Tuesday, April 28, 2009

Teluk Cempedak - Destinasi 'Syurga' Pelajar.

Assalam wbt & salam sejahtera.

Laporan muka depan akhbar harian Kosmo ( 28April2009) membuktikan bahawa dunia pelajar dan institusi pendidikan kita memang masih bermasalah. Fenomena salah-laku dan aksi2 liar para pelajar kita semakin hari semakin menakutkan dan membimbangkan.

Jika dahulu fenomena ini hanya menghantui kawasan pusat bandar di mana budaya lepak dll kegiatan melibatkan di pusat2 membeli-belah, kedai2 'games', hentian2 bas menjadi lokasi strategik kini gejala ini sudah menyelinap ke kawasan2 pinggiran pula dan sepertimana laporan ini lokasi mereka adalah di pusat peranginan Teluk Cempedak. Sebenarnya, banyak lagi kejadian2 ini berlaku di serata ceruk Malaysia. Budaya ponteng ini sudah membudayai pelajar2 bandar dan luar bandar termasuklah kawasan Felda dan kawasan rancangan2 lain. Masalahnya mereka bukan sahaja setakat ponteng sekolah tetapi telah melakukan aktiviti2 yg di luar batasan agama dan adat.

Walaupun sudah dilaporkan dan diketahui akan permasalahan dan isu ini tetapi pihak2 bertanggungjawab ( sekolah, kementerian dan ibubapa ) seolah2 memandangnya sebelah mata dan tiada tindakan drastik yg benar2 memberi kesan kepada golongan pelajar ini agar insaf dan bertaubat tidak akan mengulanginya dan menjadi pengajaran dan teladan kepada pelajar2 lain yg belum terjebak dengan gejala ini. Sekali lagi didikan dan pendekatan agama dilihat sebagai penawar kepada penyakit ini tetapi keberkesanannya perlulah disokongi oleh kerja-kuat, kerjasama dan kesabaran semua pihak demi kecemerlangan anak bangsa.

Wassalam.

Monday, April 27, 2009

PAS - Antara Perjuangan & Pangkat

Assalam wbt & salam sejahtera.

Jika perhimpunan UMNO yg menjadi bualan hangat masyarakat ( tidak kira agama,bangsa & parti politik ) sudah melabuh tirainya dan UMNO serta BN sudah mampu mewacanakan perancangan selanjutnya kini tibalah masanya pula tumpuan masyarakat beralih kepada sebuah lagi parti terbesar melayu islam iaitu PAS yang akan mengadakan pemilihannya pada Jun ini.

Pas yang semenjak keluar UMNO telah berjuang dengan prinsip 'Membangun Bersama Islam' dan bergerak secara solo di dalam mengharungi ranjau dan keperitan landskap politik Malaysia kini sudah boleh tersenyum dan berkepak sedikit gara-gara adanya pakatan bersama PRK dan DAP untuk membentuk Pakatan Rakyat yang telah berjaya merampas Selangor, Kedah, Pulau Pinang dan Perak ( sebelum dirampas semula oleh BN ) serta mengekalkan Kelantan pada PU ke-12 lalu. Ramai berpendapat bahawa kejayaan ini adalah kerana bantuan dan sokongan besar pihak PAS terutamanya pengundi2nya.

Hakikatnya selepas PU ke-12, ramai berpendapat PAS seolah2 diperlakukan seperti melukut di tepi gantang, habis madu sepah dibuang dan seperti kacang lupakan kulit oleh rakan2 seperjuangannya, walaupun telah disogokkan Kedah & Perak ( ....suatu ketika dulu ) , dua negeri yg kurang berdaya-saing dan kaya-raya. Pemimpin2 PAS masih tetap bersabar dengan percaturan ini sehinggalah wujudnya kumpulan pro-muzakarah yg telah menggugat sedikit ketenangan kumpulan pro pakatan. Walaupun cuba dinafikan tetapi masakan pokok bergoyang ....... 20 tahun saya mengikuti sejarah dan perkembangan PAS sudah cukup untuk saya menyatakan bahawa PAS sekarang sudah terbabas dari landasan dan perjuangan sebenar. Kemanakah slogan 'Membangun Bersama Islam'nya! Kemanakah kepimpinan Ulama'nya! , kemanakah sifat2 zuhud pemimpin2nya! dan kemanakah sifat2 sabar dan tawadduk penyokong2nya! PAS sekarang sudah berubah seiring dengan perubahan masyarakat dunia - baik pemikiran mahupun gaya hidup.....inikah perjuangan berlandaskan Islam. Islam sepatutnya tidak berubah mengikut peredaran zaman - hukumnya, kaedahnya dan ciri2nya, ianya tetap terpelihara biarpun dunia kini telah dipenuhi dengan pelbagai ideologi, metodologi dan fisiologi yang cukup menawan gara-gara tawaran kemewahan dan keindahan dunia semata-mata. PAS sepatutnya masih berpegang teguh dengan prinsip2nya dan bukannya terpengaruh dengan 'jenama'2 moden sekarang yg sememangnya dipelopori oleh barat dan dijaja di Malaysia oleh BN dan PR.

Masih relevankah perjuangan PAS yg mengatakan mereka adalah alternatif terbaik kepada UMNO dan BN yg sejak dahulu diwar-warkan! Bagaimana dengan sokongan dan sepakatannya dengan Pakatan Rakyat ( pro pakatan ) dan bagaimana pula dengan idea bermuzakarah dengan UMNO ( pro muzakarah ) yg kedua2nya menjadi dasar kepada halatuju pemilihan pucuk pimpinan PAS kini. Jika kedua2 ini adalah asas perjuangan terkini bagaimana pula dengan dasar ' Membangun Bersama Islam' dan 'Kepimpinan Ulama' nya itu serta konsep dan cita2 penubuhan negara Islam. Jika kedua2 ini terpaksa dikuburkan oleh pemimpin2 PAS maka sia-sialah perjuangan mereka sejak dahulu dan tertipulah rakyat yg banyak berkorban wang-ringgit, tenaga dan masa kepada mereka. PAS sepatutnya tidak tertipu dengan pujuk rayu BN atau PR. Kedua-dua parti ini hanya mahukan PAS untuk memperoleh pangkat dan kuasa semata-mata dan bukannya kerana menyukai, menghormati dan merestui perjuangan PAS. PAS seharusnya menyedari sokongan2 bukan islam terhadapnya kini bukanlah atas dasar menerima islam itu tetapi hanya sokongan politik, pangkat dan kuasa semata-mata. Jika mereka menerima islam sudah tentu mereka akan memeluk agama Islam sejurus sahaja pilihanraya lalu.....tetapi habuk pun tarak! Pemilihan dan sokongan kepada PAS sepatutnya atas dasar sukakan Islam itu sendiri - 'Islam is a way of life' dan bukannya di atas kebencian kepada pihak2 lain. PAS perlu disokong dan diakui kerana kebaikan dan kemurniannya dan bukannya kerana kelemahan pihak2 lain.....inilah asas2 sokongan sejati yg diperlukan oleh PAS dan bukannya atas sokongan simpati ataupun amarah kepada orang lain.

Seperti komen saya di laman blog Datuk Husam Musa ( w.pun hingga kini tidak disiarkan .....) , PAS sepatutnya lebih memikirkan dan berkerja-keras menonjolkan imej bersih, baik dan sucinya Islam itu kepada masyarakat berbanding terikut2 dengan pihak2 tertentu yg suka menghentam kerajaan BN dan mencari kesilapan2 mereka w.pun kadangkala apa yg dilakukan oleh BN itu mereka pun kadang2 tumpang sekaki mendapat nikmat dan habuannya. PAS seharusnya lari dari politik caci mencaci, maki memaki, kutuk mengutuk dan dendam mendendami ini kerana itulah kaedah Yahudi dalam memporak-perandakan dan memecah-belahkan kesatuan masyarakat.

Kesimpulannya : PAS jika mahu ianya masih relevan dalam suasana politik Malaysia, mahu tidak mahu kenalah memilih pemimpin2 yg tidak terpengaruh oleh 'rasuah' pangkat dan kuasa tetapi yg masih berpegang teguh kepada 'perjuangan' asal parti iaitu 'Membangun Bersama Islam' dan bukannya 'Membangun Bersama PR' atau 'Membangun Bersama BN'.......PAS seharusnya berpijak di bumi yang nyata dan memikirkannya secara realistik akan 'survival' perjuangan mereka dalam kancah politik kini. Sayang, jika perjuangan suci ini akan ditelenggami dan dipupuskan oleh pemimpin2 yg nakkan pangkat dan kuasa dek ketamakan kemewahan dunia. Allah tidak akan menyoal kita apa kejayaan kita capai melalui Islam ( pangkat & kuasa ) tetapi akan menyoal apa yg kita lakukan untuk Islam ( perjuangan ).

Wassalam.

Friday, April 24, 2009

Hilangnya Ekuiti 30% Bumiputera - Apa rasionalnya!

Assalam wbt & salam sejahtera.

