Assalam wbt & salam sejahtera.
Saya tertarik dengan idea yang dicetuskan oleh Menteri baru kita iaitu Mej Jen(B) Datuk Jamil Khir Baharom untuk menggunakan pendekatan solat dalam membina modal insan. Sebenarnya, idea dan cadangan ini bukanlah baru tetapi bila Menteri kita mengutarakannya maka ia telah menjadi agak 'famous' dan impaknya agak meluas.
Solat itu adalah tiang agama. Sememangnya ia menjadi tunjang kepada keperibadian manusia. Solat yang dilakukan dengan sempurna akan mencegah manusia daripada melakukan kesalahan samada dunia dan akhirat - ini memang telah dijanjikan oleh Allah. Kita tidak perlu lagi membuktikannya.
Buat Pak Menteri ini, perjuangan untuk memertabatkan dan memperkasakan solat adalah agenda utama sekarang. Umat Islam di Malaysia bukannya tidak menunaikan solat tetapi kemungkinan solat kita kurang sempurna, jadi agenda untuk memperkasakan solat adalah dialu-alukan. Selain daripada ini, ramai juga umat Islam di Malaysia yang tidak menunaikan solat. Puak-puak ini bukannya terdiri daripada golongan kelas ke-3 sahaja malahan golongan kelas atasan dan profesional juga ramai. Maka pendekatan yang lebih berhemah serta intelek diperlukan. Nampaknya, tanggungjawab bekas Mejar General kita ini memang amat berat. Bukan senang untuk berdakwah tetapi itulah tanggungjawab kita sebagai seorang muslim - mendekati saudara-saudara kita yang memerlukannya ( input rohani ).
Perkara pertama yang diperlukan untuk memulakan langkah ini adalah menyediakan satu kertas kerja, kajian atau penulisan ilmiah mengenai solat - yang merangkumi segala aspek. Persoalan hukum, adat dan kajian saintifik mengenainya. Malaysia mempunyai ramai ahli-ahli agama yang berkebolehan dan mampu merealisasikan penulisan ini yang boleh dijadikan rujukan dan pembelajaran buat umat Islam semua.
Tahniah buat Datuk Jamil sekali lagi, tetapi pastikan niat dan perancangan ini akan dijayakan demi agama,bangsa dan negara.
Sekian.
Wassalam.
Monday, April 13, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment