Saturday, March 21, 2009

Keputusan SPM 2008. Adakah terdapat hubungan antara kecemerlangan pelajar dengan pembelajaran sains & matematik di dalam bahasa inggeris ?

Assalam dan salam sejahtera.

Topik pembelajaran sains & metematik di dalam bahasa inggeris sudah hangat dibicara tetapi kemanakah halatujunya. Kerajaan tetap ingin meneruskannya dengan alasan demi masa depan 'survival' bangsa Melayu, rakyat dari golongan tertentu ( bangsa Melayu juga ) tidak bersetuju dengan alasan demi 'survival' bahasa melayu. Di ketika kedua-dua pihak ( dua-duanya berbangsa Melayu ) ini bertelagah, bangsa-bangsa lain melihat dengan berbagai reaksi - kegembiraan, ketakutan dan kebingingan.

Namun di sebalik apa jua perjuangan dan alasan yang dibawa oleh ke dua-dua pihak, adakah mereka sedar bahawa masa depan anak-anak Melayu yang sedang mereka pertaruh dan pergadaikan. Adakah tindakan yang diperjuangkan oleh kerajaan ini sebahagian dari kaedah 'try & error'nya dalam sistem pendidikan dan memberi keuntungan 'material' kepada pihak-pihak tertentu ataupun perjuangan pihak yang satu lagi cuma retorik politik semata-mata yang juga membawa keuntungan kepada pihak-pihak tertentu sahaja.

Diharap kerajaan dapat menjalankan satu 'post-motem' terhadap keputusan SPM 2008 baru-baru ini dan mengumumkan kepada masyarakat secara telus.

Namun begitu, adalah lebih afdal anak-anak Melayu kita menjadi bijak pandai yang fasih berbahasa inggeris, menguasai bahasa melayu dengan baik dan yang terpenting sekali mampu membaca al-Quran dengan menguasai hukum-hakamnya. Inilah perjuangan kita yang sebenarnya untuk memartabatkan anak bangsa......


Sekian.

Dari CitraMind

1 comment:

  1. Bahasa Inggeris penting untuk masa depan anak bangsa, Bahasa Melayu patut dipelihara demi masa depan kewujudan dan kelangsungan bangsa Melayu manakala pendidikan al-Quran dan Islam penting untuk dunia dan akhirat.

    Ketiga-tiganya penting.....maka pelajarilah dengan penuh ikhlas dan bertanggungjawab.

    Renung-renungkan dan fikir-fikirkan.

    ReplyDelete