Berita penghapusan ekuiti 30% bumiputera sejajar dengan meliberasasi 27 subsektor perkhidmatan telah seolah2 mengejutkan kaum melayu daripada tidur. Ramai yang tidak berpuas hati dan merasakan kepentingan kaum melayu kian dikikis oleh parti yang memperjuangkan bangsa itu sendiri. Walaupun PM menyatakan tindakan ini dilakukan sejajar dengan perjanjian Asean dan untuk memberi peluang penglibatan bumiputera di pasaran dan saingan terbuka, namun kaum melayu masih tidak dapat menerimanya.

Apakah rasional tindakan PM dan UMNO ini! Adakah ini satu pengajaran atau balasan daripada UMNO kepada kaum melayu yg sudah tidak memberi sokongan 100% kepada UMNO ( yg mana 'umpan' daripada UMNO diambil manakala 'hasil tangkapan' kepada UMNO entah kemana2......rupa2nya 'hasil tangkapan' telah ditawar dan diberi kepada PKR! ), dan sebaliknya memberi 'umpan' pula kepada kaum lain yg sekarang ditagih sokongan mereka oleh UMNO dan BN! Semuanya mungkin demi 'survival' politik. Jika betullah......nasib kaum melayu akan menjadi seperti ' Ditelan mati emak, diluah mati ayah'.......manakala kaum lain pula laksana 'sambil berenang minum air'.........

Jika benar pula ia dilakukan demi memberi kekuatan daya-saing kaum melayu di pasaran terbuka, maka ada baiknya kita menyahut cabaran ini. Kaum melayu sepatutnya sudah mampu berdiri sendiri tanpa bantuan dan suapan daripada kerajaan atau kuasa-kuasa politik. Dan jika benarlah kerajaan BN sudah mengamalkan dasar saingan terbuka ini maka agensi2nya perlulah bersikap terbuka dan telus di dalam pentadbirannya terutama dalam hal-hal tender dan projek dll. Tidak ada gunanya, jika di mulut sahaja katakan 'saingan terbuka' tetapi di hati dan fikiran terbayang2 wajah kroni2 yg sudah menunggu bagaikan buaya lapar.

Wassalam.

Anak Ikut Agama Asal Ibubapa - Siapa Untung!

Assalam wbt & salam sejahtera.

Nampaknya pak menteri kita , Datuk Seri Nazri Aziz cuba me'manas'kan suasana hening kita. Dalam ribut tak ada, angin tak ada, tiba-tiba isu sensitif ini pula yg ditimbulkannya. Jemaah menteri dan kabinet2 BN ni tidak mengambil-kirakah pandangan ulama2, hakim2 syarie serta mufti2 sebelum dengan megah dan bongkak mengumumkan arahan ini.

Datuk Seri memang diakui seorang yang pandai dan berkaliber tetapi ilmu dan kebolehan anda terbatas, berilah kepada golongan yang ahli di dalam bidang masing-masing membuat pertimbangan. Hukum dan peraturan Allah SWT itu sudah nyata dan jelas, mengapa kita masih berdegil tidak mahu mengguna-pakaikan ia.......mengapa kita masih ingin lagi melawan-Nya.

Adakah Datuk fikir, dasar ini akan memberi keadilan kepada semua pihak......keadilan dalam erti-kata yg sebenar! ( Adil kepada anak, adil kepada ibu, adil kepada bapa dan adil kepada hak2 beragama ). Tahukah Datuk dan pak menteri2 lain bahawa hanya Islam sahaja yg mempunyai peruntukan mencegah, melarang dan mengharamkan penganut2nya menganut agama lain setelah mereka menganuti Islam........dimanakah adilnya kita kepada agama Islam jika peruntukan dan arahan ini dilaksanakan. Sepatutnya peruntukan utama ( hukuman keluar Islam ) inilah yang patut diperjuangkan dan dilaksanakan bukannya hukuman2 serpihan dan cerbisan seperti ini.

Kepada ulama2, mufti2 dan pak menteri yg mendokong tanggungjawab agama Islam dan menteri2 yg merasakan mereka seorang Islam, diharap janganlah dok menganggung2 sahaja atau berdiam diri.....lakukan jihad dan tegakkanlah kebenaran agar negara kita tidak akan ditimpa musibah gara-gara kedangkalan ini.

Wassalam.

Wednesday, April 22, 2009

FAM & K.Rajagopal

Assalam wbt & salam sejahtera.

Nampaknya berakhir sudah penantian siapa ketua jurulatih skuad bolasepak senior kita. FAM telah berjaya kehadapankan seorang calonnya yang difikir layak dan terbaik iaitu saudara K.Rajagopal. Satu nama yang tidak asing kepada kancah bolasepak negara.

Tetapi adakah beliau benar-benar layak. Dari segi pengalaman, lesen kejurulatihannya memang tidak boleh dinafikan........bagaimana pula dengan rekod2 cemerlangnya membimbing pasukan yg ratanya berumur 25tahun ke atas ( dewasa dan mempunyai berbagai2 masalah ini ) dan hubungannya dengan jurulatih2 dan persatuan2 negeri dan kelab. Semuanya patut diambil kira. Adakah beliau dihormati dan dihargai oleh pemain2 kita yg rata2 sudah bertaraf selebriti sekarang! Dan akhirnya adakah namanya 'gah' dan 'besar' untuk membuatkan pemain2 patuh dan akur dengan segala percaturannya. Dimanakah nama-nama seperti Lim Teong Kim dan Fendi Ahmad yg dirasakan berkaliber dan mampu memikul tanggungjawab ini, ataupun nama-nama asal seperti Dollah Salleh, K.Devan dan Azraii Khor itu. Nampaknya FAM sudah membuat 'U-turn' 360 darjah. Apa sebabnya, kenapa dan mengapa terjadi.

Namun semuanya sudah terlambat.......saudara K.Rajagopal, semuanya bergantung kepada anda. Lakukan yang terbaik untuk kita semua atau takut2 anda pula akan 'dilakukan' sepertimana yg sudah terjadi kepada senior2 anda terdahulu.

Sekian. Wassalam.

Camry oh Camry.......Gimik Politik atau Tindakan Pintar

Assalam wbt & salam sejahtera.

Akhirnya kerajaan BN Perak telah menyatakan hasrat untuk melelong kereta2 'panas' camry yang dahulunya telah dibeli dan diguna oleh ahli2 majlis kerajaan Perak pimpinan PR. Sekali lagi isu ini menjadi perbualan umum. Jika dahulu 'panas' kerana isu membelinya, kini 'panas' pula dengan isu penjualannya.

Jika dahulu pembeliannya dikutuk dan dihendik kerana isu pembaziran kini adakah penjualannya ( yg 'confirm' rugi ) tidak akan dicanangkan sebagai satu bentuk pembaziran wang rakyat juga. Jika dahulu PR membelinya dengan alasan yg boleh juga diterima-pakai ( walaupun ada sedikit unsur2 salah-guna kuasa & politik ) , kini adakah penjualannya semula oleh BN mempunyai alasan kukuh ( berdasarkan perkiraan yg betul dan pintar ) ! Atau sekadar polimik dan gimik politik untuk membalas dendam kesumat.

Secara kasar saya mendapati kedua-dua pemimpin ini samada PR ( yg membeli dahulu ) dan BN ( yg menjual sekarang ) gagal menggunakan akal yang waras dan pertimbangan minda yang sewajarnya di dalam tindakan mereka - kepentingan rakyat gagal dipelihara, masing-masing mengikut nafsu serakah dan desakan serta hasutan sekeliling yang mempunyai kepentingan2 masing-masing. Apa-apapun, kedua-dua tindakan ini ( samada beli atau jual ), telah merugikan rakyat dan negeri Perak secara langsung ataupun tidak. Kita masih gagal lagi melahirkan pemimpin yg benar-benar mahu berkhidmat untuk agama, bangsa dan negara.

Sekian. Wassalam.

Rokok Haram & Haram Rokok

Assalam wbt & salam sejahtera.

Baru-baru ini persatuan pengeluar2 rokok telah mengeluh kepada kerajaan bahawa perniagaan mereka telah tergugat gara-gara kemasukan 25% rokok-rokok luar secara haram. Kehadiran 'rokok haram' ini serta kenaikan cukai rokok oleh kerajaan telah membebankan mereka. Aneh juga apabila ada istilah 'rokok haram', kalau haram rokok tu memang adalah.....cuma kita sahaja tidak menghebohkannya.

'Rokok haram' ini sebenarnya adalah istilah yang digunakan oleh pihak kastam kepada mana-mana rokok yang tidak dibayar cukai ataupun memasuki pasaran kita secara tidak sah - ia merugikan kerajaan dan pengeluar2 rokok manakala penjual dan penghisap mendapat labanya ( konon aje tu ). Haram rokok adalah hukuman syarak kepada aktiviti2 yg melibatkan rokok ini iaitu haram. Kini hanya JAIS sahaja mengfatwakannya......negeri2 lain bila lagi. Haram rokok ini sudah sepatutnya diwartakan secara menyeluruh oleh kerajaan memandangkan berbagai-bagai cara telah digunakan untuk sekurang2nya mengurangkannya. Tetapi hampa, ia kian bertambah dan semakin bertambah. Nampaknya kaedah2 duniawi ini tidak boleh diguna-pakai lagi. Hanya kaedah dan pendekatan dari Maha Esa sahaja jalannya - ayuh janganlah kita berdegil. Haramkan rokok itu sebelum rokok itu sendiri akan menghukum kita.

Sekian. Wassalam.

Tuesday, April 21, 2009

Persidangan PBB - Tahniah Mahmoud Ahmadinajed.

Assalam wbt & salam sejahtera.

Di ketika majoriti pemimpin2 negara Islam lain seolah2 redho dengan tindakan regim zionis terhadap Palestin dan perbuatan2 munkar barat terhadap agama Islam, Presiden Iran, Ahmadinejad dengan tegas, jelas dan terbuka mengutuk perbuatan2 tersebut di pentas PBB. Walaupun beliau tahu akan natijah yang akan dihadapinya tetapi atas prinsip memperjuangkan keadilan dan maruah Islam, beliau memberanikan diri menggegarkan 'sarang tebuan' ini apabila dengan lantang mengutuk kekejaman rejim zionis itu.

Seakan-akan tahu mereka akan 'panas telinga' pada persidangan ini, maka Presiden AS yang baru, Barack Obama ( yg konon2nya boleh mempertahan sikit umat Islam - jauh panggang dari api ) awal2 lagi menarik diri dengan alasan yg tidak munasabah. Ini diikuti juga oleh negara-negara sekutu AS dan zionis seperti Belanda, Jerman, Australia, Kanada, Itali, Poland, New Zealand dan Israel. Sementara Britian mengambil langkah berjaga2. Pemboikotan negara2 ini memang sudah didugai dan dirancang kerana sejak awal lagi puak2 Yahudi sudah melobi agar memboikot persidangan antara kaum ini walaupun dianjurkan oleh PBB. ( Begitu kuat dan berpengaruhnya kuasa Yahudi ini ).

Sekali lagi tahniah buat Ahmadinejad. Keberanian anda tidak ada tolok bandingnya dan sepatutnya menjadi inspirasi kepada pemimpin2 negara Islam lain terutama pemimpin2 Islam kita di Malaysia. Tindakan beliau ini mengingatkan saya kepada Tun Mahathir dahulu yang boleh dikategorikan sebagai pemimpin Islam yang kurang popular, dibenci dan ditakuti oleh barat hanya kerana keberanian dan kelantangannya mengutuk tindakan regim zionis. Jika dulu Malaysia mampu melahirkan keberanian dan kelantangannya melalui Tun, tidak bolehkah sekarang! Kita jangan asyik memikirkan isu-isu dalaman ( yg memang tidak akan selesai disebabkan golongan PR akan sentiasa memanaskannya ), tetapi isu-isu luar yang menganggu-gugat ketenteram umat Islam dan dunia amnya wajib juga menjadi antara usaha jihad kita. Buat ahli-ahli politik dan pemimpin kita ( tidak kira dari BN atau PR ), berfikirlah dengan penuh kematangan dan keimanan - perjuangan kita ( jihad ini ) bukannya hanya untuk menunjuk hebat di kalangan kita sahaja malahan tenaga, buah fikiran dan pengalaman kita sebenarnya amat berharga untuk seluruh umat Islam di dunia ini. Janganlah kita membazirkannya untuk bertelagah sesama sendiri untuk menunjukkan siapa yang kuat dan pandai sedangkan pihak2 musuh memerhati dari jauh dengan senyuman dan gelak ketawa.

Adakah pemimpin2 kita ( buat BN - Dato' Najib manakala buat PR - Dato' Anwar ) mempunyai keberanian seperti Presiden Iran ini, dan apabila perlu berani kehadapan dan bercakap sebagai wakil umat Islam sedunia. Buat penyokong2 dan rakyat, adakah pemimpin yg kita pilih ini mampu melakukannya apabila keadaan menghajatkannya. Wallahu a'lam.

Sekian. Wassalam.

Monday, April 20, 2009

Pilihanraya Kecil - Perlu atau Tidak.

Assalam wbt & salam sejahtera.

Konsep demokrasi yang didukung oleh negara kita adalah demokrasi yang hanya ditentukan oleh rakyat melalui pilihanraya semata-mata, tidak kira pilihanraya umum ataupun pilihanraya kecil. Hak rakyat yang dijaga oleh ' konsep demokrasi' ini adalah mereka bebas memilih calon2 yang dirasakan layak untuk mereka.

Pilihanraya kecil di Penanti ini bukanlah sesuatu yang baru atau tindakan tiba-tiba puak PR tetapi desas-desusnya sudah kedengaran sejak Ogos 2008 lagi. Cuma menunggu masa dan ketika yang sesuai untuk dicanangkan dan kini sudah sah jawatan Adunnya telah dikosongkan gara-gara 'tidak jujur dan bijaknya' penjawat terdahulu. Kegawatan ini bukan sahaja telah merugikan pihak pemerintah PR di Pulau Pinang, malahan telah menyusahkan juga penduduk2 ( pengundi2) serta negara terutama SPRM, polis dan jabatan2 lain yang terlibat secara langsung atau tidak langsung - kerugian masa, wang ringgit, tenaga dan pemikiran. Mungkin ada pihak yang tidak merasa ini satu kerugian dan pembaziran, mereka sebenarnya adalah golongan2 yang suka menangguk di air yang keruh ( tidak kira le siapa mereka - samada ahli politik ( BN ataupun PR ), kakitangan kerajaan ataupun swasta dan juga peniaga-peniaga ).

Trend terpaksa diadakan pilihanraya kecil bukan di atas sebab-sebab kematian kini semakin meningkat, seolah-olah ada pihak yang cuba mempermainkan dan memperkotak-katikkan ketelusan sistem demokrasi kita tanpa menghiraukan kerugian dan natijah negatif kepada masyarakat dan negara. Oleh itu dirasakan sudah tiba masanya pihak SPRM mencadangkan jika pilihanraya kecil itu diadakan bukan di atas sebab2 kematian, maka mana-mana parti politik yg menyebabkan ia terpaksa diadakan, sepatutnya akan menanggung kos SPRM itu. Ini memandangkan jika 'denda' ini dilaksanakan maka golongan2 ahli politik akan berfikir masak2 juga dan tidak akan dengan mudah dan selamba meletakkan jawatan yang di sandang itu. Ini juga akan memberi impak besar kepada pemilihan calon2 sebelum pilihanraya umum dengan setiap parti sudah pasti akan meletakkan calon yang terbaik dan dipercayai agar di masa hadapan calon2 ini tidak akan menghampakan dan mengkianati mereka. Rentetan daripada ini rakyat tidak akan kerugian kerana mereka akan mendapat calon2 yang memang berminat, bersedia dan ikhlas untuk berkhidmat kepada mereka.

Sementara ini, demi menjaga maruah demokrasi di Malaysia dan menunaikan hak-hak rakyat maka pilihanraya kecil di Penanti ini perlu diadakan. Rakyat Pulau Pinang terutama di kawasan adun Penanti ini sekali akan menjadi pertaruhan BN dan PR. Buat BN, mengapa ingin menarik diri! Jika anda ikhlas dalam perjuangan anda maka inilah masanya - tunjukkan kepada rakyat bahawa BN sentiasa akan bekerja untuk rakyat tidak kira masa dan tempat. Bagi PR pula, pilihlah calon yang sesuai dan berkelayakan bukannya dengan mengambil kawan2 sahaja ( kroni ) yang masih mentah dalam politik dan pentadbiran.

Sekian. Wassalam.

Friday, April 17, 2009

PR - Setahun, 3 salah laku!

Assalam wbt & salam sejahtera.

Buat renungan, pedoman dan pengajaran semua pihak tidak kira BN ataupun PR serta pihak-pihak yang berkecuali, menjaga maruah diri dan keluarga adalah satu tuntutan agama - semua agama menuntutnya tidak kira Islam, Hindu, kristian ataupun kepercayaan buddha.

Bagaimana dalam tempoh setahun berjaya membawa perubahan politik kepada negara bermottokan kerajaan dan pemimpin yang lebih telus dan bersih daripada BN tiba-tiba kepimpinan PR dilanda taufan dan gempabumi. Bermula dengan masalah dalaman di Perak ( apabila 3 ahli adun mereka keluar parti dan menjadi wakil bebas ) , 2 masalah moral peribadi ( ada unsur2 seks ) dan 1 masalah moral pentadbiran ( salah guna kuasa & rasuah ) maka ini menunjukkan kepimpinan PR terutama Dato' Sri Anwar kenalah lebih berhati2 di dalam memilih pemimpin dan wakil untuk menjayakan setiap perjuangan mereka.

Kejadian2 sebegini boleh mengikis kepercayaan penyokong. Buat barisan kepimpinan BN pula terutama Dato' Najib jadikan ini sebagai sempadan dan teladan.

Sekian. Wassalam.

Thursday, April 16, 2009

Perkongsian Kuasa Yang Adil - Apa maksudnya!

