Assalam wbt & salam sejahtera.
Di ketika majoriti pemimpin2 negara Islam lain seolah2 redho dengan tindakan regim zionis terhadap Palestin dan perbuatan2 munkar barat terhadap agama Islam, Presiden Iran, Ahmadinejad dengan tegas, jelas dan terbuka mengutuk perbuatan2 tersebut di pentas PBB. Walaupun beliau tahu akan natijah yang akan dihadapinya tetapi atas prinsip memperjuangkan keadilan dan maruah Islam, beliau memberanikan diri menggegarkan 'sarang tebuan' ini apabila dengan lantang mengutuk kekejaman rejim zionis itu.
Seakan-akan tahu mereka akan 'panas telinga' pada persidangan ini, maka Presiden AS yang baru, Barack Obama ( yg konon2nya boleh mempertahan sikit umat Islam - jauh panggang dari api ) awal2 lagi menarik diri dengan alasan yg tidak munasabah. Ini diikuti juga oleh negara-negara sekutu AS dan zionis seperti Belanda, Jerman, Australia, Kanada, Itali, Poland, New Zealand dan Israel. Sementara Britian mengambil langkah berjaga2. Pemboikotan negara2 ini memang sudah didugai dan dirancang kerana sejak awal lagi puak2 Yahudi sudah melobi agar memboikot persidangan antara kaum ini walaupun dianjurkan oleh PBB. ( Begitu kuat dan berpengaruhnya kuasa Yahudi ini ).
Sekali lagi tahniah buat Ahmadinejad. Keberanian anda tidak ada tolok bandingnya dan sepatutnya menjadi inspirasi kepada pemimpin2 negara Islam lain terutama pemimpin2 Islam kita di Malaysia. Tindakan beliau ini mengingatkan saya kepada Tun Mahathir dahulu yang boleh dikategorikan sebagai pemimpin Islam yang kurang popular, dibenci dan ditakuti oleh barat hanya kerana keberanian dan kelantangannya mengutuk tindakan regim zionis. Jika dulu Malaysia mampu melahirkan keberanian dan kelantangannya melalui Tun, tidak bolehkah sekarang! Kita jangan asyik memikirkan isu-isu dalaman ( yg memang tidak akan selesai disebabkan golongan PR akan sentiasa memanaskannya ), tetapi isu-isu luar yang menganggu-gugat ketenteram umat Islam dan dunia amnya wajib juga menjadi antara usaha jihad kita. Buat ahli-ahli politik dan pemimpin kita ( tidak kira dari BN atau PR ), berfikirlah dengan penuh kematangan dan keimanan - perjuangan kita ( jihad ini ) bukannya hanya untuk menunjuk hebat di kalangan kita sahaja malahan tenaga, buah fikiran dan pengalaman kita sebenarnya amat berharga untuk seluruh umat Islam di dunia ini. Janganlah kita membazirkannya untuk bertelagah sesama sendiri untuk menunjukkan siapa yang kuat dan pandai sedangkan pihak2 musuh memerhati dari jauh dengan senyuman dan gelak ketawa.
Adakah pemimpin2 kita ( buat BN - Dato' Najib manakala buat PR - Dato' Anwar ) mempunyai keberanian seperti Presiden Iran ini, dan apabila perlu berani kehadapan dan bercakap sebagai wakil umat Islam sedunia. Buat penyokong2 dan rakyat, adakah pemimpin yg kita pilih ini mampu melakukannya apabila keadaan menghajatkannya. Wallahu a'lam.
Sekian. Wassalam.
Tuesday, April 21, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Memang Ahmadinejad seorang pemimpin berjiwa besar ditambah pula apabila membaca al-Quran, beliau memahami maksud dan pengertiannya. Pemimpin kita faham tak apa isi dalam al-Quran itu. Kesimpulan : Gunakan kitab Allah SWT ini dengan sebaik-baiknya.
ReplyDeleteSalam
ReplyDeleteSekali lagi Ahmadenejad hentam Israel di PBB, betullah hamba Allah ni tidak takut sapa-sapa kecuali Allah .
Sukasuka