Assalam wbt & salam sejahtera
Baru-baru ini kita digemparkan dengan berita kemunculan UFO di ruang angkasa Johor. Ada saksi-saksi yang melihatnya dan ada photo untuk dijadikan bukti atau sekurang-kurangnya kenangan. Apa itu sebenarnya UFO! Adakah ia benar-benar wujud! Adakah kecanggihan sains dan teknologi sekarang telah membuktikannya ataupun ia hanyalah mitos untuk menjadi propaganda pihak-pihak tertentu! Dan bagaimana pula dengan pandangan Islam mengenai UFO ini!
'UFO' adalah satu istilah yang sudah sinonim dengan kapal angkasa makhluk asing. Tetapi secara ilmiahnya ia bermaksud apa-apa sahaja fenomena di angkasa yang penyebabnya tidak boleh dijelaskan secara mudah dan cepat. Kejadian pertamanya telah direkodkan sejak perang dunia pertama lagi sehinggalah sekarang dan fenomena ini berlaku di serata dunia. Rekod dari kejadian-kejadian ini mendapati hanya 5-20% sahaja adalah memang 'satu fenomena yang tidak dapat dikenal-pasti' manakala majoritinya adalah objek2 biasa seperti kapal terbang, belon dan objek2 angkasawan.
Beberapa kejadian dan bukti2 kewujudannya telah dikemukan kepada pihak saintis dan pengkaji UFO serata dunia tetapi sehingga sekarang tidak ada satu pihakpun yang berani ataupun dengan tegas dan yakin menyatakan kebenaran kewujudannya ataupun kepalsuan kewujudannya. Maka fenomena UFO ini sehingga sekarang masih sebagai satu misteri.
Pengkaji2 telah merumuskan bahawa fenomena UFO ini bolehlah dikategorikan kepada beberapa hipotesis :
1. Kapal angkasa makluk asing yang dihantar ke bumi. ( Teori paling popular di kalangan
Ufologist )
2. Objek2 yang bergerak melintasi dimensi dan galaksi.
3. Kejadian paranormal.
4. Pengaruh budaya dan psikologi
5. Fenomena2 alam yang natural seperti bebola api.
6. Halusinasi hasil dari pergerakan kerak bumi.
7. Kajian2 'top secret' pihak tentera.
Pengkaji-pengkaji UFO ( Ufologist ) telah menggunakan teknologi2 tercanggih untuk membuktikan kewujudan UFO, dan menyatakan bahawa memang wujud makhluk lain selain daripada kita di galaksi ini dan di satu pihak lain pula menafikan kewujudannya - menyatakan ia hanyalah kejadian2 karut-marut. Pengkajian dan penulisan daripada kedua-dua pandangan ini mudah diperolehi samada melalui internet, buku ataupun di kaca tv. Jadi untuk mendapat maklumat dan ilmu dari pengkajian dan hujah2 mereka tidak mempunyai masalah. Sementara itu, bagaimana pula pandangan Islam di dalam membicarakan kewujudan makhluk lain selain daripada manusia di cakerawala ini! Satu makhluk yang dilihat mempunyai tahap intelektual yang melebihi manusia. Saya akan cuba mengumpulkan beberapa kajian, penulisan dan pandangan ulama-ulama, tokoh-tokoh Islam dalam membicarakan isu ini. Kemudian, insyallah akan saya muat-turunkan di dalam siri ke-2 tajuk ini. Kepada pembaca2 dan rakan2, silalah sama-sama membantu menambah info2 yang berguna untuk tatapan dan pengajaran bersama.
Sekian. Wassalam.
Thursday, April 16, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
UFO memang wujud dia pun sejenis keturunan jin yang boleh dipandang oleh mata kasar kalau lah ianya wujud di satu tempat sahaja seperti USA kebanyakannya rekaan atau kepunyaan tentera tersebut mereka membuat kajian tentang alat terbang yang sangat laju sekali tapi ianya dirahsiakan oleh republik mereka ini boleh dipertimbangakan.kalau UFO telah dilihat serata negara yang lain seperti mexico,china,saudi,malaysia atau lain lain negara saya rasa ianya bukan khayalan tapi itu lah kenyataannya tapi mengapakah ianya diperlihatkan kepada manusia masih menjadi tanda tanya? mari sama2 kita teroka pula tentang UFO ini tentang dimanakah mereka datang,apakah tujuan mereka ke bumi ini apakah mereka cari dimanakah mereka tinggal dan banyak lagi.
ReplyDeletejika anda ingin berkongsi tentang pengalaman anda yang benar terjadi pada diri anda.dan ingin bersama menganalisa kan benda objek ini dan teknologi apakah mereka gunakan anda boleh datang keforum saya www.forumorangkita.forumotion.com