Assalam wbt & salam sejahtera.

Keadilan untuk semua pihak ( kena pula yg berbeza latar belakang ) adalah satu perkara yang sukar dilaksanakan.......walaupun secara takrifan keadilan itu dilihat sebagai cukup mudah untuk dilakukan. Jika sebaik manapun kita berlaku adil, ada pihak yg akan merungut. Adakah keadilan itu satu yang subjektif! Apakah bezanya keadilan dengan kesaksamaan! Adakah keadilan itu membawa kesaksamaan dan adakah kesaksamaan itu menjamin keadilan! Inilah yang menjadi kekeliruan di dalam masyarakat mengenai perkongsian kuasa secara adil di negara berbilang agama dan bangsa ini! Masyarakat dan pemimpin terperangkap dengan kedua-dua istilah ini.

Maka dengan itu tidak hairanlah, selepas pilihanraya ke-12 lalu pihak Sabah menuntut lebih kerusi di kabinet dengan alasan demi keadilan. Dan tidak terlalu pelik juga apabila pihak MIC pula cuba menuntut keadilan dengan mendesak diberikan tambahan tempat di kabinet daripada Dato' Najib. Semuanya melaungkan konsep kongsi kuasa secara adil. Dan selepas ini pula adakah golongan dari MCA dan Gerakan akan meniupkan semboyan mereka pula. Dan mana tahu pula tiba-tiba kaum-kaum peribumi kita (di Semenanjung , Sabah dan Sarawak ) turut memainkan rentak dan tari mereka. Adakah semuanya akan mengatakan bahawa mereka tidak dilayan dan diagihkan secara adil. Jika kerajaan atau sebenarnya UMNO melayan setiap tuntutan2 ini adakah ia berlaku adil pula kepada partinya yang mendokong mandat kaum melayu - majoriti kerusi di dalam komponen BN. Takkan, mahukan bangsa melayu pula memulakan pencak silatnya untuk meluahkan hal-hal ini.

Sebenarnya, adil itu tidak semestinya diberi kesamaan manakala kesamaan itu tidak semestinya adil. Perkongsian kuasa yang adil sebenarnya adalah mandat kuasa itu dijaga dengan penuh toleransi, hormat menghormati dan bertolak-ansur demi perpaduan kaum, kebebasan beragama dan budaya politik yang sihat berlandas dan bertunjangkan kepada prinsip2 dan persefahaman yang telah dimenterai dan disepakati bersama.

Sekian. Wassalam.

UFO - Wujud atau mitos!

Assalam wbt & salam sejahtera

Baru-baru ini kita digemparkan dengan berita kemunculan UFO di ruang angkasa Johor. Ada saksi-saksi yang melihatnya dan ada photo untuk dijadikan bukti atau sekurang-kurangnya kenangan. Apa itu sebenarnya UFO! Adakah ia benar-benar wujud! Adakah kecanggihan sains dan teknologi sekarang telah membuktikannya ataupun ia hanyalah mitos untuk menjadi propaganda pihak-pihak tertentu! Dan bagaimana pula dengan pandangan Islam mengenai UFO ini!

'UFO' adalah satu istilah yang sudah sinonim dengan kapal angkasa makhluk asing. Tetapi secara ilmiahnya ia bermaksud apa-apa sahaja fenomena di angkasa yang penyebabnya tidak boleh dijelaskan secara mudah dan cepat. Kejadian pertamanya telah direkodkan sejak perang dunia pertama lagi sehinggalah sekarang dan fenomena ini berlaku di serata dunia. Rekod dari kejadian-kejadian ini mendapati hanya 5-20% sahaja adalah memang 'satu fenomena yang tidak dapat dikenal-pasti' manakala majoritinya adalah objek2 biasa seperti kapal terbang, belon dan objek2 angkasawan.

Beberapa kejadian dan bukti2 kewujudannya telah dikemukan kepada pihak saintis dan pengkaji UFO serata dunia tetapi sehingga sekarang tidak ada satu pihakpun yang berani ataupun dengan tegas dan yakin menyatakan kebenaran kewujudannya ataupun kepalsuan kewujudannya. Maka fenomena UFO ini sehingga sekarang masih sebagai satu misteri.

Pengkaji2 telah merumuskan bahawa fenomena UFO ini bolehlah dikategorikan kepada beberapa hipotesis :
1. Kapal angkasa makluk asing yang dihantar ke bumi. ( Teori paling popular di kalangan
Ufologist )
2. Objek2 yang bergerak melintasi dimensi dan galaksi.
3. Kejadian paranormal.
4. Pengaruh budaya dan psikologi
5. Fenomena2 alam yang natural seperti bebola api.
6. Halusinasi hasil dari pergerakan kerak bumi.
7. Kajian2 'top secret' pihak tentera.

Pengkaji-pengkaji UFO ( Ufologist ) telah menggunakan teknologi2 tercanggih untuk membuktikan kewujudan UFO, dan menyatakan bahawa memang wujud makhluk lain selain daripada kita di galaksi ini dan di satu pihak lain pula menafikan kewujudannya - menyatakan ia hanyalah kejadian2 karut-marut. Pengkajian dan penulisan daripada kedua-dua pandangan ini mudah diperolehi samada melalui internet, buku ataupun di kaca tv. Jadi untuk mendapat maklumat dan ilmu dari pengkajian dan hujah2 mereka tidak mempunyai masalah. Sementara itu, bagaimana pula pandangan Islam di dalam membicarakan kewujudan makhluk lain selain daripada manusia di cakerawala ini! Satu makhluk yang dilihat mempunyai tahap intelektual yang melebihi manusia. Saya akan cuba mengumpulkan beberapa kajian, penulisan dan pandangan ulama-ulama, tokoh-tokoh Islam dalam membicarakan isu ini. Kemudian, insyallah akan saya muat-turunkan di dalam siri ke-2 tajuk ini. Kepada pembaca2 dan rakan2, silalah sama-sama membantu menambah info2 yang berguna untuk tatapan dan pengajaran bersama.

Sekian. Wassalam.

Media dan budaya bangsa

Assalam wbt & salam sejahtera

Saya tertarik untuk membicarakan mengenai media dan budaya bangsa. Baru-baru ini, ketika akhbar2 utama berbahasa inggeris, cina dan tamil menampilkan tajuk kemelut politik di Thailand ( darurat di Bangkok ) sebagai agenda utama di mukasurat hadapan , akhbar berbahasa melayu pula mengenengahkan kejayaan Nabil merangkul 3 anugerah di satu majlis penganugerahan pada malam tersebut.

Ini amat menyedihkan! Ia bukan pertama kali terjadi. Akhbar-akhbar berbahasa melayu lebih selesa memomokkan isu-isu artis dan hiburan sebagai isu utama berbanding isu-isu yang membicarakan hal-hal ekonomi, politik, keamanan dan sosio-budaya sebagai tajuk utama. ( Jika ada pertembungan dengan berita hiburan ). Walaupun ini merupakan satu perniagaan - ( untuk menarik perhatian dan tarikan golongan melayu terutamanya di luar bandar dan golongan2 berfikiran sederhana ) tetapi selaku media yang didukung oleh kerajaan hendaklah ia jelas dalam matlamat kewujudannya. Matlamat asal kewujudan kumpulan-kumpulan media yang dikuasai oleh kerajaan sepatutnya selain daripada sebagai satu sumber perniagaan adalah sebagai satu wadah mencerna pemikiran ( minda ) masyarakat dan membentuk kehidupan masyarakat. Sepatutnya media / akhbar ini menjadi petunjuk dan model kepada masyarakat. Ia sepatutnya mencorakkan pemikiran masyarakat. Bukannya ia mengikut sahaja kehendak masyarakat terutama dalam hal-hal yang melalaikan dan merugikan ini - hiburan.

Secara tidak langsung ini mencerminkan dimana tahap budaya bangsa kita sebagai bangsa melayu. Kita lebih banyak membicarakan hal-hal hiburan dan artis daripada membicarakan hal-hal politik, ekonomi dan pembangunan. Jika tahap kita masih begini , bagaimanakah kita mahu melahirkan masyarakat madani. Ayuh, rakan-rakan sebangsaku. Bangunlah kita memantapkan pemikiran dan mentaliti kita ke arah yang lebih dewasa dan berdaya saing, semoga kita akan lebih dihormati dan dihargai.

Kepada pihak-pihak media massa lain seperti tv dan radio , peranan anda juga tidak terkecuali. Gunakan peranan dan kuasa penyiaran anda ini untuk manfaat bangsa dan negara kita dengan sebaik-baiknya.

Sekian. Wassalam.

Tuesday, April 14, 2009

FAM - Apa dah jadi !

Assalam wbt & salam sejahtera.

Seperti yang dijangka FAM masih gagal membuat keputusan siapakah yang bakal menduduki kerusi panas Ketua Jurulatih skuad senior pasukan bolasepak kita. FAM meminta diberi tempoh 2 minggu lagi. Jawatan yang paling penting ini seolah-olah tidak penting bagi FAM. Atau jawatankuasa yg menerajui FAM ini sebenarnya memang tidak tahu siapa yg boleh membawa perubahan kepada bolasepak kita - ' no idea' ! Atau mereka terpaksa menunggu dan mendapat restu pihak2 tertentu di dalam memutuskan peneraju itu. Sedih! Sedih! Sedih! Merana dan bernasib malanglah bakal penjawat jawatan ini jika sikap dan sifat pihak atasan FAM masih ditakuk lama.

Sementara itu, melihat kepada corak hukuman yg dijatuhkan oleh pihak FAM kepada 'pesalah-pesalah mereka' ( walaupun ada pesalah yang tak bersalah ), mendapati FAM adalah satu badan yg tak boleh ditegur....hanya pujian sahaja yg dibolehkan. Oleh itu ramailah pesalah-pesalahnya yg dicopkan 'tersalah tegur' ( terdiri daripada bekas-bekas pemain bolasepak negara ) telah dihukum dan digantungkan lesen mereka. Hal ini menyebabkan bolasepak kita sendiri yg rugi - golongan2 ini ( yg berpengalaman dalam dunia bolasepak ) telah dihalang daripada mencurahkan bakat,pengalaman dan ilmu bolasepak mereka. Habis! macamana bolasepak kita hendak maju dan berdaya saing. Aduhai para pemimpin FAM, jika kamu nakkan kerusi empuk dan bilik berhawa dingin di wisma FAM itu sekalipun janganlah mengganggu dan menabur pasir rakan-rakan yg berkeringat di atas padang. Golongan2 ini hanya mahu bolasepak kita maju dan berkembang bukannya mahukan kerusi anda itu.

Sekian. Semoga bolasepak kita kembali ke landasan asalnya dan mencapai era kegemilangan lampau. Wassalam.

Monday, April 13, 2009

Model Solat Untuk Perpaduan Ummah

Assalam wbt & salam sejahtera.

Saya tertarik dengan idea yang dicetuskan oleh Menteri baru kita iaitu Mej Jen(B) Datuk Jamil Khir Baharom untuk menggunakan pendekatan solat dalam membina modal insan. Sebenarnya, idea dan cadangan ini bukanlah baru tetapi bila Menteri kita mengutarakannya maka ia telah menjadi agak 'famous' dan impaknya agak meluas.

Solat itu adalah tiang agama. Sememangnya ia menjadi tunjang kepada keperibadian manusia. Solat yang dilakukan dengan sempurna akan mencegah manusia daripada melakukan kesalahan samada dunia dan akhirat - ini memang telah dijanjikan oleh Allah. Kita tidak perlu lagi membuktikannya.

Buat Pak Menteri ini, perjuangan untuk memertabatkan dan memperkasakan solat adalah agenda utama sekarang. Umat Islam di Malaysia bukannya tidak menunaikan solat tetapi kemungkinan solat kita kurang sempurna, jadi agenda untuk memperkasakan solat adalah dialu-alukan. Selain daripada ini, ramai juga umat Islam di Malaysia yang tidak menunaikan solat. Puak-puak ini bukannya terdiri daripada golongan kelas ke-3 sahaja malahan golongan kelas atasan dan profesional juga ramai. Maka pendekatan yang lebih berhemah serta intelek diperlukan. Nampaknya, tanggungjawab bekas Mejar General kita ini memang amat berat. Bukan senang untuk berdakwah tetapi itulah tanggungjawab kita sebagai seorang muslim - mendekati saudara-saudara kita yang memerlukannya ( input rohani ).

Perkara pertama yang diperlukan untuk memulakan langkah ini adalah menyediakan satu kertas kerja, kajian atau penulisan ilmiah mengenai solat - yang merangkumi segala aspek. Persoalan hukum, adat dan kajian saintifik mengenainya. Malaysia mempunyai ramai ahli-ahli agama yang berkebolehan dan mampu merealisasikan penulisan ini yang boleh dijadikan rujukan dan pembelajaran buat umat Islam semua.

Tahniah buat Datuk Jamil sekali lagi, tetapi pastikan niat dan perancangan ini akan dijayakan demi agama,bangsa dan negara.

Sekian.

Wassalam.

Bangkok Darurat

Assalam wbt & salam sejahtera.

Melihat apa yang berlaku di Pattaya baru-baru ini mengingatkan saya kembali kepada peristiwa 'reformasi' rakyat Malaysia pada 1998 . Walaupun 'reformasi' kita tidaklah sehebat dan seganas di negara jiran itu setidak-tidaknya suasana kelam kabut dan huru haranya adalah sama.

Perlakuan penunjuk-penunjuk perasaan anti-kerajaan di Thailand ini yang semata-mata mahu memalukan pemerintah sekarang terutama PMnya bukan sahaja membawa masalah ketidakstabilan berterusan kepada negara mereka tetapi secara tidak langsung juga telah menggagalkan usaha dan rundingan Sidang Kemuncak Asean ke-14 dan rundingan-rundingan lain yang secara khususnya untuk membantu negara-negara Asean melepaskan diri daripada kemelut ekonomi dan krisis kewangan global.

Tindakan ini bukan sahaja telah merugikan diri mereka sendiri malahan telah menjerumuskan jiran-jiran Asean mereka bersama. Kini Thailand bukan sehaja dilanda masalah ketidakstabilan ekonomi dan matawang malahan ketidak-tenteraman awam juga kian memuncak sehingga kota Bangkok dan beberapa wilayah berdekatan telah diletakkan di bawah perintah darurat.

Puak-puak penunjuk perasaan melabelkan diri mereka sebagai wira negara kerana mereka merasakan perjuangan menggulingkan kerajaan sekarang adalah langkah terbaik buat Thailand. Tetapi adalah golongan ini faham dan sedar akan implikasi jangka panjang dan pendek tindakan mereka ini. Adakah ini satu-satunya cara untuk mengajar, melepaskan idea dan perasaan kepada kerajaan ! Adakah cara ini boleh memuaskan hati dan perasaan banyak pihak! Adalah perjuangan mereka ini benar dan direstui oleh majoriti rakyat Thailand ! Adakah mereka ini benar-benar pejuang dan penyokong Thaksin yang berjuang untuk kelangsungan kerjaya politik Thaksin dan 'survival' kehidupannya ataupun puak-puak ini adalah bekas penyokong2 Thaksin dan orang2 awam lain yang diupah dan ditaja oleh pihak luar untuk memporak-perandakan Thailand dan seterusnya terpaksa memerlukan bantuan dan pertolongan pihak luar terutama daripada AS untuk menyelamatkan negara 'tanah bebas' ini. Ataupun memang mereka adalah pejuang2 anti-kerajaan yang benar-benar mahukan kerajaan yang bersih dan amanah!

Biarpun menggelarkan diri mereka 'wira' tetapi sebenarnya mereka tetap akan digelar 'pembelot' kepada jiran-jiran mereka kerana sikap mementingkan diri sendiri itu telah merugikan jiran-jiran sekitar. Tindakan2 mereka secara langsung dan tidak langsung telah mengganggu-gugat kestabilan keamanan serantau ini dan telah menggagalkan rundingan pemulihan ekonomi serantau. Thailand dan negara-negara serantau ini sama-sama merasa kerugiannya........dan peluang untuk kuasa-kuasa barat mencampuri urusan pentadbiran rantau ini kian dibuka dan tembok pemisah yang telah lama dipelihara kian goyah.

Buat rakyat Malaysia, jadikan peristiwa di Thailand ini sebagai satu pengajaran. Kita diberi akal ( minda ) untuk membezakan mana baik dan mana buruk. Gunakanlah ia dengan sebaik-baiknya.

Sekian.

Wassalam.

Saturday, April 11, 2009

Kewujudan, Kebesaran & Kekuasaan Allah SWT


Pantai Nuweiba yang luas di Lorong Wadi Watir di Mesir Gambaran sonar - wujud

Mesir. 'underwater land bridge'

Assalam wbt & salam sejahtera.

Ketiga-tiga gambar di atas membuktikan antara bukti-bukti kewujudan, kebesaran dan kekuasaan Allah SWT. Gambar-gambar ini adalah antara dokumen2 kajian pengkaji-pengkaji barat tentang kesahihan terbelahnya laut merah pada zaman Nabi Musa AS.

Walaupun mereka sudah membuktikan kebenaran kejadian itu dengan terjumpanya kawasan kejadian berdasarkan sumber injil mereka dan Al-Quran serta mengakui bahawa kuasa dan ilmu Allah SWT telah mengatasi segala-galanya dengan terjumpanya satu kawasan ' underwater land bridge' di kawasan laut merah tetapi mereka masih berdegil, angkuh dan ego untuk mengakui dan mengiktiraf kebenaran hakiki. Apa yang diiktiraf hanyalah kebenaran fizikal iaitu memang pernah berlaku kejadian penghijrahan ini atau yang lebih dikenali sebagai ' Moses Exodus' berdasarkan bukti-bukti setempat dan tinggalan-tinggalan artifak samada di darat ataupun di dalam lautan sekitar tempat kejadian.

