Assalam wbt & salam sejahtera
Saya tertarik untuk membicarakan mengenai media dan budaya bangsa. Baru-baru ini, ketika akhbar2 utama berbahasa inggeris, cina dan tamil menampilkan tajuk kemelut politik di Thailand ( darurat di Bangkok ) sebagai agenda utama di mukasurat hadapan , akhbar berbahasa melayu pula mengenengahkan kejayaan Nabil merangkul 3 anugerah di satu majlis penganugerahan pada malam tersebut.
Ini amat menyedihkan! Ia bukan pertama kali terjadi. Akhbar-akhbar berbahasa melayu lebih selesa memomokkan isu-isu artis dan hiburan sebagai isu utama berbanding isu-isu yang membicarakan hal-hal ekonomi, politik, keamanan dan sosio-budaya sebagai tajuk utama. ( Jika ada pertembungan dengan berita hiburan ). Walaupun ini merupakan satu perniagaan - ( untuk menarik perhatian dan tarikan golongan melayu terutamanya di luar bandar dan golongan2 berfikiran sederhana ) tetapi selaku media yang didukung oleh kerajaan hendaklah ia jelas dalam matlamat kewujudannya. Matlamat asal kewujudan kumpulan-kumpulan media yang dikuasai oleh kerajaan sepatutnya selain daripada sebagai satu sumber perniagaan adalah sebagai satu wadah mencerna pemikiran ( minda ) masyarakat dan membentuk kehidupan masyarakat. Sepatutnya media / akhbar ini menjadi petunjuk dan model kepada masyarakat. Ia sepatutnya mencorakkan pemikiran masyarakat. Bukannya ia mengikut sahaja kehendak masyarakat terutama dalam hal-hal yang melalaikan dan merugikan ini - hiburan.
Secara tidak langsung ini mencerminkan dimana tahap budaya bangsa kita sebagai bangsa melayu. Kita lebih banyak membicarakan hal-hal hiburan dan artis daripada membicarakan hal-hal politik, ekonomi dan pembangunan. Jika tahap kita masih begini , bagaimanakah kita mahu melahirkan masyarakat madani. Ayuh, rakan-rakan sebangsaku. Bangunlah kita memantapkan pemikiran dan mentaliti kita ke arah yang lebih dewasa dan berdaya saing, semoga kita akan lebih dihormati dan dihargai.
Kepada pihak-pihak media massa lain seperti tv dan radio , peranan anda juga tidak terkecuali. Gunakan peranan dan kuasa penyiaran anda ini untuk manfaat bangsa dan negara kita dengan sebaik-baiknya.
Sekian. Wassalam.
Thursday, April 16, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Media cetak berbahasa melayu memang banyak sangat menerbitkan kisah-kisah artis dan hiburan, cerita seram & tahyul dan isu-isu panas 18X. KDN patut tapislah sedikit.
ReplyDeleteBetul kata saudara orang kita memang suka bercakap benda-benda ini berbanding hal-hal politik, ekonomi dan agama.
Siapa yg patut dipersalahkan. Tepuk dada tanya selera.
Tamat.