Monday, July 13, 2009

Siapa Penghuni Bumi Sebelum Manusia

Assalam wbt.

Tajuk dan persoalan ini diambil dari buku tulisan Muhammad Isa Dawud, buku yang saya beli pada tahun pertama saya bekerja ( sekitar 1997 ) tetapi tak sempat lagi dibaca. Sabtu lepas, hasil dari membersih stor rumah maka terjumpalah buku ini......Alhamdulillah dapat juga difahami apa disebalik pemikiran dan hujah saudara Muhammad Isa Dawud ini.

Menurut beliau, usia bumi ini, menurut kebanyakan pendapat berusia lebih dari seribu juta tahun tetapi ini bukanlah bermakna kehidupan manusia bermula pada masa itu juga. Ia hanyalah berupa 'bahagian' terbesar dari rangkaian kehidupan masa lalu, yang hidup dan menguasai bumi. Kehidupan ini ( kita ) muncul setelah kebinasaan makhluk yang mendahului kita. Makhluk itu berupa makhluk-makhluk asing yang tidak kita ketahui samada serupa dengan kita ataupun tidak. Menurut pakar-pakar, makhluk ini telah dibinasakan oleh pancaran atom yang berlaku serentak. Beliau mengukuhkan pendapatnya dengan memaparkan pendapat ilmiah dan penemuan-penemuan artifak, kubur dll penemuan yang menjuruskan bahawa kehidupan masa lalu telah memenuhi bumi ini sebagai suatu komuniti ( masyarakat ). Selain itu juga beliau menggunakan hujah-hujah dari kitab Al-Quran sebagai rujukan.

Dengan meninggalkan para pembaca menghayati hujah-hujahnya, beliau terus menekankan persoalan apakah ada manusia yang mendahului kita? Dan apakah mereka ini jika ada, mempunyai tingkat ilmu yang sebanding atau melebihi tingkat ilmu kita saat ini? Dan beliau membiarkan para pembaca memikirkannya.......

Maka sayapun memikirkannya......Betul atau tidak itu persoalan lain tetapi segala-galanya mungkin kerana Allah SWT itu Maha Berkuasa atas sesuatu.

Wallahu'alam.

1 comment:

  1. Salam saudaraku Rizal.

    Selain daripada buku bertajuk ini, saudara Muhammad Isa Dawud juga telah menulis 2 buah buku yang dikira top-10 bestsellers juga iaitu Dialog Dengan Jin Islam dan Dajjal Akan Muncul Dari Kerajaan Jin Di Segitiga Bermuda. Kedua-dua buku ini juga sangat menarik. Saudara sudah mengikutinya ke? Jika belum, cepat-cepatlah memperolehinya sementara mood saudara masih ada.

    Selamat Membaca.

    SukaSuka

    ReplyDelete