Sedangkan kebenaran sebenar iaitu kewujudan Tuhan yang Esa yang disembah oleh Nabi Musa As, kebesaran dan kekuasaan-Nya diselindungkan daripada masyarakat umum. Inilah hakikatnya yang berlaku kepada masyarakat barat - ilmu dan kelebihan yang Allah SWT berikan kepada mereka tidak digunakan untuk jalan kebenaran, sebaliknya jalan yang sesat dan menyesatkan itulah yang mereka cari.

Buat umat Islam, gunakanlah ilmu Allah ini ( maklumat dan penemuan ini ) untuk lebih mendekatkan diri kepada Allah - mengakui betapa kerdilnya kita dan betapa besarnya Yang Maha Berkuasa.

Sesungguhnya ilmu Allah itu adalah luas........gunakanlah untuk jalan kebenaran.

Sekian.

Friday, April 10, 2009

Kabinet Baru Malaysia - 2009

Assalam swt & salam sejahtera.

Tahniah buat Dato' Najib, kerajaan BN dan Malaysia kerana akhirnya teka-teki barisan jemaah menterinya telah terjawab.

Sekilas pandang Dato' Najib telah membuat pembersihan dan tapisan awal iaitu dengan menolak calon-calon yang dikaitkan dengan gejala rasuah.........kedudukan dalam parti tidak penting bagi beliau, tetapi tahap 'kesucian dan kebersihan' dari unsur-unsur rasuah dan salah-guna kuasa itulah kriteria utama. Maka muncullah menteri-menteri dan timbalan-timbalan yang mereka sendiripun tidak impikan jawatan ini.....tetapi dengan penuh rasa tanggungjawab dan terharu menyahut cabaran ini. Tahniah buat mereka......tetapi jangan lupa anda sedang dipantau selama 6 bulan!

Kabinet Dato' Najib yang menggabungkan muka lama dan baru mencerminkan budaya pewarisan kecemerlangan kerja . Adunan pengalaman dan tenaga muda sudah semestinya memberi banyak kelebihan kepada negara. Perkongsian tanggungjawab dan tugasan kabinet yang berbagai bangsa dan agama menandakan permuafakatan, perpaduan dan keakraban boleh dicapai merentasi perbezaan agama dan bangsa.

Dengan barisan kabinet terbaik ini, diharap rakyat terutama di kalangan kakitangan kerajaan, seharusnya mengambil peluang dan memberikan sokongan dengan tidak berbelah -bagi.......sementara itu di pihak pembangkang pula mainkanlah peranan anda dengan lebih profesional demi pembangunan negara, janganlah asyik membangkang aje membabi buta.

Pilihanraya sudah tamat......wakil-wakil rakyat tidak kira di pihak kerajaan atau pembangkang, berjawatan menteri atau tidak sepatutnya sudah melupai pertelingkahan semasa berkempen.......sepatutnya kenalah berkerjasama membantu memakmurkan Malaysia dan meningkatkan ekonomi kita. SPRM sudah tetapkan tempoh berkempen untuk pilihanraya dan ianya sudahpun tamat....tetapi mengapa masih ada lagi kutuk-mengutuk dan kempen mengempen lagi...takkan nak berkempen sampai 4 tahun!!!! Itu kerja orang gila!!! Ya! Gila kuasa! Tahukah anda bahawa elaun anda dibayar oleh rakyat yang bermati-matian berkerja siang dan malam. Elaun anda bukan dibayar untuk anda hadirkan diri di Parlimen dan dewan rakyat semata-mata........Adilkah jika anda hanya memaki-hamun dan bergaduh macam 'anjing dan kucing' di parlimen ( yang berhawa dingin ) sedangkan kami bermandikan darah dan peluh membanting tulang untuk membayar elaun-elaun anda itu. Anda fikirkanlah sendiri.

Wahai YB-YB, tolonglah lebih bertanggungjawab. Rakyat tahu apa yang anda lakukan dan tidak lakukan. Dengan itu tunaikanlah tanggungjawab sebenar anda. Tanya minda anda....kerana kebenaran itu tertanam di dalamnya.....dan jangan tanya nafsu anda kerana kesesatan itu bersamanya.

Sekian. Wassalam

Thursday, April 9, 2009

Aduhai.....Bolasepak Malaysia

Assalam wbt & salam sejahtera

Minggu hadapan pasukan bolasepak Malaysia ( senior ) akan mempunyai Ketua Jurulatih barunya. Sejak pemecatan Sathia, jawatan ini kosong......kosong sepertimana kosongnya pejabat FAM dengan piala-piala rebutan terkini - usahlah Piala Dunia, piala Merdeka pun tak ada!

Sebenarnya, keparahan bolosepak kita sudah bertahun-tahun, dan kini ia sudah bernanah dan menjijikkan. Semenjak pemecatan Dato' Ibrahim Saad dari kepimpinan FAM, kononnya kepimpinan baru FAM akan dan boleh membawa nafas dan sinar baru tetapi bak kata orang ' bercakap memang senang' bila dah buat baru tahu ' langit itu tinggi atau rendah'. Kepimpinan yang ' sememangnya' diterajui oleh saudara KJ ( ketua Pemuda UMNO sekarang ) tidak ubah seperti kata orang tua-tua ' perabih beras aje!'. Mereka hanya pandai memberi berbagai-bagai alasan di atas kegagalan skuad negara.......pihak-pihak lain pula yang dikambing-hitamkan sedangkan masalah sebenar tidak diketengahkan untuk diselesaikan manakala laporan-laporan pedas dan keras pihak media berjaya dilembutkan.

Inilah natijahnya jika ada unsur-unsur dan kuasa-kuasa politik yang disalah-gunakan. Kepada saudara KJ dan pemimpin2 FAM ( yang aktif berpolitik dan berjawatan ) letaklah jawatan anda daripada menerajui FAM, berilah kepada golongan yang benar-benar mahu mmeperjuangkan maruah dan cintakan bolasepak kita. Tumpukan masa dan gunakan kelebihan anda kepada tugasan dan peranan utama anda sebagai ahli parlimen dan ahli politik , biarkan bolasepak kita diterajui oleh insan yang tahu selok-beloknya.

FAM perlu diterajui dan diwakili oleh kepimpinan 'bolasepak' - mereka yang sudah sebati dan sedarah daging dengan bolasepak, mereka yang tahu apa itu bolasepak dan mereka yang hidup dengan bolasepak. Berilah peluang kepada golongan yang sepatutnya diberi peluang ini demi kejayaan bolasepak negara kita. Nampaknya, Dato' Najib sebagai pemimpin tertinggi negara dan pernah menjawat jawatan Menteri Belia dan Sukan sekali lagi perlu turun 'padang' agar dapat melakukan sesuatu yang positif.

Berbalik kepada jawatan Ketua jurulatih skuad bolasepak kita, apakah kriteria yang ditentukan oleh FAM! Calon yang akan akur sahaja dengan keputusan pengurusan FAM atau calon yang boleh berdikari dan tegas dengan keputusannya ! Dan apakah pula kriteria jurulatih yang sememangnya diperlukan oleh skuad kita sekarang! Sudahkah FAM mengkajinya atau main agak-agak saje! Adakah skuad kita memerlukan jurulatih yang bijak dalam percongakan teknikal seperti Alex Ferguson, Bernitez atau Jose Maurintho atau jurulatih yang terkenal dan pakar dalam memotivasikan pemain seperti Guss Hiddick dan Carpello atau jurulatih yang gah semasa era menjadi pemain sahaja seperti Maradona dan Zico! Atau sememangnya FAM sendiri tidak tahu apakah kriteria yang skuad kita perlukan sekarang!

Jika dilihat kepada ranking dunia, skuad Malaysia amat memerlukan Ketua jurulatih yang memiliki kesemua kriteria di atas untuk melonjakkan diri semula ke pentas Asia dan dunia. Untuk merealisasikannya, memerlukan perbelanjaan yang amat tinggi.....maka pengurusan FAM perlu membuat keputusan yang bijak, betul dan tepat demi maruah negara dan FAM sendiri. ( Itulah sebabnya FAM perlu diterajui oleh mereka yang tahu apa itu bolasepak dan bukannya sepakbola!)

Apa-apapun, selamat maju jaya kepada sukan bolasepak kita!

Sekian.

Al-Quran & Orang Kafir

Assalam wbt & salam sejahtera.

Kitab Al-Quran diturunkan oleh Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW. Baginda SAW pula adalah rasul terakhir dan rasul untuk semua umat manusia. Dalam erti kata lain, Al-Quran yang diturunkan kepada Rasulullah SAW itu adalah untuk semua umat di dunia ini!

Orang kafir atau orang bukan Islam ( istilah yang lembut sikit ) adalah umat manusia ( tidak kira apa bangsa ) yang tidak mempercayai dan mengamalkan ajaran Islam - iaitu merangkumi hal-hal rukun Iman, Islam dan Ehsan serta meliputi ruang-lingkup ketauhidan, syariah, muamalat, munakahat, jenayah dll aspek yang berpaksikan kepada ajaran Islam. Dalam erti kata mudah orang kafir ini adalah golongan yang tidak mempercayai Allah SWT dalam konteks sebenar ( Takrifan hukum ).

