Wednesday, April 1, 2009

Teksi Oh Teksi

Assalam & Salam Sejahtera.

Tiba-tiba isu industri teksi meletup-letup terutama di bandaraya Kuala Lumpur dan Pulau Pinang. Apa sudah jadi ! Rekod JPJ ( KL ) mendapati 15 daripada 627 pemilik teksi sahaja ( iaitu 2.4% ) yang bersih daripada sebarang masalah manakala selebihnya iaitu 97.6% bermasalah. Dari segi angka ini amat menakutkan. Dimana pihak berkuasa yang sepatutnya memantau dan mendidik pengusaha-pengusaha teksi ini atau memang pengusaha teksi ini sudah tidak makan saman dan sukar dibendung perbuatan mereka. Setiap masalah mesti ada jalan penyelesaiannya. Gunakan minda yang Tuhan anugerahkan kepada kita dengan sebaik-baiknya.

Manakala, pengusaha2 teksi di Pulau Pinang ada membuat rungutan2 mengenai 'kereta sapu' atau teksi haram yang berleluasa di sana.....tetapi dimana dan apakah tindakan oleh pihak berkuasa dalam membendung gejala ini. Bulan lepas, semasa di Pulau Pinang seorang pemandu teksi mengadukan kepada saya bahawa memang mereka sukar mencari rezeki dengan kehadiran teksi-teksi sapu dan haram ini.......dengan sebab itulah harga yang dikenakan oleh 'teksi halal' ini agak menekankan pengguna. Kedua-dua masalah ini haruslah diselesaikan dengan bijaksana oleh pihak berkuasa agar setiap rakyat tidak teranaiya dengan kerakusan dan ketamakan pihak-pihak tertentu.


Sekian.

No comments:

Post a Comment