Wednesday, April 22, 2009

Camry oh Camry.......Gimik Politik atau Tindakan Pintar

Assalam wbt & salam sejahtera.

Akhirnya kerajaan BN Perak telah menyatakan hasrat untuk melelong kereta2 'panas' camry yang dahulunya telah dibeli dan diguna oleh ahli2 majlis kerajaan Perak pimpinan PR. Sekali lagi isu ini menjadi perbualan umum. Jika dahulu 'panas' kerana isu membelinya, kini 'panas' pula dengan isu penjualannya.

Jika dahulu pembeliannya dikutuk dan dihendik kerana isu pembaziran kini adakah penjualannya ( yg 'confirm' rugi ) tidak akan dicanangkan sebagai satu bentuk pembaziran wang rakyat juga. Jika dahulu PR membelinya dengan alasan yg boleh juga diterima-pakai ( walaupun ada sedikit unsur2 salah-guna kuasa & politik ) , kini adakah penjualannya semula oleh BN mempunyai alasan kukuh ( berdasarkan perkiraan yg betul dan pintar ) ! Atau sekadar polimik dan gimik politik untuk membalas dendam kesumat.

Secara kasar saya mendapati kedua-dua pemimpin ini samada PR ( yg membeli dahulu ) dan BN ( yg menjual sekarang ) gagal menggunakan akal yang waras dan pertimbangan minda yang sewajarnya di dalam tindakan mereka - kepentingan rakyat gagal dipelihara, masing-masing mengikut nafsu serakah dan desakan serta hasutan sekeliling yang mempunyai kepentingan2 masing-masing. Apa-apapun, kedua-dua tindakan ini ( samada beli atau jual ), telah merugikan rakyat dan negeri Perak secara langsung ataupun tidak. Kita masih gagal lagi melahirkan pemimpin yg benar-benar mahu berkhidmat untuk agama, bangsa dan negara.

Sekian. Wassalam.

4 comments:

  1. Sedekahkan aje kepada mana-mana sekolah atau pertubuhan islam atau mana-mana NGO. Habis cerita. Dapat pahala juga.

    ReplyDelete
  2. SALAM BRO: SEBENARNYA BN PUN ADA HATI DENGAN KERETA TU, BOHONGLAH KALAU HATI MEREKA TAK BERDETIK UNTUK MENGGUNAKANNYA. TAPI DEMI NAK MENJAGA PEMIMPIN MEREKA TERPAKSA BUAT2 LURUS NAK PAKAI KERETA NASIONAL, SEDANGKAN MEREKA TAHU KERETA TU MEMNAG TERBUKTI KOS DIA TINGGI. BUKAHKAH TINDAKAN ITU JUGA KE ARAH PEMBAZIRAN. CUMA NAK TUNJUK MPADA RAKYAT YG MEREKA PRIHATIN DENGAN KERETA NASIONAL TAPI YG HAKIKATNYA MEREKA ;HIPOKRITTTTT..........

    ReplyDelete
  3. Assalam wbt.

    Buat saudara kulatlapok. Jika dibandingkan Camry dan Perdana....berganda2 best lagi Camry tu. Nampaknya, pemimpin BN ni betul2 bodoh ape atau buat2 bodoh kerana mereka terpaksa diperbodoh2kan dan dipaksa memperbodoh2kan. Buat rakyat Malaysia jgn biarkan diri kita menjadi 'bodoh'.

    ReplyDelete
  4. Saya pakai Perdana, boss saya pakai Camry. Itulah perumpamaan taraf Perdana dgn Camry. Walaupun tak dinafikan Perdana itu bagus ttp taklah mampu menandingi Camry. Apa2pun saya bangga dengan kereta saya - Perdana!

    RakanSA

    ReplyDelete