Wednesday, July 8, 2009

Doa tak makbul.....Apa sebabnya?

Assalam wbt.

Tadi semasa menunggu masuk waktu asar di sebuah masjid di Kuala Lumpur tiba-tiba saya didatangi oleh seorang lelaki yang pada pandangan saya seorang 'ahli tabligh', dalam lingkungan umurnya lewat 40-an. Kami duduk berborak-borak daripada hal-hal ringan hinggalah menjadi agak berat....beliau bertanyakan, tahukah saya mengapa doa umat Islam kini dilihat seolah2 tak dilayan dan dimakbulkan oleh Allah SWT yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang itu. Saya kata ilmu saya tak banyak sangat, sikit2 aje....dan saya menyuruhnya berkongsi ilmunya dengan saya. Tidak disangka, insan yang agak 'selebeh' dan tak terurus ini rupa-rupanya mempunyai tahap ilmu agama yang agak tinggi .....bukan calang-calang untuk menyampaikan hujah-hujah dan pengisian agama secara agak sistematik dan lancar sebegitu ( seolah-olah beliau dah menghafalnya). Tanpa segan-silu pula, saya mengeluarkan buku catatan kecil dari poket dan terus menulis setiap 'point' yang diutarakannya. Menurutnya, ini semua adalah daripada sunnah-sunnah Nabi SAW, dan bukannya hasil rekaan atau buah fikirannya.

Secara ringkas, penghalang mustajabnya doa-doa kita adalah kerana :
1. Makan, minum dan pakaian daripada sumber yang haram.
2. Gopoh/tergesa-gesa ( minta dimustajabkan doa ) seterusnya meninggalkan berdoa.
3. Isi kandungan doa mengandungi permohonan dosa dan memutuskan siratulrahim.
4. Meninggalkan amar makruf dan nahi munkar.
5. Berdoa kepada Allah hanya ketika susah sahaja dan melupai-Nya ketika senang.
6. Suami yang mempunyai isteri yang buruk akhlak tetapi tidak diceraikannya.
7. Tidak mengadakan saksi ketika memberi hutang.
8. Memberi/menyerahkan harta kepada orang yang belum sempurna akalnya.
9. Berdoa dalam keadaan hati yang lalai lagi lupa kepada Allah SWT.

Selain daripada itu, menurut beliau lagi, umat Islam kini sudah lalai dan tidak menghormati adab-adab berdoa lalu menjuruskan juga kepada terhalangnya doa-doa kita. Beliau menyuruh saya mencari sendiri apa itu adab-adab berdoa......saya kata insya allah. Semoga dengan sedikit coretan ini memberi 'sinar harapan' buat kita yang doa dan impian kita masih belum dimakbulkan oleh Allah SWT. Wallahu'alam.

2 comments:

  1. Assalamualaikum Rizal.

    Memang benar seperti yang dikabarkan hamba Allah itu.

    Dewasa ini kita nampak betapa sebahagian besar jamaah akan bingkas bangun sebaik sahaja selesai memberi salam semasa bersolat berjamaah terutamanya Solat Jumaat.

    Tidak ada tuqmaninah, berhenti duduk sekejap berzikir, mengikut Imam dan mengaminkan do'a beramai ramai.

    Manusia semakin kalut dan kuat mencarut.

    Adab resam dan adat semakin hilang ditelan dedaun masa.

    Yang tinggal hanya nafsu nan rakus dan jiwa yang berdosa.

    Manakan dimakbulkan Allah akan do'a insan insan sebegitu?

    Lahir suci bersih mati seumpama syaitan dan hantu.

    ReplyDelete
  2. Assalam wbt.

    Wahai tuan Mahaguru58ku......terasa hiba dan sayu dengan bait-baitmu....mungkin ada yg terkena batang hidungku....Terima kasih banyak2. Wassalam.

    ReplyDelete