Friday, April 24, 2009

Anak Ikut Agama Asal Ibubapa - Siapa Untung!

Assalam wbt & salam sejahtera.

Nampaknya pak menteri kita , Datuk Seri Nazri Aziz cuba me'manas'kan suasana hening kita. Dalam ribut tak ada, angin tak ada, tiba-tiba isu sensitif ini pula yg ditimbulkannya. Jemaah menteri dan kabinet2 BN ni tidak mengambil-kirakah pandangan ulama2, hakim2 syarie serta mufti2 sebelum dengan megah dan bongkak mengumumkan arahan ini.

Datuk Seri memang diakui seorang yang pandai dan berkaliber tetapi ilmu dan kebolehan anda terbatas, berilah kepada golongan yang ahli di dalam bidang masing-masing membuat pertimbangan. Hukum dan peraturan Allah SWT itu sudah nyata dan jelas, mengapa kita masih berdegil tidak mahu mengguna-pakaikan ia.......mengapa kita masih ingin lagi melawan-Nya.

Adakah Datuk fikir, dasar ini akan memberi keadilan kepada semua pihak......keadilan dalam erti-kata yg sebenar! ( Adil kepada anak, adil kepada ibu, adil kepada bapa dan adil kepada hak2 beragama ). Tahukah Datuk dan pak menteri2 lain bahawa hanya Islam sahaja yg mempunyai peruntukan mencegah, melarang dan mengharamkan penganut2nya menganut agama lain setelah mereka menganuti Islam........dimanakah adilnya kita kepada agama Islam jika peruntukan dan arahan ini dilaksanakan. Sepatutnya peruntukan utama ( hukuman keluar Islam ) inilah yang patut diperjuangkan dan dilaksanakan bukannya hukuman2 serpihan dan cerbisan seperti ini.

Kepada ulama2, mufti2 dan pak menteri yg mendokong tanggungjawab agama Islam dan menteri2 yg merasakan mereka seorang Islam, diharap janganlah dok menganggung2 sahaja atau berdiam diri.....lakukan jihad dan tegakkanlah kebenaran agar negara kita tidak akan ditimpa musibah gara-gara kedangkalan ini.

Wassalam.

2 comments:

  1. Betullah kata Mufti Perak, Dato' Harussani kerajaan sepatutnya mendapat pandangan majlis mufti dahulu sebelum menggezetkan apa2 perkara bersangkutan Islam. Apa gunanya majlis mufti ini...takkan nak posa atau raya baru dicari.

    RakanSA

    ReplyDelete
  2. Kaum kafir tidak akan redho dengan kita(umat Islam) selagi kita tidak mengikuti cara hidup mereka - fikir2kan dan renung2kan.

    SukaSuka

    ReplyDelete