Assalam & salam sejahtera.
Tahniah Malaysia kerana satu rekod baru amalan demokrasi telah berjaya dipahatkan. Bukan calang-calang negara yang membolehkan terdapat pertandingan 15 calon untuk satu kerusi di dunia ini. Tetapi berbagai persoalan, pengertian, natijah dan kesudahan yang memungkinkan ia .
Ya, 15 calon semestinya telah membuktikan begitu terbuka dan toleransinya amalan demokrasi di Malaysia tetapi ia juga boleh dikatakan lantaran korupsi politik di Malaysia. 15 calon juga mencerminkan rakyat sudah tidak mempercayai kerajaan negeri pimpinan PR di Kedah dan pembangkangnya BN. Dan 15 calon juga menunjukkan bahawa kerusi pemimpin itu boleh dimiliki oleh sesiapa sahaja yang mempunyai wang untuk dilupuskan dan disedekahkan sebagai wang deposit kepada SPR. 15 calon turut mengiyakan bahawa ketika ini pangkat dan darjat menjadi rebutan dan kegilaan. 15 calon juga membuktikan bahawa ilmu politik dan kepimpinan masih cetek di kalangan masyarakat.
Tetapi gah dan gemparnya fenomena 15 calon ini tidak akan membawa apa-apa perubahan jika sikap dan attitud calon2, penyokong2 dan pengundi2 masih ditakuk lama samada dari segi minda, gaya berpolitik, bermasyarakat serta tuntutan material.
Akhirnya, 14 calon lain akan gugur. Hanya 1 calon menjadi juara.....tetapi jadilah juara untuk rakyat....jangan hanya menjadi juara kepada pertandingan 15 calon ini.
Sekian.
Tuesday, March 31, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment