Assalam swt & salam sejahtera.
Tahniah buat Dato' Najib, kerajaan BN dan Malaysia kerana akhirnya teka-teki barisan jemaah menterinya telah terjawab.
Sekilas pandang Dato' Najib telah membuat pembersihan dan tapisan awal iaitu dengan menolak calon-calon yang dikaitkan dengan gejala rasuah.........kedudukan dalam parti tidak penting bagi beliau, tetapi tahap 'kesucian dan kebersihan' dari unsur-unsur rasuah dan salah-guna kuasa itulah kriteria utama. Maka muncullah menteri-menteri dan timbalan-timbalan yang mereka sendiripun tidak impikan jawatan ini.....tetapi dengan penuh rasa tanggungjawab dan terharu menyahut cabaran ini. Tahniah buat mereka......tetapi jangan lupa anda sedang dipantau selama 6 bulan!
Kabinet Dato' Najib yang menggabungkan muka lama dan baru mencerminkan budaya pewarisan kecemerlangan kerja . Adunan pengalaman dan tenaga muda sudah semestinya memberi banyak kelebihan kepada negara. Perkongsian tanggungjawab dan tugasan kabinet yang berbagai bangsa dan agama menandakan permuafakatan, perpaduan dan keakraban boleh dicapai merentasi perbezaan agama dan bangsa.
Dengan barisan kabinet terbaik ini, diharap rakyat terutama di kalangan kakitangan kerajaan, seharusnya mengambil peluang dan memberikan sokongan dengan tidak berbelah -bagi.......sementara itu di pihak pembangkang pula mainkanlah peranan anda dengan lebih profesional demi pembangunan negara, janganlah asyik membangkang aje membabi buta.
Pilihanraya sudah tamat......wakil-wakil rakyat tidak kira di pihak kerajaan atau pembangkang, berjawatan menteri atau tidak sepatutnya sudah melupai pertelingkahan semasa berkempen.......sepatutnya kenalah berkerjasama membantu memakmurkan Malaysia dan meningkatkan ekonomi kita. SPRM sudah tetapkan tempoh berkempen untuk pilihanraya dan ianya sudahpun tamat....tetapi mengapa masih ada lagi kutuk-mengutuk dan kempen mengempen lagi...takkan nak berkempen sampai 4 tahun!!!! Itu kerja orang gila!!! Ya! Gila kuasa! Tahukah anda bahawa elaun anda dibayar oleh rakyat yang bermati-matian berkerja siang dan malam. Elaun anda bukan dibayar untuk anda hadirkan diri di Parlimen dan dewan rakyat semata-mata........Adilkah jika anda hanya memaki-hamun dan bergaduh macam 'anjing dan kucing' di parlimen ( yang berhawa dingin ) sedangkan kami bermandikan darah dan peluh membanting tulang untuk membayar elaun-elaun anda itu. Anda fikirkanlah sendiri.
Wahai YB-YB, tolonglah lebih bertanggungjawab. Rakyat tahu apa yang anda lakukan dan tidak lakukan. Dengan itu tunaikanlah tanggungjawab sebenar anda. Tanya minda anda....kerana kebenaran itu tertanam di dalamnya.....dan jangan tanya nafsu anda kerana kesesatan itu bersamanya.
Sekian. Wassalam
Friday, April 10, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment