Assalam wbt & salam sejahtera.
Seperti yang dijangka FAM masih gagal membuat keputusan siapakah yang bakal menduduki kerusi panas Ketua Jurulatih skuad senior pasukan bolasepak kita. FAM meminta diberi tempoh 2 minggu lagi. Jawatan yang paling penting ini seolah-olah tidak penting bagi FAM. Atau jawatankuasa yg menerajui FAM ini sebenarnya memang tidak tahu siapa yg boleh membawa perubahan kepada bolasepak kita - ' no idea' ! Atau mereka terpaksa menunggu dan mendapat restu pihak2 tertentu di dalam memutuskan peneraju itu. Sedih! Sedih! Sedih! Merana dan bernasib malanglah bakal penjawat jawatan ini jika sikap dan sifat pihak atasan FAM masih ditakuk lama.
Sementara itu, melihat kepada corak hukuman yg dijatuhkan oleh pihak FAM kepada 'pesalah-pesalah mereka' ( walaupun ada pesalah yang tak bersalah ), mendapati FAM adalah satu badan yg tak boleh ditegur....hanya pujian sahaja yg dibolehkan. Oleh itu ramailah pesalah-pesalahnya yg dicopkan 'tersalah tegur' ( terdiri daripada bekas-bekas pemain bolasepak negara ) telah dihukum dan digantungkan lesen mereka. Hal ini menyebabkan bolasepak kita sendiri yg rugi - golongan2 ini ( yg berpengalaman dalam dunia bolasepak ) telah dihalang daripada mencurahkan bakat,pengalaman dan ilmu bolasepak mereka. Habis! macamana bolasepak kita hendak maju dan berdaya saing. Aduhai para pemimpin FAM, jika kamu nakkan kerusi empuk dan bilik berhawa dingin di wisma FAM itu sekalipun janganlah mengganggu dan menabur pasir rakan-rakan yg berkeringat di atas padang. Golongan2 ini hanya mahu bolasepak kita maju dan berkembang bukannya mahukan kerusi anda itu.
Sekian. Semoga bolasepak kita kembali ke landasan asalnya dan mencapai era kegemilangan lampau. Wassalam.
Tuesday, April 14, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment