Wednesday, April 22, 2009

Rokok Haram & Haram Rokok

Assalam wbt & salam sejahtera.

Baru-baru ini persatuan pengeluar2 rokok telah mengeluh kepada kerajaan bahawa perniagaan mereka telah tergugat gara-gara kemasukan 25% rokok-rokok luar secara haram. Kehadiran 'rokok haram' ini serta kenaikan cukai rokok oleh kerajaan telah membebankan mereka. Aneh juga apabila ada istilah 'rokok haram', kalau haram rokok tu memang adalah.....cuma kita sahaja tidak menghebohkannya.

'Rokok haram' ini sebenarnya adalah istilah yang digunakan oleh pihak kastam kepada mana-mana rokok yang tidak dibayar cukai ataupun memasuki pasaran kita secara tidak sah - ia merugikan kerajaan dan pengeluar2 rokok manakala penjual dan penghisap mendapat labanya ( konon aje tu ). Haram rokok adalah hukuman syarak kepada aktiviti2 yg melibatkan rokok ini iaitu haram. Kini hanya JAIS sahaja mengfatwakannya......negeri2 lain bila lagi. Haram rokok ini sudah sepatutnya diwartakan secara menyeluruh oleh kerajaan memandangkan berbagai-bagai cara telah digunakan untuk sekurang2nya mengurangkannya. Tetapi hampa, ia kian bertambah dan semakin bertambah. Nampaknya kaedah2 duniawi ini tidak boleh diguna-pakai lagi. Hanya kaedah dan pendekatan dari Maha Esa sahaja jalannya - ayuh janganlah kita berdegil. Haramkan rokok itu sebelum rokok itu sendiri akan menghukum kita.

Sekian. Wassalam.

2 comments:

  1. Salam.

    Syabas dengan blog anda ini. Teruskan usaha murni ini.

    Sukasuka

    ReplyDelete
  2. Ini isu panas ni! Buat aku yang tak merokok ni ok le, tapi yang merokok tu aku rasa ramai yang tak sokong hang.

    Ni yang susah nak menegakkan kebenaran dan menghalang kemungkaran.

    RakanSA

    ReplyDelete