Assalam & salam sejahtera.
Tun Mahathir masuk kembali UMNO!!!!!!
Apa yang nak dihairankan dan digempar-gempurkan! Ramai pihak terutama di kalangan pemimpin2 baru , ahli2 dan penyokong2 UMNO merasakan ia satu fenomena yang positif.....tetapi ada juga yang beranggapan ia akan membawa natijah negatif. Dan ramai juga di kalangan barisan PR samada PKR, PAS dan DAP turut berteka-teki akan kehadiran Tun semula di dalam UMNO. Adakah 'bulan madu' mereka sekarang akan tergugat atau kejayaan akan terus berpihak kepada mereka selepas ini.
Sebagai rakyat biasa, saya mengalu-alukan kemasukan Tun jika ianya untuk mengukuhkan kedaulatan Islam, mempadukan bangsa Melayu serta melicinkan pentadbiran negara dari segala segi, dan bukannya untuk kepentingan peribadi dan menjahanamkan negara samada secara langsung atau tidak langsung. Persoalan ini hanya Allah SWT dan Tun sahaja yang tahu jawapannya.
Walaubagaimanapun, masyarakat kini mempunyai minda, keupayaan dan hak untuk membicarakan isu-isu ini kerana ia melibatkan masa depan mereka. Pro dan kontranya ada kebenaran kerana masing-masing dengan hujah tersendiri. Diharap apa-apa lontaran pendapat dan perbincangan akan menjadi renungan, pengajaran dan landasan kepada Tun dan UMNO demi kepentingan dan survival agama, bangsa dan negara.
Sekian. Wassalam.
Tuesday, March 31, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment