukar dan menyeksakan. Iaitu Saidina Abu Bakar, Umar, Osman dan Ali.

Soalan ke-10 nabi SAW : Bagaimana bentuk tipudaya iblis kpd umat islam.
Jawapan iblis : Umat Islam ada 3 macam - 1). Seperti air hujan iaitu memberi byk manfaat dan pertolongan dlm menyuruh makruf dan mencegah munkar iaitu guru2 dan ulama2. 2). Seperti tanah iaitu orang yg sabar,syukur dan reda akan kurniaan Allah SAW serta byk berbuat amal soleh & bertawakal dan byk kebajikannya. 3). Seperti firaun yg terlampau tamak dgn keduniaan dan dihilangkan amal akhirat - inilah golongan kesukaan iblis dan ia akan terus disesatkan dlm segala segi - niat, percakapan dan perbuatannya.

Soalan ke-11 Nabi SAW : Siapa yg serupa dgn iblis.
Jawapan iblis : Iaitu orang yg meringankan syariat Rasulullah SAW dan orang yg membenci golongan2 yg belajar agama islam.

Soalan ke-12 Nabi SAW : Siapa yg mencahayakan muka si iblis.
Jawapan iblis : Iaitu orang yg berdosa dan bersumpah bohong, saksi bohong dan menyalahi janji.

Soalan ke-13 Nabi SAW : Apa pula rahsia iblis kpd umat nabi.
Jawapan iblis : Jika seseorang islam pergi buang airbesar , jika tidak dibaca doa perlindungan syaitan, maka nescaya iblis akan menggosokkan najis itu ke tubuhnya ttp jika dibaca maka bertempiaran lari daripadanya.

Soalan ke-14 Nabi SAW : Jika umatku bersatu dgn pasangannya, apa tindakan iblis.
Jawapan iblis : Jika ketika itu mereka ada membaca doa perlindungan kpd Allah maka larilah iblis daripadanya, jika tidak maka iblislah yg mendahului menyetubuhi isterinya dan bercampurlah benih iblis dan manusia, Jika terjadi anak maka anak2 itu akan cenderung kpd kemaksiatan dan malas membuat kebajikan disebabkan kelalaian ibubapanya. Begitu juga perihal makan dan minum.

Soalan ke-15 Nabi SAW : Apa cara untuk menolak tipu-daya iblis ini.
Jawapan iblis : Jika berbuat dosa cepat2lah bertaubat nasuha, apabila marah segeralah berwudu' dan jika mengekalkan membaca doa pengampunan selepas sembahyang Jumaat 5x maka akan diampunkan Tuhan dosanya dgn taubatnya itu.

Wallahhu'alam.

Siri ke-3 akan menyusul tidak lama lagi.

Wednesday, May 20, 2009

Kemelut Politik Perak - Apa terjadi selepas tanggal 21May2009

Assalam wbt.

Politik di Perak sekali lagi akan menjadi tumpuan rakyat Malaysia pada 21 May 2009 ini. Jika dahulu ia dimulai dengan kejutan kekalahan BN pada Pilihanraya Umum ke-12 ( Mac 2008) , kemudian dalam tempoh setahun bertahan Pakatan Rakyat pula terpaksa akur apabila 'kehilangan' 3 kerusi kpd BN. Namun setelah diteliti dan difikirkan alasan2 untuk dimanipulasikan akhirnya PR 'tidak akur' dgn musibah yg menimpa ini dan meletakkan pengharapan besar kepada perundangan Malaysia ( yg diceduk dari perundangan British ) ini untuk menyelamatkan mereka. Walaupun disedari secara politiknya dan matematiknya, mereka sudah 'tewas' ( itupun gara-gara mainan politik mereka sendiri ) namun secara perundangan nasib masih menyebelahi mereka, peluang masih ada dan pertarungan masih belum berakhir - sehingga terjadinya 'Persidangan Bawah Pokok' dan penentangan kaum melayu secara besar2an dan terbuka kepada institusi kesultanan melayu.

Keputusan mahkamah tinggi mengesahkan dan mengistiharkan Nizar ( PR ) sebagai menteri besar Perak yg sah telah membuktikan bahawa mahkamah kita masih telus ( berlawanan dgn tanggapan pihak PR sendiri ) dan dalam kejutan kemenangan itu golongan PR masih sempat mengadakan perjumpaan tergempar exco2 dan meluluskan beberapa perkara yg kurang rasional dan berbau politik. Tetapi tidak sampai 24 jam kemenangan itu diraikan, satu lagi kejutan berlaku apabila mahkamah rayuan pula membenarkan permohonan Dr. Zambry (BN ) untuk menundakan keputusan mahkamah tinggi itu. Kini, BN pula cuba menentang PR melalui perundangan walaupun tahu risiko dan natijahnya amat berat dan akan menyakitkan hati. Lalu memerintahlah Dr.Zambry sehingga 21May ini ( walaupun ramai beranggapan beliau hanya 'syok sendiri' ) . Keputusan siapa menteri besar Perak yg sebenarnya akan diumumkan pada tarikh keramat ini.

Selepas 21May2009 ini, apapun keputusan mahkamah nanti sebenarnya kekalahan kepada kedua2 pihak samada PR atau BN. Jika Nizar yg menang maka apa yg boleh ia lakukan kerana beliau tidak ada majoriti dan jika Zambry yg menang pula apa yg beliau boleh laksanakan dgn sokongan lebihan 3 kerusi itu ( yg masih menjadi ahli bebas ). Politik Perak akan menjadi ketidak-haruan dan mungkin menjadi lebih buruk jika anasir2 jahat dan mainan2 politik licik akan terus menyelinap dalam BN dan PR. Akhirnya rakyat Perak yg akan menanggung akibatnya manakala pihak istana akan merasai kepedihannya ( makan dalam )...tetapi.....pihak2 yg suka berpolitik pula ( tidak kira BN atau PR ) akan meraikannya kerana inilah masanya untuk 'berpolitik', inilah masanya untuk melaksanakan idea2 serta strategi2 yg secara teori telah dipelajari dan inilah masanya untuk membuktikan kepada rakyat akan kebijaksanaan dan kepandaian mereka berhujah dan bertindak atas tiket 'politik' ini. Atau adakah selepas tanggal 21May ini masih ada pihak yg akan naik-turun mahkamah.....segala2nya mungkin belaka selagi kita masih mengagung2kan politik ciptaan barat ini. Buat rakyat Perak bersabarlah dengan cubaan ini ....dan berserahlah hanya kepada Ilahi agar memberikan yg terbaik untuk anda sekelian. Buat rakyat Malaysia yg lain, jadikan ini pengajaran berguna buat masa depan, serta bantulah mendoakan agar Allah SWT tunjukkan kebenaran dan menghulurkan bantuan-Nya dalam mencari yg terbaik untuk Perak dan juga Malaysia.

Wassalam.

Al-Kisah Iblis Mengadap Rasulullah SAW - Siri 1

Assalam wbt.

Baru2 ini saya telah berjumpa seorang sahabat lama ( semasa tingkatan 2 ). Disebabkan sudah agak lama tidak berjumpa maka saya mengajaknya minum di sebuah restoran di Shah Alam. Banyak hal yg kami cakapkan, dari zaman dulu2 hinggalah terkini termasuklah isu2 politik hinggalah ke masalah2 sosial. Di akhir pertemuan beliau menghadiahkan saya sebuah buku kecil bertajuk " Kisah Iblis Menghadap Nabi Muhammad SAW - hasil tulisan Ustaz Muhammad bin Hj Mohd Said ( seorang guru di Madrasah Al-Sibyan, Singapura ). Menurutnya sebagai pedoman, panduan dan ingatan semata2.

Buku ini dimulakan dengan perintah Allah SWT kepada Iblis agar pergi menghadap Rasulullah SAW dan membuka segala rahsianya dan menjawab segala persoalan yg diutarakan oleh baginda dgn sebenar2nya. Maka datanglah si Iblis itu dihadapan Rasulullah SAW menyerupai seorang tua yg buta sebelah mata dan berjanggut putih lalu memberikan salam sehingga 3x tetapi masih tidah diendahkan oleh baginda. Akhirnya tanpa menjawab salam itu, Rasulullah SAW terus memarahi si Iblis itu sehingga menyebabkan si laknatullah itu tidak tahan lalu menceritakan akan sebab musabab kedatangannya itu. Maka bermulalah dialog antara Raja syurga dan raja neraka itu disaksikan oleh para sahabat yg hadir pd majlis itu.

1. Soalan 1 Nabi - Siapa seteru terbesar Iblis dan siapakah baginda disisinya.
Jawapan Iblis - Seteru terbesar Iblis di mukabumi ini adalah Rasulullah SAW dan jika tugas
baginda untuk memberi iman kepada umat manusia, tugas iblis pula adalah untuk menarik
umat manusia kpd kafir , murtad dan munafik. Dan iblis itu dapat menjadikan dirinya
sebarang bentuk dan rupa kecuali sifat Rasulullah SAW, jika dibuat juga maka akan
terbakarlah ia menjadi abu.
2. Soalan 2 Nabi - Apakah perbuatan @ tugasan iblis kpd makhluk Allah.
Jawapan Iblis - 1. Menggalakkan penzinaan 2. Godaan agar tinggalkan solat 3. Leka dgn
makan minum & durhaka 4. Dilalaikan dgn harta benda 5. Memupuk sifat hasad dengki
6. Menghalang melakukan taubat @ membuat ibadat 7. Menanam sifat riak & takabbur
8. Godaan lidah - dusta,cela,umpat. ( Semuanya hasutan ini dilakukan siang,malam,pagi dan
petang tanpa jemu dan putus asa oleh iblis dan kuncu2nya).
3. Soalan 3 Nabi - Mengapa iblis suka lakukan perkerjaan yg tidak bermanfaat ini.
Jawapan Iblis - Disebabkan hawa nafsu dan takabbur kianat - berpunca dari kisah Nabi Adam
AS.
4. Soalan 4 Nabi - Apakah penipuan pertama kpd umat manusia.
Jawapan iblis - Mula2 adalah memalingkan iman supaya menjadi kafir - melalui perkataan
atau perbuatan, kelakuan atau hatinya. Jika gagal maka ditarik ke jln untuk mengurangkan
pahala sehingga lama2 manusia akan terjerumus mengikut kemahuan iblis itu.
5. Soalan 5 Nabi - Jika manusia mendirikan solat, bagaimana penerimaan iblis.
Jawapan Iblis - Ketika itulah kesusahan teramat besar bg Iblis. Gementar seluruh tubuhnya,
lemah tulang sendinya tetapi pada ketika itu disuruh bala tenteranya ( berpuluh2 ) pergi
menggoda umat yg bersolat itu - pada anggota agar malas bersolat, pada hati agar was2 di dlm
solat, terlupa bilangan rakaat, memikirkan hal2 dunia, pada mata & telinga agar tidak khusyuk,
pada belakang agar tiada kuasa duduk lama2 didalam sujud & tahiyat sehingga berperasaan
ingin mempercepatkan solat itu - kurangkan pahala solat. Jika tentera2nya gagal maka
mereka itu akan dikenakan hukuman yg berat.

Buat siri 1 ini dirasakan cukuplah sekadar 5 persoalan yg dibicarakan. Insyaallah siri2 selanjutnya ( terdapat 40 soalan kesemuanya ) akan menyusul dalam masa terdekat. Wallahu a'lam.

Friday, May 8, 2009

1Malaysia - Satu Transformasi YB dari 'Yang Berhormat' kepada 'Yang Berkhidmat'

Assalam wbt.

PM kita sudah melengkapkan 'kuliah'nya tentang nilai2 1Malaysia apabila nilai terakhir iaitu integriti menempatkan dirinya. Untuk renungan,rujukan dan tatapan bersama disenaraikan semula ke lapan2 nilai 1Malaysia itu iaitu :
1. Budaya Kecemerlangan 5. Kesetiaan
2. Ketabahan 6. Meritokrasi
3. Rendah hati 7. Pendidikan
4. Penerimaan 8. Integriti

Sekali imbas nilai2 ini mudah untuk dipraktikkan dan direalisasikan, tetapi apabila berkali2 diimbas ternampak kesuraman, kekaburan dan kesamaran untuk memikul amanah ini. Pengorbanan yg tidak terhingga diperlukan baik daripada pemimpin dan rakyat jelata. Kini PM kita asyik melaung2kan slogan mengajak rakyat bersama2nya dalam mendokong 1Malaysia, ini kerana beliau tahu dan memahami falsafah 1Malaysia itu......bagaimana pula dengan rakyat! Adakah warganegara Malaysia semuanya memahami konsep 1Malaysia ini seadanya. Kita tidak mahu terjadi seperti konsep Islam Hadhari, walaupun ianya berniat baik tetapi pemahaman dan 'dakwah'nya tidak sesampaian ke golongan sasaran. Jika rakyat biasa sahaja tidak tahu boleh diterima akal juga, ini ahli2 parlimen BN sendiri, menteri2, pegawai2 atasan kerajaan & kakitangan2 kerajaan malahan ustaz2 kerajaan pun terkebil2, tersipu2, teragak2 dan was2 jika disoal akan perihal Islam Hadhari ini. Sekarang Pak Lah sudah pergi, bagaimana dengan nasib Islam Hadhari ini............

Rentetan daripada itu adalah sewajarnya PM kita men'tarbiah'kan pak2 & mak2 menterinya, exco2 BN, YB2 BN, kakitangan2 kerajaan drp atas hingga ke bwh agar benar2 memahami apa intipati dan hakikat 1Malaysia itu. Lalu dapatlah mereka sampaikan konsep 1Malaysia itu kepada rakyat jelata sejelas2nya samada melalui lisan, media massa ataupun 'cara kerja' & 'hasil kerja' golongan2 pendokong aspirasi kerajaan ini. Kita tidak mahu 'pisang berbuah 2x'. Kemudian rakyat sendiri boleh menilainya samada ia retorik politik ataupun niat ikhlas PM. Justeru itu pihak2 pendokong mandat ini seharusnya tidak teragak2 di dalam melaksanakan tanggungjawab ini serta menterjemahkan nilai2 1Malaysia ini di dalam tindak-tanduk mereka. Mereka terutama golongan YB2 seharusnya berpijak di bumi nyata sekarang, dengan slogan rakyat diutamakan seharusnya mereka akur dan rela diri ditransformasikan daripada gelaran Yang Berhormat itu kepada gelaran Yang Berkhidmat. Itulah hakikat dan konsep sebenarnya 1Malaysia.

Wassalam.

Tuesday, April 28, 2009

Teluk Cempedak - Destinasi 'Syurga' Pelajar.

Assalam wbt & salam sejahtera.

Laporan muka depan akhbar harian Kosmo ( 28April2009) membuktikan bahawa dunia pelajar dan institusi pendidikan kita memang masih bermasalah. Fenomena salah-laku dan aksi2 liar para pelajar kita semakin hari semakin menakutkan dan membimbangkan.

Jika dahulu fenomena ini hanya menghantui kawasan pusat bandar di mana budaya lepak dll kegiatan melibatkan di pusat2 membeli-belah, kedai2 'games', hentian2 bas menjadi lokasi strategik kini gejala ini sudah menyelinap ke kawasan2 pinggiran pula dan sepertimana laporan ini lokasi mereka adalah di pusat peranginan Teluk Cempedak. Sebenarnya, banyak lagi kejadian2 ini berlaku di serata ceruk Malaysia. Budaya ponteng ini sudah membudayai pelajar2 bandar dan luar bandar termasuklah kawasan Felda dan kawasan rancangan2 lain. Masalahnya mereka bukan sahaja setakat ponteng sekolah tetapi telah melakukan aktiviti2 yg di luar batasan agama dan adat.

Walaupun sudah dilaporkan dan diketahui akan permasalahan dan isu ini tetapi pihak2 bertanggungjawab ( sekolah, kementerian dan ibubapa ) seolah2 memandangnya sebelah mata dan tiada tindakan drastik yg benar2 memberi kesan kepada golongan pelajar ini agar insaf dan bertaubat tidak akan mengulanginya dan menjadi pengajaran dan teladan kepada pelajar2 lain yg belum terjebak dengan gejala ini. Sekali lagi didikan dan pendekatan agama dilihat sebagai penawar kepada penyakit ini tetapi keberkesanannya perlulah disokongi oleh kerja-kuat, kerjasama dan kesabaran semua pihak demi kecemerlangan anak bangsa.

Wassalam.

Monday, April 27, 2009

PAS - Antara Perjuangan & Pangkat

Assalam wbt & salam sejahtera.

Jika perhimpunan UMNO yg menjadi bualan hangat masyarakat ( tidak kira agama,bangsa & parti politik ) sudah melabuh tirainya dan UMNO serta BN sudah mampu mewacanakan perancangan selanjutnya kini tibalah masanya pula tumpuan masyarakat beralih kepada sebuah lagi parti terbesar melayu islam iaitu PAS yang akan mengadakan pemilihannya pada Jun ini.

Pas yang semenjak keluar UMNO telah berjuang dengan prinsip 'Membangun Bersama Islam' dan bergerak secara solo di dalam mengharungi ranjau dan keperitan landskap politik Malaysia kini sudah boleh tersenyum dan berkepak sedikit gara-gara adanya pakatan bersama PRK dan DAP untuk membentuk Pakatan Rakyat yang telah berjaya merampas Selangor, Kedah, Pulau Pinang dan Perak ( sebelum dirampas semula oleh BN ) serta mengekalkan Kelantan pada PU ke-12 lalu. Ramai berpendapat bahawa kejayaan ini adalah kerana bantuan dan sokongan besar pihak PAS terutamanya pengundi2nya.

Hakikatnya selepas PU ke-12, ramai berpendapat PAS seolah2 diperlakukan seperti melukut di tepi gantang, habis madu sepah dibuang dan seperti kacang lupakan kulit oleh rakan2 seperjuangannya, walaupun telah disogokkan Kedah & Perak ( ....suatu ketika dulu ) , dua negeri yg kurang berdaya-saing dan kaya-raya. Pemimpin2 PAS masih tetap bersabar dengan percaturan ini sehinggalah wujudnya kumpulan pro-muzakarah yg telah menggugat sedikit ketenangan kumpulan pro pakatan. Walaupun cuba dinafikan tetapi masakan pokok bergoyang ....... 20 tahun saya mengikuti sejarah dan perkembangan PAS sudah cukup untuk saya menyatakan bahawa PAS sekarang sudah terbabas dari landasan dan perjuangan sebenar. Kemanakah slogan 'Membangun Bersama Islam'nya! Kemanakah kepimpinan Ulama'nya! , kemanakah sifat2 zuhud pemimpin2nya! dan kemanakah sifat2 sabar dan tawadduk penyokong2nya! PAS sekarang sudah berubah seiring dengan perubahan masyarakat dunia - baik pemikiran mahupun gaya hidup.....inikah perjuangan berlandaskan Islam. Islam sepatutnya tidak berubah mengikut peredaran zaman - hukumnya, kaedahnya dan ciri2nya, ianya tetap terpelihara biarpun dunia kini telah dipenuhi dengan pelbagai ideologi, metodologi dan fisiologi yang cukup menawan gara-gara tawaran kemewahan dan keindahan dunia semata-mata. PAS sepatutnya masih berpegang teguh dengan prinsip2nya dan bukannya terpengaruh dengan 'jenama'2 moden sekarang yg sememangnya dipelopori oleh barat dan dijaja di Malaysia oleh BN dan PR.

Masih relevankah perjuangan PAS yg mengatakan mereka adalah alternatif terbaik kepada UMNO dan BN yg sejak dahulu diwar-warkan! Bagaimana dengan sokongan dan sepakatannya dengan Pakatan Rakyat ( pro pakatan ) dan bagaimana pula dengan idea bermuzakarah dengan UMNO ( pro muzakarah ) yg kedua2nya menjadi dasar kepada halatuju pemilihan pucuk pimpinan PAS kini. Jika kedua2 ini adalah asas perjuangan terkini bagaimana pula dengan dasar ' Membangun Bersama Islam' dan 'Kepimpinan Ulama' nya itu serta konsep dan cita2 penubuhan negara Islam. Jika kedua2 ini terpaksa dikuburkan oleh pemimpin2 PAS maka sia-sialah perjuangan mereka sejak dahulu dan tertipulah rakyat yg banyak berkorban wang-ringgit, tenaga dan masa kepada mereka. PAS sepatutnya tidak tertipu dengan pujuk rayu BN atau PR. Kedua-dua parti ini hanya mahukan PAS untuk memperoleh pangkat dan kuasa semata-mata dan bukannya kerana menyukai, menghormati dan merestui perjuangan PAS. PAS seharusnya menyedari sokongan2 bukan islam terhadapnya kini bukanlah atas dasar menerima islam itu tetapi hanya sokongan politik, pangkat dan kuasa semata-mata. Jika mereka menerima islam sudah tentu mereka akan memeluk agama Islam sejurus sahaja pilihanraya lalu.....tetapi habuk pun tarak! Pemilihan dan sokongan kepada PAS sepatutnya atas dasar sukakan Islam itu sendiri - 'Islam is a way of life' dan bukannya di atas kebencian kepada pihak2 lain. PAS perlu disokong dan diakui kerana kebaikan dan kemurniannya dan bukannya kerana kelemahan pihak2 lain.....inilah asas2 sokongan sejati yg diperlukan oleh PAS dan bukannya atas sokongan simpati ataupun amarah kepada orang lain.

Seperti komen saya di laman blog Datuk Husam Musa ( w.pun hingga kini tidak disiarkan .....) , PAS sepatutnya lebih memikirkan dan berkerja-keras menonjolkan imej bersih, baik dan sucinya Islam itu kepada masyarakat berbanding terikut2 dengan pihak2 tertentu yg suka menghentam kerajaan BN dan mencari kesilapan2 mereka w.pun kadangkala apa yg dilakukan oleh BN itu mereka pun kadang2 tumpang sekaki mendapat nikmat dan habuannya. PAS seharusnya lari dari politik caci mencaci, maki memaki, kutuk mengutuk dan dendam mendendami ini kerana itulah kaedah Yahudi dalam memporak-perandakan dan memecah-belahkan kesatuan masyarakat.

Kesimpulannya : PAS jika mahu ianya masih relevan dalam suasana politik Malaysia, mahu tidak mahu kenalah memilih pemimpin2 yg tidak terpengaruh oleh 'rasuah' pangkat dan kuasa tetapi yg masih berpegang teguh kepada 'perjuangan' asal parti iaitu 'Membangun Bersama Islam' dan bukannya 'Membangun Bersama PR' atau 'Membangun Bersama BN'.......PAS seharusnya berpijak di bumi yang nyata dan memikirkannya secara realistik akan 'survival' perjuangan mereka dalam kancah politik kini. Sayang, jika perjuangan suci ini akan ditelenggami dan dipupuskan oleh pemimpin2 yg nakkan pangkat dan kuasa dek ketamakan kemewahan dunia. Allah tidak akan menyoal kita apa kejayaan kita capai melalui Islam ( pangkat & kuasa ) tetapi akan menyoal apa yg kita lakukan untuk Islam ( perjuangan ).

Wassalam.

Friday, April 24, 2009

Hilangnya Ekuiti 30% Bumiputera - Apa rasionalnya!

Assalam wbt & salam sejahtera.

Berita penghapusan ekuiti 30% bumiputera sejajar dengan meliberasasi 27 subsektor perkhidmatan telah seolah2 mengejutkan kaum melayu daripada tidur. Ramai yang tidak berpuas hati dan merasakan kepentingan kaum melayu kian dikikis oleh parti yang memperjuangkan bangsa itu sendiri. Walaupun PM menyatakan tindakan ini dilakukan sejajar dengan perjanjian Asean dan untuk memberi peluang penglibatan bumiputera di pasaran dan saingan terbuka, namun kaum melayu masih tidak dapat menerimanya.

Apakah rasional tindakan PM dan UMNO ini! Adakah ini satu pengajaran atau balasan daripada UMNO kepada kaum melayu yg sudah tidak memberi sokongan 100% kepada UMNO ( yg mana 'umpan' daripada UMNO diambil manakala 'hasil tangkapan' kepada UMNO entah kemana2......rupa2nya 'hasil tangkapan' telah ditawar dan diberi kepada PKR! ), dan sebaliknya memberi 'umpan' pula kepada kaum lain yg sekarang ditagih sokongan mereka oleh UMNO dan BN! Semuanya mungkin demi 'survival' politik. Jika betullah......nasib kaum melayu akan menjadi seperti ' Ditelan mati emak, diluah mati ayah'.......manakala kaum lain pula laksana 'sambil berenang minum air'.........

Jika benar pula ia dilakukan demi memberi kekuatan daya-saing kaum melayu di pasaran terbuka, maka ada baiknya kita menyahut cabaran ini. Kaum melayu sepatutnya sudah mampu berdiri sendiri tanpa bantuan dan suapan daripada kerajaan atau kuasa-kuasa politik. Dan jika benarlah kerajaan BN sudah mengamalkan dasar saingan terbuka ini maka agensi2nya perlulah bersikap terbuka dan telus di dalam pentadbirannya terutama dalam hal-hal tender dan projek dll. Tidak ada gunanya, jika di mulut sahaja katakan 'saingan terbuka' tetapi di hati dan fikiran terbayang2 wajah kroni2 yg sudah menunggu bagaikan buaya lapar.

Wassalam.

Anak Ikut Agama Asal Ibubapa - Siapa Untung!

Assalam wbt & salam sejahtera.

Nampaknya pak menteri kita , Datuk Seri Nazri Aziz cuba me'manas'kan suasana hening kita. Dalam ribut tak ada, angin tak ada, tiba-tiba isu sensitif ini pula yg ditimbulkannya. Jemaah menteri dan kabinet2 BN ni tidak mengambil-kirakah pandangan ulama2, hakim2 syarie serta mufti2 sebelum dengan megah dan bongkak mengumumkan arahan ini.

Datuk Seri memang diakui seorang yang pandai dan berkaliber tetapi ilmu dan kebolehan anda terbatas, berilah kepada golongan yang ahli di dalam bidang masing-masing membuat pertimbangan. Hukum dan peraturan Allah SWT itu sudah nyata dan jelas, mengapa kita masih berdegil tidak mahu mengguna-pakaikan ia.......mengapa kita masih ingin lagi melawan-Nya.

Adakah Datuk fikir, dasar ini akan memberi keadilan kepada semua pihak......keadilan dalam erti-kata yg sebenar! ( Adil kepada anak, adil kepada ibu, adil kepada bapa dan adil kepada hak2 beragama ). Tahukah Datuk dan pak menteri2 lain bahawa hanya Islam sahaja yg mempunyai peruntukan mencegah, melarang dan mengharamkan penganut2nya menganut agama lain setelah mereka menganuti Islam........dimanakah adilnya kita kepada agama Islam jika peruntukan dan arahan ini dilaksanakan. Sepatutnya peruntukan utama ( hukuman keluar Islam ) inilah yang patut diperjuangkan dan dilaksanakan bukannya hukuman2 serpihan dan cerbisan seperti ini.

Kepada ulama2, mufti2 dan pak menteri yg mendokong tanggungjawab agama Islam dan menteri2 yg merasakan mereka seorang Islam, diharap janganlah dok menganggung2 sahaja atau berdiam diri.....lakukan jihad dan tegakkanlah kebenaran agar negara kita tidak akan ditimpa musibah gara-gara kedangkalan ini.

Wassalam.

Wednesday, April 22, 2009

FAM & K.Rajagopal

Assalam wbt & salam sejahtera.

Nampaknya berakhir sudah penantian siapa ketua jurulatih skuad bolasepak senior kita. FAM telah berjaya kehadapankan seorang calonnya yang difikir layak dan terbaik iaitu saudara K.Rajagopal. Satu nama yang tidak asing kepada kancah bolasepak negara.

Tetapi adakah beliau benar-benar layak. Dari segi pengalaman, lesen kejurulatihannya memang tidak boleh dinafikan........bagaimana pula dengan rekod2 cemerlangnya membimbing pasukan yg ratanya berumur 25tahun ke atas ( dewasa dan mempunyai berbagai2 masalah ini ) dan hubungannya dengan jurulatih2 dan persatuan2 negeri dan kelab. Semuanya patut diambil kira. Adakah beliau dihormati dan dihargai oleh pemain2 kita yg rata2 sudah bertaraf selebriti sekarang! Dan akhirnya adakah namanya 'gah' dan 'besar' untuk membuatkan pemain2 patuh dan akur dengan segala percaturannya. Dimanakah nama-nama seperti Lim Teong Kim dan Fendi Ahmad yg dirasakan berkaliber dan mampu memikul tanggungjawab ini, ataupun nama-nama asal seperti Dollah Salleh, K.Devan dan Azraii Khor itu. Nampaknya FAM sudah membuat 'U-turn' 360 darjah. Apa sebabnya, kenapa dan mengapa terjadi.

Namun semuanya sudah terlambat.......saudara K.Rajagopal, semuanya bergantung kepada anda. Lakukan yang terbaik untuk kita semua atau takut2 anda pula akan 'dilakukan' sepertimana yg sudah terjadi kepada senior2 anda terdahulu.

Sekian. Wassalam.

Camry oh Camry.......Gimik Politik atau Tindakan Pintar

Assalam wbt & salam sejahtera.

Akhirnya kerajaan BN Perak telah menyatakan hasrat untuk melelong kereta2 'panas' camry yang dahulunya telah dibeli dan diguna oleh ahli2 majlis kerajaan Perak pimpinan PR. Sekali lagi isu ini menjadi perbualan umum. Jika dahulu 'panas' kerana isu membelinya, kini 'panas' pula dengan isu penjualannya.

Jika dahulu pembeliannya dikutuk dan dihendik kerana isu pembaziran kini adakah penjualannya ( yg 'confirm' rugi ) tidak akan dicanangkan sebagai satu bentuk pembaziran wang rakyat juga. Jika dahulu PR membelinya dengan alasan yg boleh juga diterima-pakai ( walaupun ada sedikit unsur2 salah-guna kuasa & politik ) , kini adakah penjualannya semula oleh BN mempunyai alasan kukuh ( berdasarkan perkiraan yg betul dan pintar ) ! Atau sekadar polimik dan gimik politik untuk membalas dendam kesumat.

Secara kasar saya mendapati kedua-dua pemimpin ini samada PR ( yg membeli dahulu ) dan BN ( yg menjual sekarang ) gagal menggunakan akal yang waras dan pertimbangan minda yang sewajarnya di dalam tindakan mereka - kepentingan rakyat gagal dipelihara, masing-masing mengikut nafsu serakah dan desakan serta hasutan sekeliling yang mempunyai kepentingan2 masing-masing. Apa-apapun, kedua-dua tindakan ini ( samada beli atau jual ), telah merugikan rakyat dan negeri Perak secara langsung ataupun tidak. Kita masih gagal lagi melahirkan pemimpin yg benar-benar mahu berkhidmat untuk agama, bangsa dan negara.

Sekian. Wassalam.