Secara asasnya tidak salah orang kafir membaca Al-Quran.....kerana ia adalah kitab untuk semua umat manusia seperti juga orang kafir mempelajari ilmu-ilmu Islam yang lain seperti Feqah dan Usuluddin, ini tidak salah.

Yang salahnya........nawaitu sipembaca itu.

Kejadian seorang pemimpin tertinggi DAP Perak membaca sepotong ayat Al-Quran tempoh hari dan disertai dengan sorak riang dan tepukan gemuruh pemimpin dan penyokong Pas telah mencetuskan berbagai reaksi masyarakat.

Kepada pemimpin Pas ini dibolehkan, kepada pemimpin UMNO mana boleh , kepada pemimpin PR buatlah apa-apa yang boleh dan kepada pemimpin DAP Malaysia boleh! Nampaknya para pemimpin tidak rasional di dalam mencetus dan melontarkan jawapan kepada satu-satu isu semuanya ada udang di sebalik batu. Rakyat pula makin celaru dan diharu-birukan.

Di mana golongan ulama' kita! Janganlah mendiamkan diri. Tampillah memberikan penyelesaian kapada isu ini berasaskan ilmu dan kebenaran.

Pada pendapat saya, sepertimana hukumnya bacaan Al-Quran kepada umat Islam itulah juga hukumnya pembacaan Al-Quran itu terhadap golongan bukan Islam. Untuk apa umat Islam dituntut membaca Al-Quran! Umat Islam dituntut membaca Al-Quran untuk meningkatkan keimanan, mendekatkan diri kepada Yang Esa, membentengkan diri dari tipu daya iblis & syaitan, sumber ilmu dan kehidupan dll peranan positif.

Tetapi adakah pemimpin DAP tempoh hari membaca Al-Quran untuk sebab-sebab di atas! Atau ia hanya retorik politik untuk memancing undi! dan ini dihalalkan pula oleh sekutunya yang ' kononnya' memperjuangkan kesucian Islam! Jangan kita halalkan dan banggakan dalam hal-hal yang boleh menjerumuskan kita ke lembah kehinaan.

Sebenarnya, modus operandi pemimpin DAP ini tidak lari dari langkah awal yang dilaksanakan oleh golongan-golongan orientalis untuk merosakkan Islam dan umatnya. Golongan orientalis ini mempelajari Islam dan membaca Al-Quran bukan untuk mencari kebenaran sejati tetapi untuk memcari di mana kekuatan dan kelemahan umat Islam agar mudah untuk ditakluki. PAS hati-hatilah dengan mainan politikmu.....janganlah sebab nakkan kuasa agama tergadai...... DAP hati-hatilah dengan gimik-gimikmu....janganlah ingatkan ada segelintir saudara kami yang kamu boleh 'perkudakan' , kamu bebas dan berani melampaui batas. PR pula dimanakah perananmu.......dan akhir sekali, UMNO jadikanlah ini panduan dan pengajaran buat perjuanganmu.

Agama Islam diturunkan kepada semua umat manusia.

Sekian.

BN 1 PR 2

Assalam wbt & salam sejahtera

Percaturan 3 pilihanraya kecil sudah selesai......rakyat sudah menunaikan tanggungjawab mereka......maka sudah tiba masanya pilihan mereka pula mengotakan apa yang dijanjikan.

Kegagalan BN untuk memenangi semula 2 kawasan bukit itu memberi tamparan hebat kepada barisan kepimpinan Dato'Najib. Adakah rakyat sudah benar-benar muak dengan politik dan corak pemerintahan BN ! Atau rakyat tidak sempat di'brain-wash'kan agar kembali kepada BN disebabkan tempoh pilihanraya yang terlalu dekat dengan tarikh pemilihan UMNO! Atau memang benar rakyat ditakut-takutkan dan diugut ( terutama pengundi2 atas pagar ) agar jangan keluar mengundi atau jangan undi BN! Banyak persoalan dan memang benarlah BN perlu melakukan 'post-mortem' yang dikendali oleh badan bebas agar laporan yang dibentangkan adil dan telus. Wahai Dato' Najib, perjuangan anda baru bermula.....teruskanlah ia demi kepentingan semua.

Kejayaan PR mempertahankan kedua-dua kerusi ini pula bukanlah secara mudah dan mencerminkan kedudukan selesa mereka.....mereka juga telah bertungkus lumus untuk mencapainya terutamanya oleh penyokong Pas ( yang memang diketahui umum sanggup berjuang mati-matian demi parti dan pemimpin ). Nampaknya PR berjaya 'menggunakan' Pas di dalam hal ini......upahnya , diletakkan calon pas di Perak. ( Tetapi itu adalah percaturan dalaman PR yang direstui oleh pemimpin parti-parti komponennya - tidak perlu diheboh2kan. Ada akal dan minda, sendiri fikirlah ). Kejayaan PR secara tidak langsung juga mencerminkan sokongan rakyat masih tetap kepada mereka terutama kepada Dato' Anwar Ibrahim. Sokongan ini menunjukkan rakyat masih setia menunggu tarikh keramat yang dijanjikan oleh saudara Anwar untuk menggulingkan kerajaan BN dan membentuk kerajaan PR. Tetapi kesetiaan dan kesabaran rakyat juga ada hadnya..... jangan tunggu lama-lama nanti diambil orang!

Kepada Dato' Najib dan Dato' Anwar, berjuanglah demi agama,bangsa dan negara kerana 'package 3 in 1 ' ini sahajalah yang boleh membawa kejayaan anda di dunia dan akhirat. Rakyat tidak tahu apa nawaitu sebenar anda berdua tetapi Allah mengetahui segalanya , terimalah balasan dan akibatnya ( jika tidak di dunia maka di akhirat nanti pasti! ) jika nawaitu dan tindakan anda berdua terpesong dari 'package' ini.

Kemakmuran dan kesejahteraan Malaysia terletak di tangan anda berdua.


Sekian.

Monday, April 6, 2009

Hilang Kerja & Tekanan Mental

Assalam wbt & salam sejahtera

Tekanan mental atau dikenali sebagai stress mula meningkat peratusannya di Malaysia lebih-lebih lagi sejak kegawatan ekonomi dan perberhentian pekerjaan. Sejak 2 bulan lepas peningkatan 20% direkodkan oleh Jabatan Psikiatri UM dan ia dijangkakan akan meningkat jika keadaan ekonomi terus muram dan semakin ramai akan kehilangan pekerjaan. ( Laporan MEF merekodkan seramai 26,000 pekerja telah ditamatkan pekerjaan pada bulan lalu ).

Bahayanya tekanan mental ini kerana ia boleh memudaratkah individu dan masyarakat jika tidak ditangani dan dibendung dengan cekap. Banyak masalah-masalah sosial yang lebih besar akan tercetus jika ia gagal ditangani dengan segera.

Golongan terbabit bukan sahaja perlu dibantu dari aspek material semata-mata ( pekerjaan ) tetapi perlu juga disokong dari segi sosial dan emosi. Maka dengan itu semua pihak sepatutnya memberi apa sahaja sokongan dan bantuan kepada mereka dan jangan hanya mengharapkan bantuan dan pertolongan kerajaan semata-mata. Rakan-rakan,sanak saudara dan anggota keluarga adalah pihak yang terbaik untuk memulihkan dan menguatkan kembali semangat mereka. Selain daripada ini berdoa dan memohon bantuan dari Allah SWT juga jangan dilupakan.

Walaubagaimanapun, berat mata memandang berat lagi bahu memikul! Sabar dan janganlah terlalu bersedih wahai saudara dan sahabatku........hidup ini ibarat roda. Hari ini anda di bawah, insyaallah esok-lusa anda berada di atas.

Sekian. wassalam.

Rumah Terbengkalai Pembeli Terkapai

Assalam wbt & salam sejahtera

Rekod Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan ( sehingga Dis. 08 ) mendapati hampir 568 buah projek perumahan terbengkalai di seluruh negara yang mengakibatkan 80,000 pembeli tertekan.

Bagaimanakah hal ini boleh berlaku, sedangkan pihak kerajaan mempunyai banyak agensi-agensi yang dipertanggungjawab untuk memantau dan menanganinya. Tidak adalah laporan-laporan yang diutarakan ! Tidak adakah apa-apa tindakan tegas yang dikenakan terhadap pemaju-pemaju yang gagal ! Dimanakah perginya Akta Pembangunan Perumahan yang digubal untuk melindungi pihak pembeli !

Nampaknya ada yang tak kena dengan agensi-agensi ini! Diharap kerajaan Dato' Najib kenalah berbuat sesuatu agar rakyat yang tertindas ini lebih terbela manakala mereka yang melakukan kesalahan ini akan terjerat.

Sekian. Wassalam.

Negara Maju Berilmu - 27,000 Judul Buku Setahun

Assalam wbt & salam sejahtera

Malaysia perlu menerbitkan 27,000 judul buku umum setahun untuk menjadi negara maju berilmu. ( Dengan kiraan nisbah 1,000 judul buku untuk satu juta penduduk ). Hakikatnya, kini hanya 10,000 judul buku setahun sahaja yang mampu kita terbitkan.

