Thursday, April 9, 2009

BN 1 PR 2

Assalam wbt & salam sejahtera

Percaturan 3 pilihanraya kecil sudah selesai......rakyat sudah menunaikan tanggungjawab mereka......maka sudah tiba masanya pilihan mereka pula mengotakan apa yang dijanjikan.

Kegagalan BN untuk memenangi semula 2 kawasan bukit itu memberi tamparan hebat kepada barisan kepimpinan Dato'Najib. Adakah rakyat sudah benar-benar muak dengan politik dan corak pemerintahan BN ! Atau rakyat tidak sempat di'brain-wash'kan agar kembali kepada BN disebabkan tempoh pilihanraya yang terlalu dekat dengan tarikh pemilihan UMNO! Atau memang benar rakyat ditakut-takutkan dan diugut ( terutama pengundi2 atas pagar ) agar jangan keluar mengundi atau jangan undi BN! Banyak persoalan dan memang benarlah BN perlu melakukan 'post-mortem' yang dikendali oleh badan bebas agar laporan yang dibentangkan adil dan telus. Wahai Dato' Najib, perjuangan anda baru bermula.....teruskanlah ia demi kepentingan semua.

Kejayaan PR mempertahankan kedua-dua kerusi ini pula bukanlah secara mudah dan mencerminkan kedudukan selesa mereka.....mereka juga telah bertungkus lumus untuk mencapainya terutamanya oleh penyokong Pas ( yang memang diketahui umum sanggup berjuang mati-matian demi parti dan pemimpin ). Nampaknya PR berjaya 'menggunakan' Pas di dalam hal ini......upahnya , diletakkan calon pas di Perak. ( Tetapi itu adalah percaturan dalaman PR yang direstui oleh pemimpin parti-parti komponennya - tidak perlu diheboh2kan. Ada akal dan minda, sendiri fikirlah ). Kejayaan PR secara tidak langsung juga mencerminkan sokongan rakyat masih tetap kepada mereka terutama kepada Dato' Anwar Ibrahim. Sokongan ini menunjukkan rakyat masih setia menunggu tarikh keramat yang dijanjikan oleh saudara Anwar untuk menggulingkan kerajaan BN dan membentuk kerajaan PR. Tetapi kesetiaan dan kesabaran rakyat juga ada hadnya..... jangan tunggu lama-lama nanti diambil orang!

Kepada Dato' Najib dan Dato' Anwar, berjuanglah demi agama,bangsa dan negara kerana 'package 3 in 1 ' ini sahajalah yang boleh membawa kejayaan anda di dunia dan akhirat. Rakyat tidak tahu apa nawaitu sebenar anda berdua tetapi Allah mengetahui segalanya , terimalah balasan dan akibatnya ( jika tidak di dunia maka di akhirat nanti pasti! ) jika nawaitu dan tindakan anda berdua terpesong dari 'package' ini.

Kemakmuran dan kesejahteraan Malaysia terletak di tangan anda berdua.


Sekian.

No comments:

Post a Comment