Rokok Haram & Haram Rokok

Assalam wbt & salam sejahtera.

Baru-baru ini persatuan pengeluar2 rokok telah mengeluh kepada kerajaan bahawa perniagaan mereka telah tergugat gara-gara kemasukan 25% rokok-rokok luar secara haram. Kehadiran 'rokok haram' ini serta kenaikan cukai rokok oleh kerajaan telah membebankan mereka. Aneh juga apabila ada istilah 'rokok haram', kalau haram rokok tu memang adalah.....cuma kita sahaja tidak menghebohkannya.

'Rokok haram' ini sebenarnya adalah istilah yang digunakan oleh pihak kastam kepada mana-mana rokok yang tidak dibayar cukai ataupun memasuki pasaran kita secara tidak sah - ia merugikan kerajaan dan pengeluar2 rokok manakala penjual dan penghisap mendapat labanya ( konon aje tu ). Haram rokok adalah hukuman syarak kepada aktiviti2 yg melibatkan rokok ini iaitu haram. Kini hanya JAIS sahaja mengfatwakannya......negeri2 lain bila lagi. Haram rokok ini sudah sepatutnya diwartakan secara menyeluruh oleh kerajaan memandangkan berbagai-bagai cara telah digunakan untuk sekurang2nya mengurangkannya. Tetapi hampa, ia kian bertambah dan semakin bertambah. Nampaknya kaedah2 duniawi ini tidak boleh diguna-pakai lagi. Hanya kaedah dan pendekatan dari Maha Esa sahaja jalannya - ayuh janganlah kita berdegil. Haramkan rokok itu sebelum rokok itu sendiri akan menghukum kita.

Sekian. Wassalam.

Tuesday, April 21, 2009

Persidangan PBB - Tahniah Mahmoud Ahmadinajed.

Assalam wbt & salam sejahtera.

Di ketika majoriti pemimpin2 negara Islam lain seolah2 redho dengan tindakan regim zionis terhadap Palestin dan perbuatan2 munkar barat terhadap agama Islam, Presiden Iran, Ahmadinejad dengan tegas, jelas dan terbuka mengutuk perbuatan2 tersebut di pentas PBB. Walaupun beliau tahu akan natijah yang akan dihadapinya tetapi atas prinsip memperjuangkan keadilan dan maruah Islam, beliau memberanikan diri menggegarkan 'sarang tebuan' ini apabila dengan lantang mengutuk kekejaman rejim zionis itu.

Seakan-akan tahu mereka akan 'panas telinga' pada persidangan ini, maka Presiden AS yang baru, Barack Obama ( yg konon2nya boleh mempertahan sikit umat Islam - jauh panggang dari api ) awal2 lagi menarik diri dengan alasan yg tidak munasabah. Ini diikuti juga oleh negara-negara sekutu AS dan zionis seperti Belanda, Jerman, Australia, Kanada, Itali, Poland, New Zealand dan Israel. Sementara Britian mengambil langkah berjaga2. Pemboikotan negara2 ini memang sudah didugai dan dirancang kerana sejak awal lagi puak2 Yahudi sudah melobi agar memboikot persidangan antara kaum ini walaupun dianjurkan oleh PBB. ( Begitu kuat dan berpengaruhnya kuasa Yahudi ini ).

Sekali lagi tahniah buat Ahmadinejad. Keberanian anda tidak ada tolok bandingnya dan sepatutnya menjadi inspirasi kepada pemimpin2 negara Islam lain terutama pemimpin2 Islam kita di Malaysia. Tindakan beliau ini mengingatkan saya kepada Tun Mahathir dahulu yang boleh dikategorikan sebagai pemimpin Islam yang kurang popular, dibenci dan ditakuti oleh barat hanya kerana keberanian dan kelantangannya mengutuk tindakan regim zionis. Jika dulu Malaysia mampu melahirkan keberanian dan kelantangannya melalui Tun, tidak bolehkah sekarang! Kita jangan asyik memikirkan isu-isu dalaman ( yg memang tidak akan selesai disebabkan golongan PR akan sentiasa memanaskannya ), tetapi isu-isu luar yang menganggu-gugat ketenteram umat Islam dan dunia amnya wajib juga menjadi antara usaha jihad kita. Buat ahli-ahli politik dan pemimpin kita ( tidak kira dari BN atau PR ), berfikirlah dengan penuh kematangan dan keimanan - perjuangan kita ( jihad ini ) bukannya hanya untuk menunjuk hebat di kalangan kita sahaja malahan tenaga, buah fikiran dan pengalaman kita sebenarnya amat berharga untuk seluruh umat Islam di dunia ini. Janganlah kita membazirkannya untuk bertelagah sesama sendiri untuk menunjukkan siapa yang kuat dan pandai sedangkan pihak2 musuh memerhati dari jauh dengan senyuman dan gelak ketawa.

Adakah pemimpin2 kita ( buat BN - Dato' Najib manakala buat PR - Dato' Anwar ) mempunyai keberanian seperti Presiden Iran ini, dan apabila perlu berani kehadapan dan bercakap sebagai wakil umat Islam sedunia. Buat penyokong2 dan rakyat, adakah pemimpin yg kita pilih ini mampu melakukannya apabila keadaan menghajatkannya. Wallahu a'lam.

Sekian. Wassalam.

Monday, April 20, 2009

Pilihanraya Kecil - Perlu atau Tidak.

Assalam wbt & salam sejahtera.

Konsep demokrasi yang didukung oleh negara kita adalah demokrasi yang hanya ditentukan oleh rakyat melalui pilihanraya semata-mata, tidak kira pilihanraya umum ataupun pilihanraya kecil. Hak rakyat yang dijaga oleh ' konsep demokrasi' ini adalah mereka bebas memilih calon2 yang dirasakan layak untuk mereka.

Pilihanraya kecil di Penanti ini bukanlah sesuatu yang baru atau tindakan tiba-tiba puak PR tetapi desas-desusnya sudah kedengaran sejak Ogos 2008 lagi. Cuma menunggu masa dan ketika yang sesuai untuk dicanangkan dan kini sudah sah jawatan Adunnya telah dikosongkan gara-gara 'tidak jujur dan bijaknya' penjawat terdahulu. Kegawatan ini bukan sahaja telah merugikan pihak pemerintah PR di Pulau Pinang, malahan telah menyusahkan juga penduduk2 ( pengundi2) serta negara terutama SPRM, polis dan jabatan2 lain yang terlibat secara langsung atau tidak langsung - kerugian masa, wang ringgit, tenaga dan pemikiran. Mungkin ada pihak yang tidak merasa ini satu kerugian dan pembaziran, mereka sebenarnya adalah golongan2 yang suka menangguk di air yang keruh ( tidak kira le siapa mereka - samada ahli politik ( BN ataupun PR ), kakitangan kerajaan ataupun swasta dan juga peniaga-peniaga ).