Isu ini adalah isu serampang dua mata kerana selain ia membicarakan tentang pembangunan negara maju berilmu ia turut melibatkan serta ada hubung-kait dengan isu ' pembelajaran sains dan matematik di dalam bahasa Inggeris ' yang baru-baru ini panas diperdebatkan. Umum mengetahui, majoriti buku-buku ilmiah adalah diimport dan berbahasa Inggeris . Maka masyarakat terutama golongan pelajar memang perlu menguasai bahasa Inggeris terlebih dahulu untuk menguasai majoriti ilmu-ilmu ini. Tetapi , jika kita mahukan bahasa Melayu dijadikan bahasa teras pendidikan di Malaysia maka golongan-golongan cendiakawan tempatan termasuk kira-kira 350,000 golongan pendidik dan lebih 40,000 pensyarah dan profesor perlulah menyahut cabaran ini dan memainkan peranan penting.

Dijangkakan ia melibatkan peruntukan kira-kira RM300 juta! Hal ini biarlah barisan Kabinet dan ahli-ahli Parlimen yang menguruskannya.

Golongan terlibat dan bertanggungjawab janganlah hanya pandai bercakap dan bermain polimik politik dan perkauman tetapi bertindaklah dengan rasional, matang dan berpijak di bumi yang nyata.

Sekian. Wassalam.

200 Masjid Mekah Salah Kiblat

Assalam wbt & salam sejahtera.

Baru-baru ini, sebuah akhbar berbahasa Arab Al-Hayat, melapurkan lebih 200 buah masjid sekitar Mekah menghadap arah kiblat yang salah. Masjid-masjid ini telah dibina lebih 50 tahun lalu.

Jika masjid-masjid di Mekahpun tidak terlepas daripada masalah ini bagaimanakah pula dengan nasib masjid-masjid di negara-negara lain termasuklah di Malaysia. Diharap pihak-pihak yang berwajib dan bertanggungjawab akan melakukan sesuatu, jika perlu lakukanlah pemeriksaan semula arah kiblat setiap masjid-masjid dan surau-surau di Malaysia.

Dengan teknologi terkini seperti sistem laser, penyelesaian masalah ini akan dapat diatasi dengan lebih cepat tetapi apa yang lebih utama sekarang adalah halatuju, tindakan dan komitmen pihak-pihak terbabit dalam menangani isu ini.

Dari segi hukum, diharap pakar-pakar agama ( golongan ulama') kita boleh menjelaskannya sementara menanti keputusan dan tindakan golongan umara' kita.

Adakah penemuan ini merupakan amaran dari Allah SWT agar kita lebih berwaspada dan menerapkan lebih nilai-nilai islamik di dalam segenap aspek pembinaan rumah-Nya ini!

Sekian. Wassalam.

Teori RAHMAN

Assalam wbt & salam sejahtera.

Nampaknya teori 'RAHMAN' yang digempar-gempurkan kononnya sebagai bayangan dan corak perlantikan PM Malaysia sudah menjadi kenyataan dengan naiknya Dato' Najib sebagai PM ke-6. Tahniah buat Dato' Najib, semoga mengotakan janji2 anda i.e. rakyat diutamakan.

Persoalan sekarang selepas teori RAHMAN ini.....teori apa pula yang akan diguna-pakai ! Adakah Dato' Najib PM terakhir UMNO dan BN ! Dan sampai bilakah era Dato' Najib ini akan bertahan dan dipertahankan!

Banyak persoalan dan teka-teki yang perlu kita sebagai rakyat Malaysia fikirkan.....demi survival dan 'co-exist' negara kita yang berbilang kaum dan agama ini.

Sekian. Wassalam.

Thursday, April 2, 2009

Anwar Ibrahim. Where are u !

Assalam wbt & salam sejahtera.

Last night one of my friend has asked me why Anwar Ibrahim not 'check-mate' Pak Lah by taking-over the government during this period ! Why he has stopped his ambitious movement and public hopes since the failure of 13 September 2008 !

I said : " I also no idea but may be Anwar still waiting for the right moment and the right situation."

He said : " Ya la, after the BN government had managed to overcome this economic crisis and our country has already survived and on the right track. Then he again will attack the government esp. Najib. That's not gentleman ! "

I said : " What to do ! This is politic - which means a lot of tactics "

Then one of our friend there expressed his opinion. He said : " Nobody will be so stupid to take-over any organisation at this time of economic crisis, unless he had been promised to gain a supports by other parties. Example : Barack Obama should no problem to tell us from where he got all the supports. On the other hand, Anwar Ibrahim is not a stupid person "

It was a silence for 4-5 minutes. Then we continued our 'teh tarik' and talked about other things which is also very interesting i.e. our country soccer issue.

But for me, this Anwar Ibrahim issue still need to be eloborate ......public need to know the truth! Anwar !, U need to finish what U have started. Or people will not respect any more on yr ' political gimic' .

Wassalam

Wednesday, April 1, 2009

Teksi Oh Teksi

Assalam & Salam Sejahtera.

Tiba-tiba isu industri teksi meletup-letup terutama di bandaraya Kuala Lumpur dan Pulau Pinang. Apa sudah jadi ! Rekod JPJ ( KL ) mendapati 15 daripada 627 pemilik teksi sahaja ( iaitu 2.4% ) yang bersih daripada sebarang masalah manakala selebihnya iaitu 97.6% bermasalah. Dari segi angka ini amat menakutkan. Dimana pihak berkuasa yang sepatutnya memantau dan mendidik pengusaha-pengusaha teksi ini atau memang pengusaha teksi ini sudah tidak makan saman dan sukar dibendung perbuatan mereka. Setiap masalah mesti ada jalan penyelesaiannya. Gunakan minda yang Tuhan anugerahkan kepada kita dengan sebaik-baiknya.

Manakala, pengusaha2 teksi di Pulau Pinang ada membuat rungutan2 mengenai 'kereta sapu' atau teksi haram yang berleluasa di sana.....tetapi dimana dan apakah tindakan oleh pihak berkuasa dalam membendung gejala ini. Bulan lepas, semasa di Pulau Pinang seorang pemandu teksi mengadukan kepada saya bahawa memang mereka sukar mencari rezeki dengan kehadiran teksi-teksi sapu dan haram ini.......dengan sebab itulah harga yang dikenakan oleh 'teksi halal' ini agak menekankan pengguna. Kedua-dua masalah ini haruslah diselesaikan dengan bijaksana oleh pihak berkuasa agar setiap rakyat tidak teranaiya dengan kerakusan dan ketamakan pihak-pihak tertentu.


Sekian.

UMNO dan Politik Wang (PW)

Assalam & salam sejahtera.

Akhir2 ini, istilah PW iaitu politik wang sudah sinonim dengan UMNO. Rata-rata masyarakat tidak kira apa fahaman politiknya mahu melihat bagaimana kepimpinan baru UMNO mahu membuangkan tempelan "PW" ini daripada UMNO. Apakah istilah PW boleh dihilangkan daripada UMNO !

Sedih sekali, apabila hasil analisa daripada sekumpulan pakar analisis bebas mendapati bahawa lebih 50% daripada calon2 yang menang pemilihan baru-baru ini terlibat di dalam PW secara langsung mahupun tidak langsung. Kesimpulan yang dapat mereka rumuskan adalah gejala dan amalan PW ini akan terus menghantui UMNO dan akan semakin menebal kerana mendapati kejayaan amalan PW lebih memberangsangkan ( dari segi sokongan ) daripada rekod cemerlang perkhidmatan dan jasa.

UMNO berpijaklah di alam dan bumi yang nyata.....jangan salahkan rakyat dan penyokong jika kamu terus dipinggirkan........Kotakan apa yang anda katakan. Buat parti pembangkang pula terutama PKR dan PAS janganlah asyik mendoakan kehancuran UMNO sahaja, sebaliknya teruskanlah memperkasakan diri anda jika mahu terus di sokong oleh rakyat yang kecewa dan tidak mahu lagi dikecewakan.

Sekian.

Guru Berpolitik & Politik Guru

Assalam & salam sejahtera.

Guru sepertimana penjawat awam kerajaan yang lain seharusnya diberikan hak yang sama dalam berpolitik. Jika penjawat awam kerajaan yang lain boleh berpolitik, apa salahnya guru. Jika penjawat kerajaan yang lain tidak boleh berpolitik, guru kenalah tidak turut terlibat berpolitik. Tidak kira apa tanggungjawab dan tugasan....mana-mana kakitangan kerajaan haruslah tertakluk kepada hak dan kebebasan yang adil dan saksama.

Kita janganlah takut sangat jika guru berpolitik.....tetapi seharusnya lebih takut kepada politik guru. Politik guru boleh membawa kehancuran dan kebinasaan kepada institusi pendidikan negara. Kepada menteri dan kementerian yang berkaitan berfikirlah sejenak demi anak-bangsa.

Sekian.

KULIAH OF THE DAY