Tuesday, March 31, 2009

Barisan baru UMNO - kehendak penyokong UMNO atau kehendak pemimpin UMNO

Assalam & salam sejahtera.

Persidangan UMNO dah berlalu, tetapi bak kata pepatah " Rumah sudah siap tetapi pahat masih berbunyi". Banyak persoalan dan kemusykilan yang timbul. Kesimpulannya, adakah calon2 yang terpilih ini terdiri daripada pilihan majoriti penyokong UMNO atau ianya adalah pilihan pemimpin UMNO.

Hanya orang UMNO yang terlibat secara langsung boleh memberikan jawapannya.


Sekian.

Tun Mahathir Masuk Kembali UMNO

Assalam & salam sejahtera.

Tun Mahathir masuk kembali UMNO!!!!!!

Apa yang nak dihairankan dan digempar-gempurkan! Ramai pihak terutama di kalangan pemimpin2 baru , ahli2 dan penyokong2 UMNO merasakan ia satu fenomena yang positif.....tetapi ada juga yang beranggapan ia akan membawa natijah negatif. Dan ramai juga di kalangan barisan PR samada PKR, PAS dan DAP turut berteka-teki akan kehadiran Tun semula di dalam UMNO. Adakah 'bulan madu' mereka sekarang akan tergugat atau kejayaan akan terus berpihak kepada mereka selepas ini.

Sebagai rakyat biasa, saya mengalu-alukan kemasukan Tun jika ianya untuk mengukuhkan kedaulatan Islam, mempadukan bangsa Melayu serta melicinkan pentadbiran negara dari segala segi, dan bukannya untuk kepentingan peribadi dan menjahanamkan negara samada secara langsung atau tidak langsung. Persoalan ini hanya Allah SWT dan Tun sahaja yang tahu jawapannya.

Walaubagaimanapun, masyarakat kini mempunyai minda, keupayaan dan hak untuk membicarakan isu-isu ini kerana ia melibatkan masa depan mereka. Pro dan kontranya ada kebenaran kerana masing-masing dengan hujah tersendiri. Diharap apa-apa lontaran pendapat dan perbincangan akan menjadi renungan, pengajaran dan landasan kepada Tun dan UMNO demi kepentingan dan survival agama, bangsa dan negara.

Sekian. Wassalam.

DUN Bukit Selambau - 15 Pencalonan

Assalam & salam sejahtera.

Tahniah Malaysia kerana satu rekod baru amalan demokrasi telah berjaya dipahatkan. Bukan calang-calang negara yang membolehkan terdapat pertandingan 15 calon untuk satu kerusi di dunia ini. Tetapi berbagai persoalan, pengertian, natijah dan kesudahan yang memungkinkan ia .

Ya, 15 calon semestinya telah membuktikan begitu terbuka dan toleransinya amalan demokrasi di Malaysia tetapi ia juga boleh dikatakan lantaran korupsi politik di Malaysia. 15 calon juga mencerminkan rakyat sudah tidak mempercayai kerajaan negeri pimpinan PR di Kedah dan pembangkangnya BN. Dan 15 calon juga menunjukkan bahawa kerusi pemimpin itu boleh dimiliki oleh sesiapa sahaja yang mempunyai wang untuk dilupuskan dan disedekahkan sebagai wang deposit kepada SPR. 15 calon turut mengiyakan bahawa ketika ini pangkat dan darjat menjadi rebutan dan kegilaan. 15 calon juga membuktikan bahawa ilmu politik dan kepimpinan masih cetek di kalangan masyarakat.

Tetapi gah dan gemparnya fenomena 15 calon ini tidak akan membawa apa-apa perubahan jika sikap dan attitud calon2, penyokong2 dan pengundi2 masih ditakuk lama samada dari segi minda, gaya berpolitik, bermasyarakat serta tuntutan material.

Akhirnya, 14 calon lain akan gugur. Hanya 1 calon menjadi juara.....tetapi jadilah juara untuk rakyat....jangan hanya menjadi juara kepada pertandingan 15 calon ini.

Sekian.

Tuesday, March 24, 2009

Perjuangan UMNO vs Perjuangan Pemimpin UNMO

Assalam dan salam sejahtera.

Perhimpunan UMNO sudah kian hampir. Ahli-ahlinya tidak kira ahli biasa hinggalah ke ahli majlis tertinggi ( buat masa sekarang ) , masing-masing teruja dengan matlamat dan niat tersendiri samada yang tersembunyi mahupun nyata.

