Assalam wbt & salam sejahtera
Malaysia perlu menerbitkan 27,000 judul buku umum setahun untuk menjadi negara maju berilmu. ( Dengan kiraan nisbah 1,000 judul buku untuk satu juta penduduk ). Hakikatnya, kini hanya 10,000 judul buku setahun sahaja yang mampu kita terbitkan.
Isu ini adalah isu serampang dua mata kerana selain ia membicarakan tentang pembangunan negara maju berilmu ia turut melibatkan serta ada hubung-kait dengan isu ' pembelajaran sains dan matematik di dalam bahasa Inggeris ' yang baru-baru ini panas diperdebatkan. Umum mengetahui, majoriti buku-buku ilmiah adalah diimport dan berbahasa Inggeris . Maka masyarakat terutama golongan pelajar memang perlu menguasai bahasa Inggeris terlebih dahulu untuk menguasai majoriti ilmu-ilmu ini. Tetapi , jika kita mahukan bahasa Melayu dijadikan bahasa teras pendidikan di Malaysia maka golongan-golongan cendiakawan tempatan termasuk kira-kira 350,000 golongan pendidik dan lebih 40,000 pensyarah dan profesor perlulah menyahut cabaran ini dan memainkan peranan penting.
Dijangkakan ia melibatkan peruntukan kira-kira RM300 juta! Hal ini biarlah barisan Kabinet dan ahli-ahli Parlimen yang menguruskannya.
Golongan terlibat dan bertanggungjawab janganlah hanya pandai bercakap dan bermain polimik politik dan perkauman tetapi bertindaklah dengan rasional, matang dan berpijak di bumi yang nyata.
Sekian. Wassalam.
Monday, April 6, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment