Monday, April 13, 2009

Bangkok Darurat

Assalam wbt & salam sejahtera.

Melihat apa yang berlaku di Pattaya baru-baru ini mengingatkan saya kembali kepada peristiwa 'reformasi' rakyat Malaysia pada 1998 . Walaupun 'reformasi' kita tidaklah sehebat dan seganas di negara jiran itu setidak-tidaknya suasana kelam kabut dan huru haranya adalah sama.

Perlakuan penunjuk-penunjuk perasaan anti-kerajaan di Thailand ini yang semata-mata mahu memalukan pemerintah sekarang terutama PMnya bukan sahaja membawa masalah ketidakstabilan berterusan kepada negara mereka tetapi secara tidak langsung juga telah menggagalkan usaha dan rundingan Sidang Kemuncak Asean ke-14 dan rundingan-rundingan lain yang secara khususnya untuk membantu negara-negara Asean melepaskan diri daripada kemelut ekonomi dan krisis kewangan global.

Tindakan ini bukan sahaja telah merugikan diri mereka sendiri malahan telah menjerumuskan jiran-jiran Asean mereka bersama. Kini Thailand bukan sehaja dilanda masalah ketidakstabilan ekonomi dan matawang malahan ketidak-tenteraman awam juga kian memuncak sehingga kota Bangkok dan beberapa wilayah berdekatan telah diletakkan di bawah perintah darurat.

Puak-puak penunjuk perasaan melabelkan diri mereka sebagai wira negara kerana mereka merasakan perjuangan menggulingkan kerajaan sekarang adalah langkah terbaik buat Thailand. Tetapi adalah golongan ini faham dan sedar akan implikasi jangka panjang dan pendek tindakan mereka ini. Adakah ini satu-satunya cara untuk mengajar, melepaskan idea dan perasaan kepada kerajaan ! Adakah cara ini boleh memuaskan hati dan perasaan banyak pihak! Adalah perjuangan mereka ini benar dan direstui oleh majoriti rakyat Thailand ! Adakah mereka ini benar-benar pejuang dan penyokong Thaksin yang berjuang untuk kelangsungan kerjaya politik Thaksin dan 'survival' kehidupannya ataupun puak-puak ini adalah bekas penyokong2 Thaksin dan orang2 awam lain yang diupah dan ditaja oleh pihak luar untuk memporak-perandakan Thailand dan seterusnya terpaksa memerlukan bantuan dan pertolongan pihak luar terutama daripada AS untuk menyelamatkan negara 'tanah bebas' ini. Ataupun memang mereka adalah pejuang2 anti-kerajaan yang benar-benar mahukan kerajaan yang bersih dan amanah!

Biarpun menggelarkan diri mereka 'wira' tetapi sebenarnya mereka tetap akan digelar 'pembelot' kepada jiran-jiran mereka kerana sikap mementingkan diri sendiri itu telah merugikan jiran-jiran sekitar. Tindakan2 mereka secara langsung dan tidak langsung telah mengganggu-gugat kestabilan keamanan serantau ini dan telah menggagalkan rundingan pemulihan ekonomi serantau. Thailand dan negara-negara serantau ini sama-sama merasa kerugiannya........dan peluang untuk kuasa-kuasa barat mencampuri urusan pentadbiran rantau ini kian dibuka dan tembok pemisah yang telah lama dipelihara kian goyah.

Buat rakyat Malaysia, jadikan peristiwa di Thailand ini sebagai satu pengajaran. Kita diberi akal ( minda ) untuk membezakan mana baik dan mana buruk. Gunakanlah ia dengan sebaik-baiknya.

Sekian.

Wassalam.

No comments:

Post a Comment