Assalam wbt & salam sejahtera.
Kitab Al-Quran diturunkan oleh Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW. Baginda SAW pula adalah rasul terakhir dan rasul untuk semua umat manusia. Dalam erti kata lain, Al-Quran yang diturunkan kepada Rasulullah SAW itu adalah untuk semua umat di dunia ini!
Orang kafir atau orang bukan Islam ( istilah yang lembut sikit ) adalah umat manusia ( tidak kira apa bangsa ) yang tidak mempercayai dan mengamalkan ajaran Islam - iaitu merangkumi hal-hal rukun Iman, Islam dan Ehsan serta meliputi ruang-lingkup ketauhidan, syariah, muamalat, munakahat, jenayah dll aspek yang berpaksikan kepada ajaran Islam. Dalam erti kata mudah orang kafir ini adalah golongan yang tidak mempercayai Allah SWT dalam konteks sebenar ( Takrifan hukum ).
Secara asasnya tidak salah orang kafir membaca Al-Quran.....kerana ia adalah kitab untuk semua umat manusia seperti juga orang kafir mempelajari ilmu-ilmu Islam yang lain seperti Feqah dan Usuluddin, ini tidak salah.
Yang salahnya........nawaitu sipembaca itu.
Kejadian seorang pemimpin tertinggi DAP Perak membaca sepotong ayat Al-Quran tempoh hari dan disertai dengan sorak riang dan tepukan gemuruh pemimpin dan penyokong Pas telah mencetuskan berbagai reaksi masyarakat.
Kepada pemimpin Pas ini dibolehkan, kepada pemimpin UMNO mana boleh , kepada pemimpin PR buatlah apa-apa yang boleh dan kepada pemimpin DAP Malaysia boleh! Nampaknya para pemimpin tidak rasional di dalam mencetus dan melontarkan jawapan kepada satu-satu isu semuanya ada udang di sebalik batu. Rakyat pula makin celaru dan diharu-birukan.
Di mana golongan ulama' kita! Janganlah mendiamkan diri. Tampillah memberikan penyelesaian kapada isu ini berasaskan ilmu dan kebenaran.
Pada pendapat saya, sepertimana hukumnya bacaan Al-Quran kepada umat Islam itulah juga hukumnya pembacaan Al-Quran itu terhadap golongan bukan Islam. Untuk apa umat Islam dituntut membaca Al-Quran! Umat Islam dituntut membaca Al-Quran untuk meningkatkan keimanan, mendekatkan diri kepada Yang Esa, membentengkan diri dari tipu daya iblis & syaitan, sumber ilmu dan kehidupan dll peranan positif.
Tetapi adakah pemimpin DAP tempoh hari membaca Al-Quran untuk sebab-sebab di atas! Atau ia hanya retorik politik untuk memancing undi! dan ini dihalalkan pula oleh sekutunya yang ' kononnya' memperjuangkan kesucian Islam! Jangan kita halalkan dan banggakan dalam hal-hal yang boleh menjerumuskan kita ke lembah kehinaan.
Sebenarnya, modus operandi pemimpin DAP ini tidak lari dari langkah awal yang dilaksanakan oleh golongan-golongan orientalis untuk merosakkan Islam dan umatnya. Golongan orientalis ini mempelajari Islam dan membaca Al-Quran bukan untuk mencari kebenaran sejati tetapi untuk memcari di mana kekuatan dan kelemahan umat Islam agar mudah untuk ditakluki. PAS hati-hatilah dengan mainan politikmu.....janganlah sebab nakkan kuasa agama tergadai...... DAP hati-hatilah dengan gimik-gimikmu....janganlah ingatkan ada segelintir saudara kami yang kamu boleh 'perkudakan' , kamu bebas dan berani melampaui batas. PR pula dimanakah perananmu.......dan akhir sekali, UMNO jadikanlah ini panduan dan pengajaran buat perjuanganmu.
Agama Islam diturunkan kepada semua umat manusia.
Sekian.
Thursday, April 9, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment