Tuesday, March 24, 2009

Pembersihan Sungai Klang

Assalam dan salam sejahtera.

Niat suci Menteri Besar Selangor untuk membersihkan sungai Klang yang memang terkenal dengan tahap pencemarannya amatlah disanjungi. Tetapi apakah dalam keadaan ekonomi yang masih kurang stabil dan kehidupan majoriti rakyat yang masih perlukan banyak pembelaan dari segi material dan rohani, kita masih mahu membazirkan wang berjuta-juta ringgit untuk pembangunan dan penjagaan alam sekitar.

Memang tidak dinafikan pembangunan dan penjagaan alam sekitar amat penting, tetapi tidak ada gunanya jika bandar kita bersih tetapi kehidupan kita masih tidak berubah ( di tahap lama semasa pentadbiran BN ). Kerajaan mesti logik dan realistik dalam memilih prioritinya.

Jika Menteri Besar yakin sekalipun inilah prioritinya, masalah teknikal pula timbul. Apakah relevannya mengambil syarikat-syarikat asing . Tidak berupayakah pakar-pakar alam sekitar dari syarikat-syarikat tempatan dan pakar-pakar dari pusat pengajian tinggi tempatan untuk diberi tangungjawab ini. Mereka lebih memahami akan latar belakang masalah ini dan penyelesaiannya. Berilah peluang kepada anak-anak tempatan.

Kita tidak mahu pembangunan ini yang menggunakan wang rakyat digunakan semata-mata untuk keuntungan pihak-pihak tertentu sahaja.

Sekian.

1 comment:

  1. Projek Pembersihan Sungai Klang sama gah aje macam kempen ' Earth Hour'. Dengar macam pentingkan alam sekitar....hampaih !! perabih beras aje dua-dua tu.

    ReplyDelete