Trend terpaksa diadakan pilihanraya kecil bukan di atas sebab-sebab kematian kini semakin meningkat, seolah-olah ada pihak yang cuba mempermainkan dan memperkotak-katikkan ketelusan sistem demokrasi kita tanpa menghiraukan kerugian dan natijah negatif kepada masyarakat dan negara. Oleh itu dirasakan sudah tiba masanya pihak SPRM mencadangkan jika pilihanraya kecil itu diadakan bukan di atas sebab2 kematian, maka mana-mana parti politik yg menyebabkan ia terpaksa diadakan, sepatutnya akan menanggung kos SPRM itu. Ini memandangkan jika 'denda' ini dilaksanakan maka golongan2 ahli politik akan berfikir masak2 juga dan tidak akan dengan mudah dan selamba meletakkan jawatan yang di sandang itu. Ini juga akan memberi impak besar kepada pemilihan calon2 sebelum pilihanraya umum dengan setiap parti sudah pasti akan meletakkan calon yang terbaik dan dipercayai agar di masa hadapan calon2 ini tidak akan menghampakan dan mengkianati mereka. Rentetan daripada ini rakyat tidak akan kerugian kerana mereka akan mendapat calon2 yang memang berminat, bersedia dan ikhlas untuk berkhidmat kepada mereka.

Sementara ini, demi menjaga maruah demokrasi di Malaysia dan menunaikan hak-hak rakyat maka pilihanraya kecil di Penanti ini perlu diadakan. Rakyat Pulau Pinang terutama di kawasan adun Penanti ini sekali akan menjadi pertaruhan BN dan PR. Buat BN, mengapa ingin menarik diri! Jika anda ikhlas dalam perjuangan anda maka inilah masanya - tunjukkan kepada rakyat bahawa BN sentiasa akan bekerja untuk rakyat tidak kira masa dan tempat. Bagi PR pula, pilihlah calon yang sesuai dan berkelayakan bukannya dengan mengambil kawan2 sahaja ( kroni ) yang masih mentah dalam politik dan pentadbiran.

Sekian. Wassalam.

Friday, April 17, 2009

PR - Setahun, 3 salah laku!

Assalam wbt & salam sejahtera.

Buat renungan, pedoman dan pengajaran semua pihak tidak kira BN ataupun PR serta pihak-pihak yang berkecuali, menjaga maruah diri dan keluarga adalah satu tuntutan agama - semua agama menuntutnya tidak kira Islam, Hindu, kristian ataupun kepercayaan buddha.

Bagaimana dalam tempoh setahun berjaya membawa perubahan politik kepada negara bermottokan kerajaan dan pemimpin yang lebih telus dan bersih daripada BN tiba-tiba kepimpinan PR dilanda taufan dan gempabumi. Bermula dengan masalah dalaman di Perak ( apabila 3 ahli adun mereka keluar parti dan menjadi wakil bebas ) , 2 masalah moral peribadi ( ada unsur2 seks ) dan 1 masalah moral pentadbiran ( salah guna kuasa & rasuah ) maka ini menunjukkan kepimpinan PR terutama Dato' Sri Anwar kenalah lebih berhati2 di dalam memilih pemimpin dan wakil untuk menjayakan setiap perjuangan mereka.

Kejadian2 sebegini boleh mengikis kepercayaan penyokong. Buat barisan kepimpinan BN pula terutama Dato' Najib jadikan ini sebagai sempadan dan teladan.

Sekian. Wassalam.

Thursday, April 16, 2009

Perkongsian Kuasa Yang Adil - Apa maksudnya!

Assalam wbt & salam sejahtera.

Keadilan untuk semua pihak ( kena pula yg berbeza latar belakang ) adalah satu perkara yang sukar dilaksanakan.......walaupun secara takrifan keadilan itu dilihat sebagai cukup mudah untuk dilakukan. Jika sebaik manapun kita berlaku adil, ada pihak yg akan merungut. Adakah keadilan itu satu yang subjektif! Apakah bezanya keadilan dengan kesaksamaan! Adakah keadilan itu membawa kesaksamaan dan adakah kesaksamaan itu menjamin keadilan! Inilah yang menjadi kekeliruan di dalam masyarakat mengenai perkongsian kuasa secara adil di negara berbilang agama dan bangsa ini! Masyarakat dan pemimpin terperangkap dengan kedua-dua istilah ini.

Maka dengan itu tidak hairanlah, selepas pilihanraya ke-12 lalu pihak Sabah menuntut lebih kerusi di kabinet dengan alasan demi keadilan. Dan tidak terlalu pelik juga apabila pihak MIC pula cuba menuntut keadilan dengan mendesak diberikan tambahan tempat di kabinet daripada Dato' Najib. Semuanya melaungkan konsep kongsi kuasa secara adil. Dan selepas ini pula adakah golongan dari MCA dan Gerakan akan meniupkan semboyan mereka pula. Dan mana tahu pula tiba-tiba kaum-kaum peribumi kita (di Semenanjung , Sabah dan Sarawak ) turut memainkan rentak dan tari mereka. Adakah semuanya akan mengatakan bahawa mereka tidak dilayan dan diagihkan secara adil. Jika kerajaan atau sebenarnya UMNO melayan setiap tuntutan2 ini adakah ia berlaku adil pula kepada partinya yang mendokong mandat kaum melayu - majoriti kerusi di dalam komponen BN. Takkan, mahukan bangsa melayu pula memulakan pencak silatnya untuk meluahkan hal-hal ini.

Sebenarnya, adil itu tidak semestinya diberi kesamaan manakala kesamaan itu tidak semestinya adil. Perkongsian kuasa yang adil sebenarnya adalah mandat kuasa itu dijaga dengan penuh toleransi, hormat menghormati dan bertolak-ansur demi perpaduan kaum, kebebasan beragama dan budaya politik yang sihat berlandas dan bertunjangkan kepada prinsip2 dan persefahaman yang telah dimenterai dan disepakati bersama.

Sekian. Wassalam.

UFO - Wujud atau mitos!

Assalam wbt & salam sejahtera

Baru-baru ini kita digemparkan dengan berita kemunculan UFO di ruang angkasa Johor. Ada saksi-saksi yang melihatnya dan ada photo untuk dijadikan bukti atau sekurang-kurangnya kenangan. Apa itu sebenarnya UFO! Adakah ia benar-benar wujud! Adakah kecanggihan sains dan teknologi sekarang telah membuktikannya ataupun ia hanyalah mitos untuk menjadi propaganda pihak-pihak tertentu! Dan bagaimana pula dengan pandangan Islam mengenai UFO ini!

'UFO' adalah satu istilah yang sudah sinonim dengan kapal angkasa makhluk asing. Tetapi secara ilmiahnya ia bermaksud apa-apa sahaja fenomena di angkasa yang penyebabnya tidak boleh dijelaskan secara mudah dan cepat. Kejadian pertamanya telah direkodkan sejak perang dunia pertama lagi sehinggalah sekarang dan fenomena ini berlaku di serata dunia. Rekod dari kejadian-kejadian ini mendapati hanya 5-20% sahaja adalah memang 'satu fenomena yang tidak dapat dikenal-pasti' manakala majoritinya adalah objek2 biasa seperti kapal terbang, belon dan objek2 angkasawan.

Beberapa kejadian dan bukti2 kewujudannya telah dikemukan kepada pihak saintis dan pengkaji UFO serata dunia tetapi sehingga sekarang tidak ada satu pihakpun yang berani ataupun dengan tegas dan yakin menyatakan kebenaran kewujudannya ataupun kepalsuan kewujudannya. Maka fenomena UFO ini sehingga sekarang masih sebagai satu misteri.

Pengkaji2 telah merumuskan bahawa fenomena UFO ini bolehlah dikategorikan kepada beberapa hipotesis :
1. Kapal angkasa makluk asing yang dihantar ke bumi. ( Teori paling popular di kalangan
Ufologist )
2. Objek2 yang bergerak melintasi dimensi dan galaksi.
3. Kejadian paranormal.
4. Pengaruh budaya dan psikologi
5. Fenomena2 alam yang natural seperti bebola api.
6. Halusinasi hasil dari pergerakan kerak bumi.
7. Kajian2 'top secret' pihak tentera.

Pengkaji-pengkaji UFO ( Ufologist ) telah menggunakan teknologi2 tercanggih untuk membuktikan kewujudan UFO, dan menyatakan bahawa memang wujud makhluk lain selain daripada kita di galaksi ini dan di satu pihak lain pula menafikan kewujudannya - menyatakan ia hanyalah kejadian2 karut-marut. Pengkajian dan penulisan daripada kedua-dua pandangan ini mudah diperolehi samada melalui internet, buku ataupun di kaca tv. Jadi untuk mendapat maklumat dan ilmu dari pengkajian dan hujah2 mereka tidak mempunyai masalah. Sementara itu, bagaimana pula pandangan Islam di dalam membicarakan kewujudan makhluk lain selain daripada manusia di cakerawala ini! Satu makhluk yang dilihat mempunyai tahap intelektual yang melebihi manusia. Saya akan cuba mengumpulkan beberapa kajian, penulisan dan pandangan ulama-ulama, tokoh-tokoh Islam dalam membicarakan isu ini. Kemudian, insyallah akan saya muat-turunkan di dalam siri ke-2 tajuk ini. Kepada pembaca2 dan rakan2, silalah sama-sama membantu menambah info2 yang berguna untuk tatapan dan pengajaran bersama.

Sekian. Wassalam.

Media dan budaya bangsa

Assalam wbt & salam sejahtera

Saya tertarik untuk membicarakan mengenai media dan budaya bangsa. Baru-baru ini, ketika akhbar2 utama berbahasa inggeris, cina dan tamil menampilkan tajuk kemelut politik di Thailand ( darurat di Bangkok ) sebagai agenda utama di mukasurat hadapan , akhbar berbahasa melayu pula mengenengahkan kejayaan Nabil merangkul 3 anugerah di satu majlis penganugerahan pada malam tersebut.

Ini amat menyedihkan! Ia bukan pertama kali terjadi. Akhbar-akhbar berbahasa melayu lebih selesa memomokkan isu-isu artis dan hiburan sebagai isu utama berbanding isu-isu yang membicarakan hal-hal ekonomi, politik, keamanan dan sosio-budaya sebagai tajuk utama. ( Jika ada pertembungan dengan berita hiburan ). Walaupun ini merupakan satu perniagaan - ( untuk menarik perhatian dan tarikan golongan melayu terutamanya di luar bandar dan golongan2 berfikiran sederhana ) tetapi selaku media yang didukung oleh kerajaan hendaklah ia jelas dalam matlamat kewujudannya. Matlamat asal kewujudan kumpulan-kumpulan media yang dikuasai oleh kerajaan sepatutnya selain daripada sebagai satu sumber perniagaan adalah sebagai satu wadah mencerna pemikiran ( minda ) masyarakat dan membentuk kehidupan masyarakat. Sepatutnya media / akhbar ini menjadi petunjuk dan model kepada masyarakat. Ia sepatutnya mencorakkan pemikiran masyarakat. Bukannya ia mengikut sahaja kehendak masyarakat terutama dalam hal-hal yang melalaikan dan merugikan ini - hiburan.

Secara tidak langsung ini mencerminkan dimana tahap budaya bangsa kita sebagai bangsa melayu. Kita lebih banyak membicarakan hal-hal hiburan dan artis daripada membicarakan hal-hal politik, ekonomi dan pembangunan. Jika tahap kita masih begini , bagaimanakah kita mahu melahirkan masyarakat madani. Ayuh, rakan-rakan sebangsaku. Bangunlah kita memantapkan pemikiran dan mentaliti kita ke arah yang lebih dewasa dan berdaya saing, semoga kita akan lebih dihormati dan dihargai.

Kepada pihak-pihak media massa lain seperti tv dan radio , peranan anda juga tidak terkecuali. Gunakan peranan dan kuasa penyiaran anda ini untuk manfaat bangsa dan negara kita dengan sebaik-baiknya.

Sekian. Wassalam.