Untuk peringatan dan nasihat kepada ahli-ahli UMNO dan calon-calon pemimpin UMNO, kamu semua mesti tahu menilai, membeza dan memahami apakah perjuangan Parti UMNO dan perjuangan pemimpin UMNO.

Terdapat perbezaan yang ketara......perjuangan UMNO tentulah tidak berubah sejak penubuhannya seperti yang termaktub di dalam perlembagaannya, tetapi perjuangan pemimpin UMNO tentunya berubah-ubah mengikut perwatakan individu itu dan halatuju perjuangannya.

Pilihlah yang terbaik demi survival parti bangsa Melayu ini.

Pembersihan Sungai Klang

Assalam dan salam sejahtera.

Niat suci Menteri Besar Selangor untuk membersihkan sungai Klang yang memang terkenal dengan tahap pencemarannya amatlah disanjungi. Tetapi apakah dalam keadaan ekonomi yang masih kurang stabil dan kehidupan majoriti rakyat yang masih perlukan banyak pembelaan dari segi material dan rohani, kita masih mahu membazirkan wang berjuta-juta ringgit untuk pembangunan dan penjagaan alam sekitar.

Memang tidak dinafikan pembangunan dan penjagaan alam sekitar amat penting, tetapi tidak ada gunanya jika bandar kita bersih tetapi kehidupan kita masih tidak berubah ( di tahap lama semasa pentadbiran BN ). Kerajaan mesti logik dan realistik dalam memilih prioritinya.

Jika Menteri Besar yakin sekalipun inilah prioritinya, masalah teknikal pula timbul. Apakah relevannya mengambil syarikat-syarikat asing . Tidak berupayakah pakar-pakar alam sekitar dari syarikat-syarikat tempatan dan pakar-pakar dari pusat pengajian tinggi tempatan untuk diberi tangungjawab ini. Mereka lebih memahami akan latar belakang masalah ini dan penyelesaiannya. Berilah peluang kepada anak-anak tempatan.

Kita tidak mahu pembangunan ini yang menggunakan wang rakyat digunakan semata-mata untuk keuntungan pihak-pihak tertentu sahaja.

Sekian.

Saturday, March 21, 2009

Keputusan SPM 2008. Adakah terdapat hubungan antara kecemerlangan pelajar dengan pembelajaran sains & matematik di dalam bahasa inggeris ?

Assalam dan salam sejahtera.

Topik pembelajaran sains & metematik di dalam bahasa inggeris sudah hangat dibicara tetapi kemanakah halatujunya. Kerajaan tetap ingin meneruskannya dengan alasan demi masa depan 'survival' bangsa Melayu, rakyat dari golongan tertentu ( bangsa Melayu juga ) tidak bersetuju dengan alasan demi 'survival' bahasa melayu. Di ketika kedua-dua pihak ( dua-duanya berbangsa Melayu ) ini bertelagah, bangsa-bangsa lain melihat dengan berbagai reaksi - kegembiraan, ketakutan dan kebingingan.

Namun di sebalik apa jua perjuangan dan alasan yang dibawa oleh ke dua-dua pihak, adakah mereka sedar bahawa masa depan anak-anak Melayu yang sedang mereka pertaruh dan pergadaikan. Adakah tindakan yang diperjuangkan oleh kerajaan ini sebahagian dari kaedah 'try & error'nya dalam sistem pendidikan dan memberi keuntungan 'material' kepada pihak-pihak tertentu ataupun perjuangan pihak yang satu lagi cuma retorik politik semata-mata yang juga membawa keuntungan kepada pihak-pihak tertentu sahaja.

Diharap kerajaan dapat menjalankan satu 'post-motem' terhadap keputusan SPM 2008 baru-baru ini dan mengumumkan kepada masyarakat secara telus.

Namun begitu, adalah lebih afdal anak-anak Melayu kita menjadi bijak pandai yang fasih berbahasa inggeris, menguasai bahasa melayu dengan baik dan yang terpenting sekali mampu membaca al-Quran dengan menguasai hukum-hakamnya. Inilah perjuangan kita yang sebenarnya untuk memartabatkan anak bangsa......


Sekian.

Dari CitraMind

KULIAH OF THE DAY