Wednesday, April 22, 2009

FAM & K.Rajagopal

Assalam wbt & salam sejahtera.

Nampaknya berakhir sudah penantian siapa ketua jurulatih skuad bolasepak senior kita. FAM telah berjaya kehadapankan seorang calonnya yang difikir layak dan terbaik iaitu saudara K.Rajagopal. Satu nama yang tidak asing kepada kancah bolasepak negara.

Tetapi adakah beliau benar-benar layak. Dari segi pengalaman, lesen kejurulatihannya memang tidak boleh dinafikan........bagaimana pula dengan rekod2 cemerlangnya membimbing pasukan yg ratanya berumur 25tahun ke atas ( dewasa dan mempunyai berbagai2 masalah ini ) dan hubungannya dengan jurulatih2 dan persatuan2 negeri dan kelab. Semuanya patut diambil kira. Adakah beliau dihormati dan dihargai oleh pemain2 kita yg rata2 sudah bertaraf selebriti sekarang! Dan akhirnya adakah namanya 'gah' dan 'besar' untuk membuatkan pemain2 patuh dan akur dengan segala percaturannya. Dimanakah nama-nama seperti Lim Teong Kim dan Fendi Ahmad yg dirasakan berkaliber dan mampu memikul tanggungjawab ini, ataupun nama-nama asal seperti Dollah Salleh, K.Devan dan Azraii Khor itu. Nampaknya FAM sudah membuat 'U-turn' 360 darjah. Apa sebabnya, kenapa dan mengapa terjadi.

Namun semuanya sudah terlambat.......saudara K.Rajagopal, semuanya bergantung kepada anda. Lakukan yang terbaik untuk kita semua atau takut2 anda pula akan 'dilakukan' sepertimana yg sudah terjadi kepada senior2 anda terdahulu.

Sekian. Wassalam.

3 comments:

  1. FAM patut belajar dari kelate....pengurusan cekap, coach bagus, pemain mantap dan peminat ganas. He he he.....

    ReplyDelete
  2. OK JUGAK BLOG HANG NI. TAK LE MERAPU-RAPU DAN MENGARUT-NGARUT TAK TENTU HALA.

    HANG PUNYA SIRI KE-2 'UFO'TU BILA NAK KELUAQ


    MEMBER LAMA

    ReplyDelete
  3. Kelantan vs Selangor.........Hidup Selangor. Selangor terbaik di Malaysia. Sepatutnya K.Devan jadi jurulatih Malaysia.

    RakanSA

    ReplyDelete