Sunday, July 5, 2009

Apabila Golongan Beragama Mula Bergaya.

Assalam wbt.

Selepas kuliah subuh tadi, saya sempat bersarapan bersama rakan2 sejemaah di sebuah restoran. Sambil menikmati sarapan yg ala kadar itu, seorang sahabat telah mencetuskan bicara yang dilihat agak keterlaluan dan memeranjatkan ( pada mulanya ) ttp beliau mempunyai 'point' dalam mencetuskan isu ini untuk dibicara dan difikirkan di pagi minggu ini.



Menurut beliau, berlakunya kepincangan masyarakat kini adalah disebabkan oleh golongan beragama samada ustaz, ulama' atau pegawai2 agama sudah mula hidup bergaya, bermewah dan bermegah2 dgn kehidupan dunia. Masalah kepincangan masyarakat menurutnya bermula dari bangku sekolah lagi, ramai murid2 terutamanya yang berbangsa melayu dan beragama Islam ini terlibat di dalam berbagai permasalahan hidup dan kemaksiatan. Anak2 dari sekolah rendah lagi sudah mula terjebak dalam gejala2 sosial samada di sekolah mahupun di luar. Menurutnya lagi dimanakah guru2 agama yg sepatutnya berperanan sebagai penunjuk jalan yg benar, pendorong membuat hasanah dan pendinding daripada melakukan kemaksiatan samada di dalam atau luar bilik darjah.........menurutnya lagi ramai daripada golongan ini yg semacam tidak ikhlas dalam mendidik murid2 di sekolah....yang penting habiskan silibus semata2....dan ramai pula yg terlibat dalam kerja2 luar / part-time yg menjanjikan pulangan lumayan. Tidakkah ini petanda mengejar dunia........



Menurut beliau lagi, sifat dan sikap begini turut menular di pusat2 pengajian tinggi kita. Kita mempunyai ramai pakar2 agama samada bergelar profesor madya dan profesor ttp mengapa masih ramai mahasiswa & mahasiswi kita tidak malu2 dan segan2 melakukan maksiat dan kedurjanaan.........dengan gaji mencecah RM6k - RM10K seorang, adakah golongan cendiakawan Islam kita ini hanya pandai dan mampu berkuliah, berseminar, berwawancara serta berceloteh semata2 untuk mengisi jadual2 perkuliahan dan memenuhi jemputan2 semata2? Adakah dengan kemewahan yg disajikan menjadikan mereka tertutup mata dan hati dalam mengutamakan yang patut diutamakan dan melepas-pandang perkara2 pokok.



Selain itu, ditambah oleh seorang rakan lain bahawa tokoh2 agama yang menjawat jawatan di dalam pentadbiran kerajaan juga dilihat tidak terlepas daripada hasutan dan tipu daya ini. Menurutnya, apabila penasihat2 ini terutama yg berpendidikan dan berpengetahuan agama tidak menyedarkan dan menasihati pemerintah atau gagal dalam menjalankan tanggungjawabnya malahan beliau turut sama2 terjerumus di dalam mengejar kemewahan dan kekayaan dunia maka Allah SWT akan tidak teragak2 menghukum kaum2 ini......sejarah kejatuhan empayar2 Islam samada Bani Abbasiah, Bani Ummaiyah serta kerajaan Othmaniah sepatutnya menjadi pengikhtibaran dan pengajaran penting buat kita. Di ketika itu, umat Islam berada di ambang kecemerlangan dan kemewahan. Pemerintah dan rakyat termasuklah pembesar2 agama telah terlalai dgn kekayaan harta benda....maka Allah SWT memberi hukuman yg sewajarnya kepada mereka dan menjadikan ia pedoman buat umat2 masa hadapan iaitu kita.



Adakah salah untuk golongan beragama ini bermewah dan bergaya jika rezeki datang melimpah-ruah? Bukankah Islam mengajar umatnya agar beribadat seumpama kita akan mati esoknya dan bekerjalah seolah2 kita akan hidup selama2nya. Akhirnya kami semua bersependapat bahawa hujah rakan kami ini ada juga kebenarannya......walaupun Allah SWT menuntut agar umatnya bekerja-keras dan menguasai ekonomi ( kaya dan mewah ) ttp Islam juga ada menekankan mengenai cara kehidupan yg dituntut dan diredhoi-Nya iaitu bersederhana dan jika mampu hidup secara 'zuhud'. Zuhud? Apa dan bagaimana cara hidup 'zuhud' ini? Tajuk ini akan kami ajukan untuk dibicarakan pada kuliah subuh minggu hadapan. Insya-Allah. Wallahu'alam.

2 comments:

  1. Assalamualaikum Rizal.

    Syabas kerna berjaya menulis dengan berani dan tanpa berselindung akan bencana mengejar kemewahan dunia ini.

    Sekiranya ada lagi blogger macam Rizal, Insya Allah, masyarakat kita mungkin sedar akan kedudukan perkara.

    Teruskan menulis demi kebenaran.

    Saya doakan saudara Rizal berjaya dan terus berjaya!

    Amin!

    ReplyDelete
  2. Assalam wbt Tuan Mahaguru58.
    T.kasih kerana tuan sudi melayari coretan ini dan mendoakan kejayaan kpd. saya. Sebagai insan kerdil inilah sumbangan saya kpd masyarakat dan menerusi sumbangan2 kita inilah diharap moga2 masyarakat terutama diri kita ini sedikit sebanyak tersedar dari lamunan masing2. Insya-Allah.

    ReplyDelete